Thursday, 22 March 2012

Kelas Tajwid

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..kali ni nak share sikit berkaitan ilmu tajwid..sebelum tu, jom kita kenal dulu dengan ustazahnya. Hehe. Beliau adalah kak farah (anak kepada pengetua kolej keris mas), berumur 25 tahun, sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang kimia di UKM, sebelum ni degree kimia industri di UPM, mempunyai adik kembar yang juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di universiti yg sama. Dalam diam, saya sangat mengagumi beliau. Semoga urusan saya dipermudahkan untuk terus menghadiri kelas tajwidnya setiap minggu. InsyaAllah.

Sesiapa yang berminat nak hadiri kelas tajwid ni, boleh la hadirkan diri di bilik seminar 2 KKM, setiap hari rabu, jam 9.15 malam. =)

Pengenalan Ilmu Tajwid
- Pengertian Tajwid

  • bahasa : memperelokkan sesuatu
  • istilah : melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf 
- Hukum
  • mempelajari ilmu tajwid : Fardu Kifayah
  • membaca al-Quran dengan bertajwid : Fardu Ain
- Penyusunnya : imam-imam qiraat
- Faedah : mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat
- Dalil
  • Bacalah Al-Quran itu dengan secara tartil (Al-Muzzammil : 4)
  • Daripada Zaid bin Tsabil r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda "sesungguhnya Allah SWT menyukai hamba-Nya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan." (H. R. Ibnu Khuzaimah)
- masalah yang diperbincangkan : mengenai kaedah-kaedah dan cara-cara bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum cabangan. 
- Matlamat : memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika membacanya, membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar dari Allah SWT.

Kesalahan-kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran
- Kesalahan yang nyata
  • kesalahan pada sebutan huruf, sama ada membawa perubahan maksud atau tidak
  • kesalahan pada tanda bacaan, sama ada membawa perubahan maksud atau tidak
# Hukumnya haram dan berdosa. Jika kesalahan bacaan dlm sembahyang, hukum sembahyang tidak sah.
- Kesalahan yang tersembunyi
  • kesalahan yang tidak membawa kepada perubahan maksud seperti meninggalkan dengung, kadar harakat mad, sifat huruf tak sempurna

Tingkatan Bacaan Al-Quran
- At-Tartil
  • perlahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat.
  • tajwid yang sempurna
  • merenung makna, hukum dan pengajaran daripada ayat.
  • biasa buat mereka yang sudah mengenal makhraj, sifat dan hukum tajwid.
  • lebih baik dan lebih diutamakan 
- At-Tahqiq
  • seperti Tartil, hanya lebih lambat dan perlahan.
  • membetulkan bacaan huruf daripada makhraj, bacaan mad dan dengung.
  • orang yang belajar al-Quran dapat melatih lidah.
- Al-Hadar
  • cepat, memelihara hukum-hukum tajwid.
  • biasanya menghafal al-Quran, murajaah dalam masa yang singkat.
- At- Tadwir
  • bacaan pertengahan antara Tartil dan Hadar.
  • pelihara hukum tajwid.
*sebelum baca al-Quran, niatkan "semoga orang yang mendengar bacaanku, akan tersentuh hatinya dan semoga Allah SWT memberi hidayah kepada yang mendengarnya." 

*Bagaimana menyimpan al-Quran dalam hati :-
1) membaca al-Quran
2) mendengar
3) faham
4) amalkan
5) mengajarkannya
6) menghafal

semoga dengan ilmu yang bakal diajarkan kepada saya ini, dapatlah kiranya saya ajarkan kepada yang lain suatu hari nanti..insyaAllah..terima kasih kak farah..semoga Allah merahmati usaha kakak..~

No comments:

Post a Comment