Monday 5 January 2015

Ulang Tahun

~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ~

Salam Maulidur Rasul
12 Rabiulawal 1436H / 2015M


Kasih Padamu - Hafiz Hamidun

Rasulullah 
Dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau diutus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Ta'ala
Azimat yang berharga

Rasulullah 
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah 
Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun iman dan dilapangan mujahadah

Dari hadith dan al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah 
Terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangmu mengalir air mataku

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" (Al-Nasai & Ibn Hibban)


*   *   *   *   *

26th birthday
Alhamdulillah
Syukur atas segala nikmat
Semoga pertambahan umur seiring dengan pertambahan amal
Usaha sedaya upaya baiki diri jadi yang lebih baik dan baik lagi

Thank you family and friends
Di atas segala ucapan dan doa
Semoga kalian juga dirahmati dan diberkati


20 years ago
Masa kecik2 dulu, tiap kali tibanya hari lahir mesti tok akan jahitkan baju kurung baru. =') Buat makan2, jemput kawan2 dan jiran. Dah besar2 ni takde la dah. Rindu!

Pagi semalam masa nak cek gula tok, tetiba bacaan 4.1. Ehh.. Tok nak wish birthday ke ni. Haha. Kite memang sensitif sikit kalau tengok angka2 macam tu. Nak2 kalau dekat nombor plat. Heh. =p

Apapun, terima kasih tok dan aki. Jaga cucu ni dari kecik sampai besar panjang. Semoga tok dan aki sihat dan tabah teruskan hidup.

^^v

Thursday 1 January 2015

Cuba jahit

~ Bismillah ~

Bila Allah uji dengan dahsyat,
Dia juga akan menolong dengan hebat,
buat hambaNya yang mendekat....
Inna ma'al u'sri yusra.

Ayat ini menunjukkan kesenangan itu dekat.
Kesenangan hadir bukannya hanya selepas susah, 
tapi 'bersama' kesusahan itupun sudah ada kesenangan...
Bagi yang hatinya ada Tuhan.

Kredit: Ustazah Fatimah Syarha

Semoga tahun 2014 menjadi kenangan dan pengajaran buat kita semua, Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah atas setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua akan terus sabar dan syukur dengan ujian yang diterima. InshaAllah. Musibah yang menimpa tidak lain hanyalah untuk meningkatkan keimanan kita kepadaNya. Semoga mangsa-mangsa banjir terus sabar dan tabah berjuang meneruskan hidup.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul


Misi 


Misi siapkan baju kurung, blouse labuh, tudung dan seluar dalam masa 1 bulan bermula esok!. Lama kan. Sampai sebulan ambil masa nak siapkan semua ni. Almaklumlah, kita ni amatur, tu yang lambat tu. Huhu. Sepasang baju mungkin makan masa dalam 3 hari. Tu kalau rajin, kalau tak rajin seminggu baru siap kot. Haha. Tak confident nak jahit baju orang, tapi kalau tak mula sekarang bila lagi. Nanti berkarat apa yang dah belajar tu. Demi adik2, kugagahi jua. =p