Friday 30 March 2012

Kenapa Manusia Melakukan Dosa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Dalam kalangan manusia ada yang ingkar kepada Allah ada pula yang taat melaksanakan tugasnya sebagai hamba Allah, sedangkan malaikat pula semuanya sentiasa taat kepada Allah.

Mengapa kedua-dua makhluk ini berbeza sedemikian rupa? Ini disebabkan manusia mempunyai nafsu sedangkan malaikat pula tidak memiliki nafsu.

"Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Surah Yusuf : 53)

Tanpa nafsu dalam diri manusia maka jadilah manusia itu sebagaimana malaikat, yang tidak pernah melakukan dosa. Sememangnya Allah mentakdirkan setiap manusia itu tidak pernah lepas daripada kesilapan, kerana Allah ingin melihat hamba-Nya sujud kepada-Nya memohon keampunan dan bertaubat.

Sesungguhnya manusia yang baik itu bukanlah manusia yang tidak pernah melakukan dosa atau kesilapan, tetapi manusia yang baik adalah manusia yang apabila dirinya melakukan sesuatu dosa, sama ada sengaja atau pun tidak, sama ada diketahuinya atau pun tanpa pengetahuannya, maka dia segera bertaubat kepada Allah.

"Dan orang yang apabila melakukan perbuatan buruk, atau menganiaya diri sendiri, mereka mengingati Allah lalu memohon ampun dosa mereka. Dan siapakah yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? Dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui." (Surah Ali Imran : 135)

Nabi Muhammad pernah berkata,

"Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan ialah orang yang bertaubat" (Direkodkan oleh at-Tirmizi)

Oleh itu, kita perlu bersikap optimis dan tidak mudah berputus asa terhadap rahmat Allah apatah lagi menyalahkan-Nya yang menciptakan nafsu dalam diri manusia.

Ibnu Rajab Al-Hanbali yang meninggal dunia pada tahun 795 Hijrah, menyatakan dalam kitabnya Lathaif Al-Maarif,

"Sesungguhnya termasuk hikmah Allah adalah Dia menjadikan sebahagian hamba-Nya terkadang jatuh dalam lembah dosa, dan hal itu memiliki dua faedah :
Pertama : Pengakuan dosa dan kelalaian mereka dalam menunaikan perintah-Nya menghilangkan penyakit ujub daripada diri mereka. Hal ini lebih dicintai oleh Allah daripada ketaatan yang banyak tetapi kerapkali membuat pelakunya merasa ujub dengan amalnya.
Kedua : Meraih keampunan dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, kerana Allah suka mengasihi dan mengampuni. Di antara nama-nama Allah adalah Al-Ghaffar (maha pengampun), Al-Afuw (maha pengasih), At-Tawwab (maha menjadikan hamba-Nya bertaubat dan maha menerima taubat)."

Di dalam kitab Mukhtasar Minhaj Al-Qasidin, Ibnu Qudamah berkata,

"Nafsu jiwa tidak diciptakan melainkan kerana ada faedahnya. Andaikata tidak ada nafsu makan, tentu manusia tidak mahu mencari makan. Andaikata tidak ada nafsu seksual, keturunan terputus. Yang tercela adalah nafsu yang berlebih-lebihan dan melampaui batas."


Apabila kita melihat diri kita tidak pernah melakukan salah dan silap, dosa dan noda, maka sedarlah! Apabila Allah mampu menghijab aib dan dosa seorang itu daripada pandangan orang lain, maka tidak mustahil juga bagi Allah menghijab dosa itu daripada pandangan kita sendiri.

Hal ini mudah apabila syaitan menghiaskan kejahatan itu sehingga menjadi cantik pada pandangan pelakunya dan mereka akhirnya terhalang daripada jalan yang benar kerana hanyut dengan kesesatan mereka.

[PESANAN BUAT DIRI]


"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah kulakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau."

~ rasa tenang bila jiwa rindukan taubat ~

Tuesday 27 March 2012

Konvensyen Bidadari Dunia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

sangat best
owesome!
hee.. ^^v

Syukur alhamdulillah, Allah izinkan saya dan rakan2 berada di majlis ilmu sebegini (1st time join event besar mcm ni). Semoga masih diberi ruang dan peluang untuk join lagi. Kalau ada rezeki dan kelapangan nak bawa ibu dan adik pula. InsyaAllah.

