Thursday 19 December 2013

Brothers and Sisters

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

UNTUKMU GAZA - Gaza 10k Run
3 November 2013
Wangsa Walk

BALI
4 - 7 November 2013
Trip adik-beradik.
Alhamdulillah. Thank you Salomon and Alligator Cards.
Stay kat the harmony legian hotel. 

Punya la nak berjimat. Malam kedua makan bubur nasi, malam ketiga makan megi. Jadila. Lagipun, agak susah nak cari makanan halal kat sini. Kalau ada pun agak mahal. Huhu.

Ala-ala Cameron Highlands.


Tempat yang best nak shopping kat Bali, Agung Bali dan Krisna. Kat sini dah tak payah nak tawar2, harga tetap macam kat pasaraya tu. Semua pun dah memang murah2. Kalau beli kat streets, diorang memang letak harga tinggi betul! Penat nak menawar. Siap kena paksa pulak tu.

Macam2 ada. Pilih saja. =P
Adek yang kat belakang tu tengah berkira-kira cukup ke tak nak bawa balik untuk kawan2 & cikgu2 dia. Hee..

Factory Outlet. Kat sini pun boleh tahan murah jugak. Kalau kat malaysia dapat beli 1, kat sini dapat beli 3 tau. =D

Memang tak boleh nak beli apa2 kat mall ni. Mahal. Malaysia lagi murah rasanya kot. Huhu. 

Pantai kat depan Discovery Shopping Mall. Cantik! Subhanallah.

Last day.

Dah nak balik. =)

*  *  *  *  *

Tahniah adik dapat 8A UPKK. Tahniah jugak untuk abang chik. Syukur dengan apa yang dapat. Allah bagi setimpal dengan usaha kita. Semoga terus sabar dalam menelaah ilmu yang terlalu luas. SPM 2015 plak ye. All the best!.. =)


Saturday 23 November 2013

QUIT AT NEVER

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

19 Okt 2013 | BSN Putrajaya Night Marathon
He done his first HM. Congrats!

Sunday 6 October 2013

Selamat Pengantin Baru =)

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Salam Zulhijjah

Thank you for ordering..
Diharap berpuas hati ye.. =)

29 Sept 2013 | UPM
Selamat Pengantin Baru Kak Kiki dan pasangan..
Selamat membina rumahtangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah..
Semoga Allah memberkati.. ^^v

Angah, terima kasih banyak2 deh! kak long tahu angah sayang kak long..sebab tu sanggup kan..haha =D

*  *  *  *  *

Thanks for this training diary Sis. Love it very much. Tapi tak sempat2 lagi nak guna sebab tak training pun. Acane nak tulis.  Haha. Tak sabar nak tunggu andak cuti sem. Takde teman nak joging. Dua minggu lagi PNM, HM plak tu. Dengan tak training nya. Okay, ni memang cari penyakit. 

*  *  *  *  *

Alhamdulillah 'ala kulli hal
Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat juga pengalaman yang berharga
Thank you uncle & aunty kerana percaya saya.

*  *  *  *  *

All the best abg chik. Didoakan semoga cemerlang dalam pmr. Cemerlang dunia juga akhirat. 
(n_n)v

#kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan, tapi di sepanjang jalan..berbahagialah ketika memulakan langkah pertama#

Sunday 22 September 2013

Membentuk Keluarga Membangun Ummah

Oleh : Dr. Rubiah Kulop Hamzah.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Nasihat 1
Didikan itu ialah satu pimpinan jasmani dan rohani yang menuju kepada kesempurnaan dan lengkapnya sifat-sifat kemanusiaan kepada anak didik. (Mohamad Natsir)

Nasihat 2
Kejadian lelaki itu daripada asuhan dan didikan wanita, apabila kamu berkehendakkan pemimpin yang bijaksana maka didiklah wanita itu dengan kesopanan yang tinggi dan mulia. (B. Russell)

Nasihat 3
Wajib atas suami mendidik isterinya kepada akhlak dan sopan santun yang mulia kerana isteri itu tauladan hidup di dunia. (Mohd Nasir)

Nasihat 4
Tujuan pendidikan yang paling tinggi bukannya pengetahuan melainkan mendidik perangai anak, agar anak mampu menjalani kehidupan yang suci dan ikhlas.

