Saturday 30 June 2012

Tamat Sem I

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pejam jecik pejam celik, da habis satu sem. Sekejap je masa berlalu, tak terasa pun kan. Terasa macam baru aje mendaftar. Hee. Alhamdulillah, selesai sudah 4 paper untuk sem ni. Semoga apa yang diperoleh setimpal dengan usaha yang dicurahkan. Ameen. Terima kasih kawan2 di atas segala tunjuk ajar, minta halal semua ilmu ye. Semoga kejayaan dikecapi bersama. InsyaAllah. (cuak sbenanye, entah ape yg dijawab time exam pun tak tahu. Huhu. =.= ) 

after exam stokastik
kak kb | kak fifa | me | may | faz
berbuka puasa di ANA IKAN BAKAR PETAI
kami mengamalkan gaya hidup sihat ;p
Buat Faz & May :


Korang memang power, setahun je da habis master. Happy for both of you. Syoknye! InsyaAllah, masa viva nanti nurul datang deh. Bagi support. =) Good luck!. Semoga dapat buat yang terbaik dan juga semoga cepat2 dapat kerja. Nanti boleh la belanja nurul sokmo2. Ngee. ^^v
Terima kasih untuk segalanya. Pasti nurul akan rindu saat kite bersama. Eceh! Haha. =D Terima kasih bebanyak tau, sangat banyak membantu di kala kesusahan. ;p 

**********

Being ME - Muslimah Empowered
30 Jun 2012
MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC)

Thanks all! =)
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu sebegini =)
Being ME - Muslimah Empowered adalah sebuah conference yg dianjurkan untuk para muslimah menimba ilmu, perkongsian pendapat dan pengalaman serta sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik. Lebih kurang je macam Konvensyen Bidadari Dunia, bezanya Being Me ni disampaikan dalam Bahasa Inggeris. 

Sunday 24 June 2012

Standard Chartered KL Marathon 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..


Dah alang2 nak kena keluar, ambil 2 race kit terus hari jumaat lepas, SCKLM & NTV7 Feel Good Run. Almaklumlah, kene rancang perjalanan, tak boleh nak keluar selalu2. Huhu.  Penat jugak ni berjalan2 naik train turun train, kejap naik lrt kejap naik ktm. Huhu. Terima kasih kepada penunjuk jalan. =) 

Standard Chartered KL Marathon 2012
24 Jun 2012
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Bergerak dari rumah kak rai seawal 5 pagi. Event 10k start pukul 6.30 pagi, so sempatlah memandangkan tak jauh pun dari Selayang nak ke National Monument (starting 10k). Tapi malangnya, masa sampai tu dah banyak jalan tutup, terpaksalah berjalan kaki untuk sampai ke tempat starting tu (ramai jugak yg jalan time ni), sementara kak rai terus ke Dataran Merdeka, tunggu kat sana. Ade lah dekat 20minit macam tu lebih kurang nak kena jalan, sampai2 kat starting, orang da ramai, ramai yang dah start warm up pun. Subuh da masuk, sy pun mula cari tempat solat, tak jumpe. Tanya orang kat situ, dia pun tak tahu. Kebetulan terjumpa kak aishah (runner uitm), dia pun macam saya. Disebabkan tak jumpe surau, kami pun solat je kat depan kedai area situ. Mujur la kak aishah ade kompas. Thanks kak aishah. ^^ (Lepas ni nak gi mane2 kena bawa kompas, senang nak tahu arah kiblat, 292 N) 

Bermula di National Monument, tamat di Dataran Merdeka. Road dia ok, takde la bukit sangat, kalau bukit pun, landai2 je sume. Patut la orang kata, kalau nak try buat FM, mula dengan Standard Charterd KL Marathon. Sampai je kat finishing, masa da 50minit ++ . Ok, takde rezeki lagi nak buat PB kali ni. Ape pun alhamdulillah, sampai dengan selamatnya. Kak rai da tunggu kat finishing line, die dah kena gerak balik upm, nak bagi anak2 dia makan ;p Urm, terpaksalah tunggu adek pulak sampai untuk hantar balik kolej. Huhu. Lame plak tu kene tunggu, sabar je, nasib ade skrin besar (takde la boring), dapat tengok macam2 ragam orang bile da sampai kat finishing line (masing2 muka excited je, mestila kan, diorang berjaya habiskan). Ape pun, terima kasih banyak2 tau ngah, sory selalu susahkan. Setiap kali nak lari je, bile takde geng, angah kene hantar kak long. Nak buat cane tak leh nak berdikari lagi. Haha. =D
  
unofficial result

~Alhamdulillah a'la kulli hal~

#kepala da berat..mata da ngantuk..study banyak lagi tak habis..smoga kehidupan hari esok lebih baik dari hari ini..smoga esok lebih produktif! ameen..~

update :


 Official result dah keluar. Timing ikut gun time, kalau ikut chip time da boleh dapat top 5. Huhu. Sapa suruh dok belakang2. =.= Tak mengapalah, memang takde rezeki saya. Memang betul, bukan mudah nak capai sesuatu kejayaan. Perlu banyak berkorban masa, tenaga, duit etc. Kena usaha kuat2 lagi. Sila aplikasikan juga dalam menuntut ilmu ye cik nurul fazilah!
No pain no gain!

pic by marathon-photos.com. next event, sila senyum sepanjang larian, pic akan di ambil pd bila2 masa sahaja. haha. =D mujur gambar ni tak macam nak nanges sangat. kalau tak sangat lah buruk. huhu.

Thursday 21 June 2012

Jadilah kita kawannya itu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Sahabat2ku, maaf andainya terlalu banyak bercerita hanya tentang perihal diri. Maaf andainya ada tersilap kata dan membuat kalian terasa hati. Alhamdulillah, Allah kurniakan sahabat2 yang baik, sahabat yang memahami, sahabat yang sentiasa memberi sokongan, sahabat yang setia mendengar masalah. Terima kasih untuk segala kebaikan. Didoakan semoga kalian senantiasa dalam rahmat Allah. Semoga saya juga mampu untuk jadi seperti itu.

*Sedang berusaha perbaiki diri untuk menjadi seorang sahabat seperti kalian*

Sunday 17 June 2012

Team Malaysia Fan Run 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

17 Jun 2012
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Road to London. Tak dapat pergi London, support dari Malaysia pun boleh. =)
Hari ni lari suka-suka je sebab memang dah set mind macam tu, nak lari rileks2 je (nak lari sama2 dengan kak kb..ngee..) ^^v. Kira ni part of training la untuk event next week sambil2 nak support team Mesia. Memang semangat semua orang, mesej2 kat bib pun bagus2 je semua. ;p Baru bertambah rasa bahang olimpik bila buat event2 macam ni. Bagus2. Urm, sape2 yang habiskan larian sejauh 7km ni dapat finisher medal, goodies + certificate. Ok la tu kan. Tahniah kak kb, habis pun kita lari. Hee. Seronok sangat lari pagi tadi. Pengalaman baru sebab tengah2 lari tetiba hujan. Haha. Lebat pulak tu. Memang basah kuyup. 

Ok, jom citer sikit pasal Sukan Olimpik ni. Sukan Olimpik XXX akan diadakan di London, England, UK dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. London pernah jadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan 1948. Ni kira tahun ke-3 la diorang jadi tuan rumah. Ada 8 sukan (24 acara) yang Malaysia sertai, angkat berat, akuatik terjun, badminton, berbasikal trek, berbasikal lebuhraya, lawan pedang, memanah, menembak dan pelayaran. Seramai 28 atlet berjaya melayakkan diri ke temasya olimpik. Bukan senang nak dapat. Hebat2! Tahniah dan selamat berjuang atlet semua. Nak tahu lebih lanjut lagi pasal Olimpik London, boleh klik sini. =)

Go Malaysia! Malaysia Boleh! Jom dengar lagu ni. Mesti semangat punye. Hehe. ^^v


Sunday 3 June 2012

Saat Lafaz Sakinah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

 


Berjuanglah berbekalkan takwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.

Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati...

Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.

Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercita.

[Bercinta sampai ke Syurga, USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL]




Tahniah..
Selamat Pengantin Baru buat Pn. Musfirah dan En. Suami =)
Semoga senantisa dalam lindungan dan rahmat Allah..
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan..
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
Semoga bahagia sampai syurga..~
(n_n)