Tajuk2 best, panelist pun best2 juga.
Bidadari Impian oleh Ustazah Fatimah Syarha
Cahaya Kemanisan Iman oleh Ustazah Zawiyah
Wanita vs Kerjaya oleh Dr. Niki Syuhada
Wanita Penyejuk Jiwa oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah
Wanita Berkarisma oleh Datin Zaliha
Bahagia dan Menbahagia oleh Prof Dr. Muhaya
Ibu Luar Biasa oleh Puan Jamilah
Sesuci Mawar Putih oleh Ummi Ross
Solehah Itu Indah oleh Dr. Rubiah
Wanita Dan Dakwah oleh Prof Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
Forum (Fesyen - Yes or No?)
Forum (Titian Syurga)

Semua slot best, setiap daripadanya ada kekuatan sendiri. Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh dijadikan panduan. Terima kasih tidak terhingga kepada bidadari2 dunia sekalian atas perkongsian. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya. Nanti, kita share ek. InsyaAllah. =)

Berada dalam slot 'solehah itu indah' oleh Dr. Rubiah membuatkan saya mengalirkan air mata. Cukup terkesan (tengah elok2 gelak, tetiba rasa sedih). Betapa saya merasakan tidak solehahnya diri ini, betapa saya merasakan tidak bersihnya hati ini. Banyak dosa yang saya lakukan. ='( Nampak baik cuma di mata orang, tapi Allah mengetahui segala apa yang ada dalam hati. Semoga Allah ampuni segala dosa saya yang terdahulu serta akan datang, yang saya sembunyikan dan yang saya perlihatkan.
Doakan.

~keep on struggling in being a better muslimah~

Thursday 22 March 2012

Kelas Tajwid

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah..kali ni nak share sikit berkaitan ilmu tajwid..sebelum tu, jom kita kenal dulu dengan ustazahnya. Hehe. Beliau adalah kak farah (anak kepada pengetua kolej keris mas), berumur 25 tahun, sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang kimia di UKM, sebelum ni degree kimia industri di UPM, mempunyai adik kembar yang juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD di universiti yg sama. Dalam diam, saya sangat mengagumi beliau. Semoga urusan saya dipermudahkan untuk terus menghadiri kelas tajwidnya setiap minggu. InsyaAllah.

Sesiapa yang berminat nak hadiri kelas tajwid ni, boleh la hadirkan diri di bilik seminar 2 KKM, setiap hari rabu, jam 9.15 malam. =)

Pengenalan Ilmu Tajwid
- Pengertian Tajwid

  • bahasa : memperelokkan sesuatu
  • istilah : melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf 
- Hukum
  • mempelajari ilmu tajwid : Fardu Kifayah
  • membaca al-Quran dengan bertajwid : Fardu Ain
- Penyusunnya : imam-imam qiraat
- Faedah : mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat
- Dalil
  • Bacalah Al-Quran itu dengan secara tartil (Al-Muzzammil : 4)
  • Daripada Zaid bin Tsabil r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda "sesungguhnya Allah SWT menyukai hamba-Nya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan." (H. R. Ibnu Khuzaimah)
- masalah yang diperbincangkan : mengenai kaedah-kaedah dan cara-cara bacaannya secara keseluruhan yang memberi pengertian hukum-hukum cabangan. 
- Matlamat : memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika membacanya, membaca sejajar dengan penurunannya yang sebenar dari Allah SWT.

Kesalahan-kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran
- Kesalahan yang nyata
  • kesalahan pada sebutan huruf, sama ada membawa perubahan maksud atau tidak
  • kesalahan pada tanda bacaan, sama ada membawa perubahan maksud atau tidak
# Hukumnya haram dan berdosa. Jika kesalahan bacaan dlm sembahyang, hukum sembahyang tidak sah.
- Kesalahan yang tersembunyi
  • kesalahan yang tidak membawa kepada perubahan maksud seperti meninggalkan dengung, kadar harakat mad, sifat huruf tak sempurna

Tingkatan Bacaan Al-Quran
- At-Tartil
  • perlahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat.
  • tajwid yang sempurna
  • merenung makna, hukum dan pengajaran daripada ayat.
  • biasa buat mereka yang sudah mengenal makhraj, sifat dan hukum tajwid.
  • lebih baik dan lebih diutamakan 
- At-Tahqiq
  • seperti Tartil, hanya lebih lambat dan perlahan.
  • membetulkan bacaan huruf daripada makhraj, bacaan mad dan dengung.
  • orang yang belajar al-Quran dapat melatih lidah.
- Al-Hadar
  • cepat, memelihara hukum-hukum tajwid.
  • biasanya menghafal al-Quran, murajaah dalam masa yang singkat.
- At- Tadwir
  • bacaan pertengahan antara Tartil dan Hadar.
  • pelihara hukum tajwid.
*sebelum baca al-Quran, niatkan "semoga orang yang mendengar bacaanku, akan tersentuh hatinya dan semoga Allah SWT memberi hidayah kepada yang mendengarnya." 

*Bagaimana menyimpan al-Quran dalam hati :-
1) membaca al-Quran
2) mendengar
3) faham
4) amalkan
5) mengajarkannya
6) menghafal

semoga dengan ilmu yang bakal diajarkan kepada saya ini, dapatlah kiranya saya ajarkan kepada yang lain suatu hari nanti..insyaAllah..terima kasih kak farah..semoga Allah merahmati usaha kakak..~

Sunday 11 March 2012

Sesi Menghias Kek

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Pertandingan Hias Kek Pengantin
Tarikh : 11 Mac 2012
Masa : 2.30 - 3.30 ptg
Tempat : Kafe Kolej Keris Mas

Tak mau cite pepanjang, 
biar gambar berbicara..eceh! =D

partner saya n_n

 tak berjaya dapatkan cake stand..huhu..


 disebabkan takde warne hijau, jadilah daun warne oren
 hasil kerja tangan norfazila dan nurul fazilah =)
 terima kasih mayra, setia menanti sampai kami siap 
dan 
terima kasih juga sebab tolong tangkapkan gambar ^^v
tak sangka kan?..

~alhamdulillah a'la kulli hal~



Friday 9 March 2012

TEAM LARI SUKA-SUKA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Just Run..
Don't ask why we run..
Ask yourself, why you don't..
(n_n)v

Energizer Night Race [16 April 2011]

 Salomon X-Trail Run [11 September 2011]

 Adidas King Of The Road [2 Oktober 2011]

Nike We Run KL [27 November 2011]

Malakoff KL Run [18 Disember 2011]

 Mizuno Wave Run [15 Januari 2012]

result
~credit to pah yg rajin kutip data..hehe..~ ;p

~sekian~

Wednesday 7 March 2012

Siapakah Pendamping Rasulullah SAW

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Penjaga Rahsia Rasulullah SAW
  • Anas bin Malik r.a.
  • Hudzaifah bin al-Yaman r.a.
  • Fatimah r.a.
Pengawal Rasulullah SAW
  • Abu Salamah r.a.
  • Yassar r.a.
Bendahari Peribadi & Pengatur Kewangan
  • Bilal bin Rabbah r.a.
  • Ali bin Abi Talib r.a. 
Para Hakim Rasulullah SAW
  • Ali bin Abi Talib r.a.
  • Muaz bin Jaafar r.a.
  • Abu 'Ubaidah bin Jarrah r.a.
  • Bilal bin Rabbah r.a.
Penjaga Keamanan Perbatasan Wilayah Rasulullah SAW
  • Ali bin Abi Talib r.a.
  • Az-Zubbir bin al-Awwam r.a.
  • Al-Miqdad r.a.
  • Al-Mughirah bin Syu'bah r.a.
  • Qais bin Saad r.a.
  • Ashim bin Tsabit r.a.
  • Muhammad bin Salamah r.a.
[majalah fardu ain]