Nasihat 5
Rumah yang tidak ada buku-buku sama seperti rumah yang tidak bertingkap dan tidak ada siapa yang berhak mendidik anak-anak jika tidak ada buku-buku di kelilingnya. (S.H. Beecher)

Nasihat 6
Ajarlah anak-anak dan isterimu supaya menjadikan rumahmu sekolah pertama dan ibu bapa sebagai guru pertama, sebelum anak-anakmu keluar ke sekolah. Dan didiklah wanita-wanita yang mampu mendidik anak-anak mereka. (M. Lutfi Manfaluti)

Nasihat 7 
Ibu-ibu itu sebagai sekolah, kalau kamu berkehendakkan pemuda-pemuda yang baik, maka asuhlah mereka dengan sebaik-baiknya. (Hafidz Ibrahim)

Seorang ibu yang bijaksana nilainya sama dengan 10 orang guru di sekolah. (M. Y. Nasution)

Nasihat 8
Apabila seseorang ketua rumah tangga memukul gendang, maka janganlah engkau mencela anak-anak yang akan menari. (Syair Arab)

Nasihat 9
Yang namanya mendidik itu, bila peraturan dan seiring pimpinan pendidiknya, kerana yang sebenarnya yang mengatur dan memimpin ialah anak-anak itu sendiri. (J. J. Rousseau)

Nasihat 10
Anak-anak jangan dibiarkan banyak tidur, ajar dia lekas bangun, kerana banyak tidur itu akan menyebabkan dia malas, dendam, layu otaknya, mati zahirnya. Sebaik-baiknya, biasakan dia tidur di atas tilam nipis supaya dia cergas. 

Nasihat 11
Anak-anak waktu kecil jagalah supaya dia tidak berdusta. Latih dia berkata benar walaupun kesalahan yang telah dilakukannya supaya dia biasa bertanggungjawab atas kesalahannya. (Hakim Al-Mu'tasam)

Nasihat 12
Didiklah anak-anak perempuan kamu itu dengan akhlak yang luhur kerana akhlaknya yang akan mempertahankan mereka dari kehinaan di mana sahaja mereka berada. (Hafidz Ibrahim)

Nasihat 13
Tahukah tuan jalan yang seburuk-buruknya untuk menyengsarakan anak tuan di kemudian hari ialah dengan membiasakan meluluskan semua keinginannya. (J. J. Rousseau)

Nasihat 14
Beberapa titik air dalam detik pertama pada kebakaran lebih berfaedah daripada beberapa tong air pada masa kebakaran itu telah merebak. 

Nasihat 15
Barangsiapa ingin memetik padi yang bagus, hendaklah menabur benih padi yang bagus juga. (Hj. Agus Salim)

R E N U N G A N

Jika anak sentiasa dikecam, dia akan menjadi orang yang suka mengganggu.

Jika anak sentiasa diseterui, dia akan suka bergaduh.

Jika anak sentiasa dikritik, dia akan pandai menghina

Jika anak hidup dalam ketakutan, dia akan menjadi anak yang mudah cemas.

~ Konvensyen Bidadari 2013~

*  *  *  *  *


Selamat hari lahir yang ke-11 adik..
Semoga menjadi anak yang solehah..
(n_n)v


Friday 2 August 2013

Doa dan sabar

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

kredit : fb
=')

Di saat teman seperjuangan selesai viva dan submit tesis, diriku masih merangkak-rangkak untuk mengikut jejak mereka. Sabar dan terus bersabar. Semoga diberi kekuatan.

*  *  *  *  *

Jika ramadhan itu sekolah
Selepasnya kita akan berubah
Untuk mencari hanya redha-Nya

Jika ramadhan itu penjara
Selepas ini kita akan bebas
Untuk berbuat kejahatan semula
-Ariff Islam-

Sedih rasanya ramadhan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Semoga kita mendapat keampunan daripada Allah dan mudah-mudahan amalan kita diterima di sisi-Nya. In Sha Allah. Semoga saya, kamu dan kita semua masih berpeluang bertemu ramadhan yang akan datang. Ameen...

Salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

#doadanterusberdoa#

Monday 22 July 2013

Ramadan - Maher Zain

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~


Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
 Kudus kasihmu

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi


Wednesday 10 July 2013

Al-Baqarah : 183

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~


ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. 
[2:183]

Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kemudahan kepada kami untuk benar-benar dapat mengisi bulan Ramadhan ini dengan puasa yang ikhlas, amal-amal ibadah yang fardhu dan sunat di samping amalan-amalan soleh lain yang akan mendapat ganjaran yang besar dari sisiMu. Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia. Sangat suka kepada pengampunan, maka ampunilah daku. 
Ameen Ya Rabbal Alameen

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa. In Sha Allah. Selamat menunaikan ibadah puasa semua. =)

Friday 5 July 2013

Memaafkan

Bismillah...

Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri
hidup terlalu singkat untuk membenci
sucikanlah hati mencari ILAHI

Wahai diri, ingatlah... segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin ALLAH jua. Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata... ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab', lihat dengan mata hati yang ALLAH jua menjadi 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab). Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti redha.

-Ustaz Pahrol-

"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia." 
-Surah Fussilat: 34


Sunday 16 June 2013

Silih Ganti Rasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

TUHAN...
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN...
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmat-MU
aku syukur dan akur
lupa aku mengenang-MU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN...
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-MU
ingatkan daku
agar mengingat-MU

TUHAN...
Bicara-MU tanpa suara
Belaian-MU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua...

Di mana DIA di hatiku?
Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Friday 14 June 2013

Kasihmu Amanahku

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan buat kawan2 yang baru saja mendirikan rumah tangga. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kalian dalam kebaikan.

Alhamdulillah. Dah ramai yang bertemu jodoh. Boleh kata tiap2 minggu ade jemputan. Terima kasih kerana menjemput dan mohon maaf di atas ketidakhadiran. Tak dapat nak penuhi semua jemputan. Huhu. Apa pun, semoga kalian berbahagia sampai syurga bersama pasangan pilihan hati.. =)

Dedikasi buat kawan2 yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin.. ^^v


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


*     *     *     *     *

Buat yang masih belum bertemu jodoh, jangan bersedih hati. InsyaAllah akan tiba masanya yang sesuai. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sabar dan terus berdoa semoga Allah permudahkan jodoh kite. Jom amalkan doa ini.. =)
Kredit : Darussyifa' 
Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, Allah pertemukan jodoh yang baik buat kalian dan saya juga. Ameen. InsyaAllah. (n_n)


Sunday 2 June 2013

Tahniah.. ^^v

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Milo Breakfast Day | 19 May 2013 | UPM Serdang
First event setelah 6 bulan rest. Huhu. Lama jugak tu. Alhamdulillah, lutut dah semakin pulih, dah boleh lari macam biasa. Kali ni ramai jugak TLSS yang join. =) Bile la agak2nya team ni boleh complete ek? Urm.. Lepas ni lama lagi la pulak boleh join event. Mudah2an masih ade kesempatan nak join lagi. Terpaksa mengurangkan aktiviti larian akibat kesibukan yang melanda. Konon. Haha.  

* * *

29 Mei 2013 | PICC Putrajaya
Tahniah Imah dah konvo. Didoakan semoga cepat2 dapat posting dan semoga dalam redha Allah selalu hendaknya.. Selamat menjadi pendidik yang cemerlang kepada anak bangsa ye. =) 

Entah kenapa gambar ni begini. Huhu.
Tahniah jugak Miha dan Zati. Semoga kejayaan dan kebaikan terus bersama kalian. 

* * *

Eroh | Zati | Miha | Disa
Makan kat Johnny's Restaurant. Miha n Zati belanja. Terima kasih banyak2 ye cikgu. Semoga bertambah2 dimurahkan rezekinya. Hehe. Terbalik pulak, sepatutnya kitorang la belanja korang. Huhu.

* * *


Dapat buku free lagi. Alhamdulillah. Terima kasih Athirah! Awak memang baik hati. =p

* * *

Sangat2 terasa nak pergi Konvensyen Aku Cinta Allah & Rasul. Jeles dengan kawan2 yang dapat pergi. Huhu. =(  
Pada sesiapa yang berkesempatan, boleh la amek peluang ni. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran program, boleh klik sini. Selamat mendaftar! =)

#jaga iman hiasi amal, jaga diri hiasi peribadi#

Wednesday 15 May 2013

Happy Teacher's Day

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

16 Mei setiap tahun - hari mengenang jasa guru yang banyak berjasa.
Selamat Hari Guru diucapkan buat semua insan yang bergelar guru. 
Terutamanya buat guru2 yang pernah mengajar dan mendidik saya secara langsung mahupun tidak sejak kecil hingga lah dewasa.
Sungguh, jasa kalian amat mulia sekali.
Akan saya kenang sampai bila-bila.
Semoga redha dan rahmat Allah bersamamu selalu.
Terima kasih cikgu..~ =)


As you inspired others..
You added meaning to my life, too..
Thanks for being a great inspirer..
Always!

