Showing posts with label felt craft. Show all posts
Showing posts with label felt craft. Show all posts

Wednesday, 20 February 2013

Kak Niza & Abg Akram

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Sepanjang bercuti sem, berderet orang kawen. Tak ketinggalan juga yang bertunang. Tahniah buat sahabat2 dan saudara-mara yang selamat mendirikan rumahtangga. Didoakan semoga kalian bahagia dunia akhirat =)

16 Feb 2013 | Rengit, Batu Pahat | Kolej 16, UPM 
Tahniah Kak Niza & Abg Akram
Selamat Pengantin Baru
Semoga senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah
Semoga bahagia sampai syurga.. (n_n)v

Terima kasih banyak2 kak kiki, sudi teman adik kecik ni. Hehe. Jasamu dikenang. Jauh jugak oma akak jalan sampai ke Batu Pahat sana. Tunggu nak pergi kenduri akak la pulak lepas ni. Cepat2 ye. =)


Again. Order from someone. Semoga berpuas hati. Btw, tahniah kakak.. =p

Keychain
Alhamdulillah, sempat jugak buat benda ni masa cuti sem. Tiga daripadanya dah terjual. Hehe. =) 


Diharap yang berkenaan suka walaupun tersangatlah simple. Jangan lupe completekan ye.. =p


Monday, 16 April 2012

tak cukup seminggu cuti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang...

~aktiviti cuti midsem~

chocolate
Ingatkan dah stop buat coklat..sampai je rumah, ni antara benda awal yg dibuat..disebabkan mak long yg tempah, sy pun gagahkan jgk buat, walaupun pada awalnya macam malasnya la hai..huhu..takpe2, buat je, dapat jgk singgit dua..hehe..alhamdulillah, ada yg membantu..terima kasih angah, terima kasih andak..k.long upah makan choc free je la eh..hee.. =)

misi me'redeem' voucher
plan nak habiskan voucher hujung bulan 4 ni, tapi dah alang2 kene amek barang adik kat hostel, redeem je lah terus..huhu..ape yg ditebus?..ok, memang main amek je, sume barang mahal, tak tahu nak beli ape lg dah..botol air untuk adik, bola untuk angah, andak & abg chik (kongsi ek..) thanks to angah bawa k.long pergi the curve (1st time, sesat2 tu perkara biasa.. ;p) setel pasal voucher, tak yah fikir2 lagi dah bila nak keluar..

hutan lipur latar jarum & pulau chekas
hajat tak kesampaian nak mandi-manda kat sini..hujan..huhu..dapat jalan2 atas jambatan je la + tangkap2 gambar sikit..hee..

felt craft
ok, masa memang banyak habis kat sini..siang malam dok mengadap..kalau la study boleh rajin macam ni kan ke bagus..huhu..kalau study, buka buku, tak sampai satu muka baca, da ngantuk, cemana tuh? =.=!
tempahan dari k.fifa & kawan kepada rumet..terima kasih! =)
kawan-kawan adik punya..krem jari k.long potong huruf banyak sgt dik! nasib baik adek rajin jugak tolong k.long..tolong masukkan benang, tolong masukkan fiber, tolong masukkan split ring..haha..bole la dik, tolong jgk tu.. ;p ibu pun tolong jahitkan jugak, terima kasih ibu.. ^^

hasil kerja adik teruna saya ^^ 

joging @ taman bandar
ni antara benda yg suka sangat nak buat bila balik kuantan..suka joging kat taman bandar, nak2 time pagi sebab tak ramai orang..takde la segan sangat..hehe..kalau petang memang meriah kat sini dengan orang joging, kanak2 main taman (org beso ade gak), orang berbasikal, orang berkayak dan latihan apa2 entah lagi..

study??
faris : andak tengok k.long tak study pun duk bilut ni..
saya : balik kuantan nanti k.long study la..
faris : haha..ye la tu..balik kuantan lg la banyak keje nak kene buat..
saya : insyaAllah, study punye.. (dalam hati)

haha..ok, memang tak buka buku langsung pun..sentuh buku bila nak kemas beg balik kolej je..ini 'sangat bagus'..huhu..exam da dekat, tak sedar2 lagi..

kalau bagi cuti banyak mana pun rasanya tak akan cukup jugak..huhu..

Masa itu degupan jantaung. Hargailah masa dan manfaatkan sebaiknya. Masa yang dah berlalu tak boleh nak kutip balik. Jangan biarkan masa lapang membunuh kita. DushH2! 

Monday, 2 April 2012

Jejalan bersama kawan2 uni baru ^^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

SABTU
Hari ni keluar dengan fazila & mayrah. Pagi2 da semangat tunggu bas. Pergi Mid Valley sebab ade job fair di situ. Saya tak berhajat nk apply keje pun lg, just saje nak jalan2 ikut mereka yg semangat nk drop resume. Maklumlah, mereka ni dah final sem, haruslah usha2 keje yg sesuai. Hee. Yang paling penting, tujuan utama sebab nak gi merasa makanan kat DUBU-DUBU SEOUL (bukan budu-budu ye..ngee..) yang dicadangkan oleh fazila. Dengar faz citer pasal makanan korea ni macam best, terasa rugi la pulak kalau tak ikut skali. Hehe.  Nak tahu pasal dubu-dubu & nak tengok rupa makanan ni, bleh klik kat sini

fazila chomey

Mohon share ea faz. Nurul tak reti nak citer + takde gambar. ;p

AHAD
Keluar lagi keesokannya. Berjalan saja budak nurul ni. Tapi kali ni dengan kak kb & kak fifa pulak. Pergi jalan TAR sebab nk beli barang2 kraft. Konon2 nak bisnes. Harap2 bukan hangat2 tahi ayam lerr. Tak ingat ape nama kedai tu, tapi serius best, macam2 ada sampai pening kepala tengok. Huhu. Excited kot. Malamnya da start buat sikit2 (awal2 memang gini). Crafter yang nak beli barang2 secara borong, boleh la beli kat sini, boleh dapat murah2. Terima kasih ea kak kb, bawak datang sini. Hee.. =)
^^v
Dalam pukul 12 t/hari dah siap beli semua barang, macam awal lg, so jalan2 lah kat area situ. Sabar je hati ni, rasa nak beli macam2, tapi memandangkan duit dah banyak habis shoping kat kedai kraf tu, mampu cuci mata je la. Huhu. Ok, da malas nak tulis, mari kite tengok gambar je la.

Tenang

First time sampai. Masa sekolah dulu, cikgu tak buat pun rombongan datang sini. Huhu.

Makan je kat kafe taman burung, tak masuk pun. ;p

Faz, may, kak kb & kak fifa, terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan nasihat. Thanks a lot di atas segalanya. Jasa kalian dikenang. Nurul sayang semuanya. n_n

*Minggu ni da kena start joging memandangkan dah 2 minggu tak beriadah. Mari kawan2 kita amalkan gaya hidup sihat...~ ^^v