Monday 5 March 2012

Baraka Allahu Lakuma

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Maher Zain - Baraka Allahu Lakuma

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

**Let's raise our hands and make du'a
Like the Prophet taught us and with one voice
Let's all say.. say.. say
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka 'alaykuma
Wa jama'a baynakuma fii khair
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka 'alaykuma
Wa jama'a baynakuma fii khair


From now you'll share all your joys
Through hardship support each other
Together worshiping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grant your kids who'll make your home
Filled with laughter

**

Baraka Allah
Baraka Allah
Baraka Allah
Baraka Allah
Baraka Allahu lakum wa lana
Baraka Allahu lakum wa lana
Allah barik lahuma
Allah adim hobbahuma
Allah salli wa sallim
'Ala Rasooli Allah
Allah toub'alayna
Allah irdha'anna
Allah ihdi khutana
'Aala sunnat Nabina

**


Buat kak huda & en. suami serta kak shafeeqa & en. suami,
SELAMAT PENGANTIN BARU =)
semoga jadi ibu dan ayah yang mithali
semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah
semoga senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah
juga semoga bahagia sampai syurga
ameen

pn. huda & en. suami

pn. shafeeqa & en. suami

p/s :: sorry sangat sebab tak dapat datang dan sorry jugak sebab curik gambar kakak berdua..hee..~ ^^v




Friday 2 March 2012

Urusan Jenazah Pahala Sebesar Gunung Uhud

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesiapa mengurus jenazah orang Muslim atas rasa iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menguruskan pengebumiannya sehingga selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat ; satu qirat kira-kira sebesar bukit Uhud. Dan sesiapa mengikut solat jenazah sahaja, kemudian dia pulang sebelum dikebumikan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat." (Riwayat al-Bukhari, jil. 1, no.0039)

Kematian
Kematian adalah satu kepastian yang tidak boleh dielakkan oleh setiap manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)." (Surah al-Ankabut : 57)

Tiada siapa yang tahu di bumi mana dia akan meninggal dunia, atau bila tarikh dan waktunya. Oleh sebab itu persiapan dan persediaan kita untuk menghadapinya perlulah dibuat sekarang dan harus diberi keutamaan. Ketika hidup inilah kita perlu melakukan banyak amal dan ibadah sebagai bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak.

Setiap hari berlalu dengan seorang demi seorang anggota keluarga, sahabat handai, rakan kenalan kita meninggalkan dunia ini dengan sebab kematian. Apakah mereka membawa amalan yang cukup atau tidak, ia bukan persoalan kita. Namun menjadi tanggungjawab kita yang masih hidup ini ialah menguruskan jenazah. Hukumnya fardu kifayah bagi mereka yang berkelayakan mengurusnya.

Urusan Jenazah
Berdasarkan hadis di atas, walaupun urusan jenazah adalah fardu kifayah, maka sewajarnya mereka yang hadir itu mengambil peluang menguruskannya. Mereka yang tidak pandai boleh belajar secara praktikal di situ juga atau pada masa-masa yang lainnya. Mereka yang lebih layak melaksanakannya ialah ahli keluarga sendiri ; iaitu suami atau isteri, anak, bapa dan ibu.

Sungguh hebat pahala atau ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang ikhlas mengendalikan urusan jenazah. Apatah lagi jikalau jenazah itu adalah saudara terdekat kita, maka kitalah yang lebih afdal untuk melakukannya.

Apabila seseorang itu disahkan telah meninggal dunia, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah merapatkan mulutnya dengan mengikat kepala hingga ke dagu. Seterusnya ditutupkan matanya perlahan-lahan. Kemudian lembutkan sendi-sendi kaki dan tangannya. Gunakan minyak untuk mudahkan urutan. Setelah itu uruskan empat perkara berikut :

  1. Memandikannya.
  2. Mengapannya.
  3. Menyembahyangkannya.
  4. Mengebumikannya.
Walaubagaimanapun, tidak semua jenazah boleh dimandikan. Terdapat tiga golongan yang tidak boleh kita mandikan sebelum dikebumikan. Mereka itu ialah :
  • Orang bukan Islam, walaupun dia terlalu rapat dengan kita, tidak boleh kita mandikannya.
  • Orang yang syahid dalam medan perang kerana mempertahankan Islam. Hal ini kerana darah pada baju dan tubuhnya menjadi saksi syahidnya.
  • Jenazah yang reput akibat terbakar atau seumpamanya. Jenazah ini cukup ditayamumkan sahaja.
Peralatan Mandian
  1. Tempat mandi yang sesuai ; sebaiknya tempat itu sudah khusus untuk memandikan jenazah. Siap dengan saluran air keluar dan masuk.
  2. Air mutlak.
  3. Daun bidara.
  4. Sabun yang boleh membersihkan najis.
  5. Kapur barus.
  6. Air mawar.
  7. Sarung tangan, kain putih (untuk memeriksa kebersihan bahagian anggota sulit)
  8. Putik kapas untuk membersih rongga-rongga kecil.
  9. Penutup mulut, apron, kain basahan, kain gantian, dan clorox (untuk pesakit HIV).
13 Langkah Mandi Jenazah
Setelah jenazah diusung ke bilik urusan mandi oleh saudara maranya. hendaklah diletakkan ditempat mandi. Dan lakukan yang berikut :
  1. Baringkan jenazah secara terlentang di atas tempat mandi, pastikan mukanya menghadap kiblat, dan tempat itu hendak tertutup (beratap di atas). Pastikan aurat jenazah terjaga sepanjang tempoh mandi.
  2. Basahkan seluruh badan jenazah.
  3. Buang najis qubul dan dubur (gunakan sarung tangan, jangan sesekali menyentuh kulit ke kulit)
  4. Sabunkan seluruh badan jenazah dan buang kotoran (elakkan menyabun tempat-tempat terbuka yang menyebabkan rasa pedih seperti di mata). Sebaiknya mulakan sabun pada bahagian kanan badan dahulu.
  5. Jiruskan air mutlak dengan penuh adab dan jirusan yang tidak terlalu deras (jangan berkasar, kerana walaupun tiada roh, ia masih merasai malu dan sakit kesan daripada sakaratul maut yang tidak terperi sakitnya).
  6. Bersihkan rongga terbuka seperti telinga, hidung dan gigi menggunakan putik kapas.
  7. Setelah selesai, disunatkan untuk mengambil wudhu' untuk jenazah dengan niat : "Sahaja aku mewudhu'kan ke atas mayat ini kerana Allah SWT." *Pada bahagian yang tidak sampai air, hendaklah ditayamumkan baagian itu.
  8. Mulakan mandi jenazah dengan mencurahkan air dari bahagian kepala dengan menggunakan air bercampur daun bidara. Waktu ini perlukan niat mandi : "Sahaja aku mandikan mayat ini kerana Allah Taala."
  9. Basuh bahagian lambung kanan dari bahu, ketiak, tangan kanan, dada rusuk, perut, kemaluan hingga ke kaki.
  10. Lakukan yang sama di sebelah kiri.
  11. Iringkan mayat di sebelah kiri dan siram dari kepala ke kaki.
  12. Iringkan mayat di sebelah kanan dan siram dari kepala ke kaki.
  13. Tutupkan mayat dengan kain nipis, kemudian siramkan dengan air larutan kapur barus ke seluruh badan.
Setelah selesai, lapkan mayat dengan kain yang disediakan hingga kering sebelum dibawa ke tempat mengapankan. Namun pastikan dahulu kain kapan untuk si mati sudah siap supaya mayat dapat terus diletakkan pada kain kapan tersebut.

Setiap orang perlu mencuba sekali sebagai persiapan kalau-kalau berlaku apa-apa kejadian dalam keluarganya. Rasa takut terhadap mayat harus dibuang jauh-jauh. Selamat mencuba.

[Sumber : Majalah Fardu Ain, Edisi 2]

Semoga bermanfaat. InsyaAllah.

**AL-FATIHAH buat arwah nenek (Bedah binti Senan) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 27 Februari 2012, 12.05am. Semoga nenek tenang di sana. Ameen...~

~aidilfitri terakhir bersama nenek (2011)~