Happy Teacher's Day!
(n_n)v

#taski - sklb - smklb - mrsm batu pahat - kmph - upm - ukm#

Saturday 11 May 2013

Nanti...

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang~


Buat mereka yang sudah bersuami dan bakal punya suami,

Nanti...
bila dah ada suami,
jangan lupa keluarga.

Nanti...
bila dah ada suami,
jangan lupa adik-adik.

Nanti...
bila dah ada suami,
jangan buang ibu dan ayah.

Nanti...
bila dah bahagia, 
jangan lupakan ayah dan bonda.

Jangan lupa,
walau taatmu pada suami,
sebahagian 'saham' syurgamu masih ada pada ibu.

Jangan bangga,
walau kini kau bahagia pada suami,
kau dulu,
bergantung harap pada ayah dan ibu.

Walau bagaimana layanan mereka kepadamu,
jangan lupa, 
tanpa mereka,
kau mungkin tak akan ada.

Ya,
bila sudah bahagia nanti,
jangan kau buang ayah dan ibumu,
cintamu pada lelaki,
jangan sampai membuatmu menderhakai,
apatah lagi melukai hati mereka.


#Copy paste : FB Tanyalah Ustaz
~nasihat untuk diri sendiri~

Tuesday 7 May 2013

Selamat Hari Lahir Cikgu!

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Tak lepaskan peluang ke pesta buku antarabangsa di pwtc sabtu yang lepas lepas (lama baru nak update). Memandangkan baucar buku dah abes, tak boleh la nak borong sakan. Tapi terasa rugi la plak kalau tak beli ape2 kan sebab ada diskaun untuk student. Walaupun buku banyak lagi tak habis baca siap ade yg tak buka sampul plastik lagi, beli je la, nanti2 boleh baca. Huhu. Sempat juga menyinggah ke masjid jamek lepas cari buku. Sabar je nak membeli, cantik2 dan murah2. Cuci mata je boleh. Tak dapat beli apa2 pun kat sini. Hoho. Puasa2! Thanks faz belanja kitorang makan. Semoga rezeki bertambah2 dan berkat. Dah keje kan, open table lah! Hehe. =)


*  *  *  *  *
Keesokannya ke Putrajaya demi berjumpa cikgu kesayangan, mama midah dan papa shariff. Hoho. Kebetulan cikgu datang Putrajaya bawa atlet2 die pergi larian, Kidney Run. Kali ni ramai sikit (farah, shina, dayak, p-kok). Lama sangat tak jumpe diorang2 ni, rindu betul. Tetibe rase nak main netball plak. Hehe. Alhamdulillah, apa yang dirancang berjalan dengan baik. Pagi2 sebelum subuh dah semangat pergi amek farah kat upm. Then, jumpa yang lain2 kat putrajaya. Kesempatan yang ada, kami celebrate birthday cikgu midah sehari awal dan birthday cikgu shariff yang baru lepas beberapa hari. Senang la camni, besday dekat2. =) Selamat hari lahir cikgu midah dan cikgu shariff. Semoga senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Terima kasih di atas segalanya. Jasa cikgu kami kenang sampai bila2. Kami sayang cikgu. =)




Istimewa untuk cikgu midah dan cikgu shariff. Tempah daripada Gajirkaligrafi.

*  *  *  *  *
 Mini reunion before PRU 13.
Masa ni la nak dapat kumpul ramai2 sebab semua balik kampung nak mengundi. =p
Almost 20 years of friendship. Sayang korang. ^^v
ex-SKLB
*  *  *  *  *
Dah nak masuk bulan Rejab. Time to recharge. Jom kite praktis.
Ramadhan is coming. Let's prepare for it.
Banyak2 mengaji. Rajin2 puasa. Selalu2 bangun malam.
Takde lah terkejut sangat nanti. Hehe.


"Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan". (HR Baihaqi)

Tuesday 23 April 2013

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  8. Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang. 
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Thursday 18 April 2013

Broga

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah! Ada orang belanja. Yeay! =D 
Terima kasih banyak2 eroh sebab belanja kami semua makan kat steamboat antarabangsa ni. Didoakan semoga bertambah-tambah murah rezeki eroh. InsyaAllah. (n_n)v

*  *  *  *  *


Broga! for the 3rd time. Kali ni memanjat bersama rumet baru merangkap ex-classmate matrik. =) Tambah sorang lagi ahli baru, Namiha. Hehe. Dari ukm pukul 5.30 pagi. Alhamdulillah, sempat jugak solat kat atas bukit broga yang cantik itu. Hehe. Terima kasih bebanyak kat adik disa sebab sabar tunggu kakak2 yang dah tak berapa nak larat ni. Haha.  Dah lama tak beraktiviti macam ni. Tetiba terasa rindu pulak nak join running event. Dah berbulan2 kot tak pergi road race. 

Iklan sikit. Ada larian UNTUKMU GAZA - Gaza 10k Run.
Jom kite!

Nak tegister, klik sini


*  *  *  *  *


Dapat ole2 dari Tanah Suci. Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 Kak Fifa n Prof. Anuar. =)
Ingat juga kat saya. Hee.

*  *  *  *  *
PRU13 dah tak lama lagi dah. Sekarang ramai yang tengah sibuk duk berkempen sana sini. Kalau kat fb tu lagi lah macam2. Kadang2 ada yang tak patut disiarkan pun, semata2 sebab nak cari salah orang. Pandai2 lah kita menilai yang mana baik dan buruk. Semoga kita semua terpelihara daripada fitnah. Untuk yang dah mendaftar, jangan tak pergi mengundi pulak. Buat pilihan yang bijak. =)

Sebagai panduan untuk kita. 
Daripada fb Dr. Hafidzi :

ini panduan berguna utk pengundi. undi bukan dasar wibawa individu tetapi kewibawaan gagasan yg diwakilinya. jika undividu wibawa ttp gagasan yg diperjuangkan tdk wibawa maka pilihan anda tdk akan merubah apa-apa. anda dan negara anda berada di takuk lama-status qou. credit pd shbt saya dgn contoh yg mudah ini.
----------+-++++----------
Nak mengundi macam nak mencari pasangan hidup juga.

Kita tak boleh pilih mata cantik si A, rambut ikal mayang si B, kulit mulus si C. . .Kita kena pilih seorang saja, dan terimanya "warts and all", dengan segala baik buruknya, sebagai complete package.

Demikian juga bila kita, secara kolektif atau bersama, mengundi, hakikatnya kita sedang memilih kerajaan bukan calon, maka kita harus lihat permasalahannya secara keseluruhannya, bukan lihat di mana mata tercantik, kemudian di mana kulit paling mulus. . .

Maka pilih PAKEJ yg lebih baik. Jgn pulak tak pilih kerana ia bererti menyerahkan pilihan kpd orang lain, dibimbangi mereka pilih yg bukan kita inginkan, menyesal nanti.

Maka pilih, pilih PAKEJ yg lebih baik. _______________________ AHMAD MUSLIM ALI

Selamat mengundi!

#tahniahangahdapat4flatsemlepas-kekalkanprestasiteruskanusaha#

Friday 29 March 2013

Cari, cari carilah

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Ditujukan khas buat yang sedang mencari.. Heh!


Mari, mari marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna
Moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersentak si jejaka diberitakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinlah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati
Namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa
Terpesona memandang
Benarkah isterinya menawan sungguh cantik

Reff :
Cari, cari carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu jejaka tunduk bersyukur

Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah

*  *  *  *  *

Buat yang sudah bertemu jodoh, tahniah diucapkan. Didoakan semoga kalian bahagia sampai syurga.. =)

16 Mac | Paka, Dungun | UKM
~Hawa~

24 Mac | Temerloh | UPM
~Kak Dija~
#Berusaha perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Semoga kita dipertemukan dengan jodoh yang soleh solehah#

Tuesday 19 March 2013

20 Perkara yang Membatalkan Syahadah

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah

2. Ingkar nikmat Allah sama ada dengan terang atau tersembunyi dengan mudah atau yang memerlukan kajian

3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah

4. Meggubal undang-undang (hukum-hukum) mengikut kehendak manusia; bukannya mengikut kehendak Allah

5. Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya

6. Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam semua perkara

7. Benci atau menentang satu-satu perkara menegenai agama Islam atau membenci agama Islam keseluruhannya

8. Menyintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya yang paling unggul

9. Menghina sesuatu daripada kitab dan sunnah atau orang-orang alim yang menegakkan hukum-hukum dan sunnah atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum-hukum Allah

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya

11. Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah

12. Melantik orang-orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang yang beraqidah dan mukmin

13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah S.A.W.

14. Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dada, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik

15. Menyatakan ayat-ayat al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu, isi yang terkandung dalam al-Quran hanya boleh difahami oleh sesetengah orang melalui ilham

16. Tidak mengetahui mengenai makrifatullah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sifat-sifat ketuhanan atau ingkar nama-namanya. (selama mana sentiasa menuntut ilmu, sentiasa perbaiki diri, tinggalkan dosa, takut lakukan dosa)

17. Tidak mengetahui dan mengenal Rasulullah S.A.W dengan betul atau menafikan sifat-sifat yang diberikan Allah kepada baginda 

18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka

19. Membuat sesuatu perkara bukan kerana Allah

20. Syirik kepada Allah

Disediakan oleh : 
Unit Aqidah dan Syariah
Bahagian Penyelidikan. Jabatan Agama Islam Pahang

Thursday 14 March 2013

Bandung trip!

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

~credit to karimmah~
My friend since kindergarten, Karimmah.. =) 
2006 - after spm beli handphone sama2 kat Plaza Idaman.
2013 - jumpa lagi, dan kali ni kite jalan jauh sikit. Hee.
Walaupun dah tak pernah belajar sama2 after primary school, tak selalu contact pun, tapi bile jumpa memang banyak lah ceritanya kan. Almost 20 years of awesome friendship. Ukhwah fillah!

Saling tak mengenali. Semua2 ni kawan karimah, kawan plkn dia (fatin), kawan ssp dia (waed). Dapatlah saya kawan baru lagi.. ^^v
Sepanjang tinggal kat sini, menumpang kat rumah waed. Dapatlah kitorang save bajet sikit. Huhu. Waed balaja kat sini, doctor to be. Karimmah pun doctor to be jugak.
Kebetulan kitorang sampai sabtu malam, dapat la waed bawa kami jalan2 ahad tu, tunjuk cane nak naik angkut2. Tunjuk itu dan ini. Huhu. Isnin waed dah kelas.. 
Day 1
karimmah | waed | fatin | me
Seharian waed bawa kitorang pergi jalan2 kat pasar baru. Kalau pergi Bandung, rugilah kalau tak datang sini sebab barang murah2. Semangat kitorang beli jubah sama2. Hehe. Untuk kenang2an, malamnya waed bawa kitorang pergi tangkap gambar studio kat Jonas photo. Tangkap gambar studio kat sini 10ribu rupiah je, lebih kurang RM3. Murah kot.

Day 2
Hari ke-2, jalan2 tanpa waed. Sewa Avanza dari pukul 8.30pg - 8.30mlm, 480ribu rupiah satu kereta. Pak supir bawa kami pergi kawah putih. Subhanallah! sangat2 cantek sampai tak terkata. Perjalanan ambil masa hampir 2jam juga. Lepas tu kitorang pergi ladang strawberi, petik sendiri strawberi, ala2 cameron highland la jugak. Then, melawat ke Situ Patengan, naik sampan yang didayung oleh seorang adik. Rasa kasihan la plak tengok adik tu, teringat kat adik2 kat rumah yang tak perlu pun nak bekerja keras semacam tu untuk cari duit. Bersyukur la wahai adik2ku sekalian. Urm, on the way balik kami singgah factory outlet, jalan2 cuci mata je lah kami ni. Huhu. Sampai je rumah, memang keletihan tapi sangat seronok.. =)
Day 3
 Hari ke-3, kitorang jalan2 tanpa waed lagi. Kali ni memang kena berdikari lah. 1st day ade waed, 2nd day ada pak supir amek kitorang kat rumah & hantar sampai rumah jugak. Huhu. Nak tahu pergi mana? Pergi pasar baru lagi. Hoho. Sabar je kan, tak puas lagi jalan seharian masa mula2 sampai tu. Tak boleh nak lama2 sangat kat sini sbb nanti duet laju je keluar.
Petangnya, keluar dgn waed dan jugak housemates dia (bakal2 doktor semua ni). