Tuesday 28 February 2012

Good Luck! =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Bahang Kejohanan Olahraga Masum 2012 dah makin terasa (macam la saya terlibat kan..huhu). Bestnya tetiba tahun ni masum buat kat johor la pulak, before this takde pulak nak buat jauh-jauh. Manjang kat upm je. Maybe sebab track kat upm best kot (ni memang diakui oleh ramai orang..hehe).

Apa pun, nak wish good luck kat semua atlit olahraga upm especially kakak kesayangan saya, Hurraini Ismail aka k.rai. 'Buat yang terbaik tau kak. Tak kisah la acara apa pun yang akak dapat, yang penting usaha semaksimum mungkin. Kalah menang belakang kira. Dapat buat personal best pun da kira cemerlang. Mungkin ni yang last, so lari sesungguh hati tau. Faz doakan akak berjaya. InsyaAllah'.

Kekuatan seseorang bukan bergantung pada fizikal, tapi hati.

Tak lupa juga pada adik-adik yang lain, Aini, Fara, Anis, Joan dan lain-lain. Untungnya korang, first masum dah boleh jalan jauh. Ni yang jeles neh..haha.. Tiga tahun join masum, tiga tahun kat upm je. Sedih kot.. =p  Apa pun, all the best eh adik-adik semua. Untuk k.ros jugak, gud luck!

Terima kasih pada abg fir, sebab sudi juga pelawa fazi pegi johor sekali. Ikutkan hati memang nak pergi, tapi apakan daya ada kelas la pulak + ada reunion. Tak dapatlah join..huhu.. Semoga team olahraga upm beraksi dengan cemerlangnya kat sana nanti. ^^v

~masum 2010~

Friday 24 February 2012

Dengarlah Duhai Temanku Sayang...~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
'Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.' 
(Surah al-Tin : 4)


Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
'Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.' 
(Surah al-Mujadilah : 11)


Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.


Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau umat pilihan,
'You are the best ummah.' (Ali Imran : 10)
'Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.' 
(Al-Hujurat : 13)
Jelaskan visi perjalanan,
'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.' (Al-Baqarah : 201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
'Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.' 
(Al-'Alaq : 1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
'Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan).' (Surah Al-Ahzab : 72).
Ketinggian seseorang kerana iman.
'Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.' 
(Surah Ali Imran : 139)



Lantaran itu, carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqamah - malas / masa + yakin,
asas kejayaan.
'Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.' 
(Surah Ar-Ra'd : 11)
' Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata : cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah (tentulah yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka).' 
(Surah At-Taubah : 59)



Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.


Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.


~Tautan Hati, Fatimah Syarha Mohd Noordin~


*Dedikasi buat sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana Allah. Semoga senantiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya...~





Monday 20 February 2012

pertama kali (n_n)v

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Salam..

Tengok orang ade blog, saya pun teringin nak berblog jugak..hehe..
da lama nak buat, tapi tak jadi2..huhu..
ape2 pun, terima kasih bebanyak kat cik fazila
sebab tunjukkan cemane nak buat mende ni..
"mekasih tau faz..faz memang chomey"..hee..
ada kelapangan, tulis lagi..saje nak test2 ni..haha..~ ^^