Sunday 25 May 2014

JUST RUN.

~Bismillah~

4 Mei 2014 | UM
Larian Gegar for Agathians 2014

Join larian bersama adik2 di tempat kerja. 
Dua kali kite tawan Bukit Cinta UM. 
Mujur tak pengsan. Haha. 

Running is about love.
*tetibe*

11 Mei 2014 | Kuala Kangsar

Seminggu lepas tu join Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak. Kali ni memang buat kerja gila. Memandu dalam keadaan mengantuk. Bergilir dengan adik dari Bentong ke Kuala Kangsar. Dia drive saya tidur, saya drive dia plak tido. Rasa nak termuntah tahan mengantuk. Huhu. Gerak dari rumah pukul 12.45 pagi memandangkan malam tu ada BBQ sempena hari lahir Ayah Long. Sampai Kuala Kangsar dalam pukul 5 pagi, get ready nak lari 15km. Huhu.

Result

Unexpected. Alhamdulillah.
Thanks pacer. Even sekejap, tapi sangat membantu.


Terima kasih banyak2 Ziela Qiela kerana sudi menemani kami, tunjukkan jalan dan tolong jagakan barang. Lepas ni boleh tolong lagi ye. Sayang awak! =)


Saturday 17 May 2014

Al-Fatihah

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Cikgu matematik kesayangan.

Cikgu yang tak pernah jemu bagi nasihat setiap kali sebelum kelas bermula.

Cikgu ajar kami supaya tolong kawan2 lain agar kami sama2 berjaya.

Cikgu ajar kami supaya hormatkankan guru.

Pernah satu ketika, cikgu pujuk saya dari menangis sebab tak dapat markah penuh.

Cikgu memang hebat. Alhamdulillah, kami 1st batch dapat 100% lulus matematik masa cikgu pegang tahun 6 dulu even kami sekolah kampung je. Dengan izin Allah jua.

Jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila.

Semoga Allah membalas segala kebaikan cikgu.

"Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka",

Al-Fatihah
Mohamad Arnaz Bin Aboo Hassan
16/06/1973 - 13/05/2014

Kredit : Aliff Lazim

*  *  *  *  *
Selamat Hari Guru buat semua pendidik. Didoakan semoga kejayaan dan kebaikan terus bersama kalian.
Ameen..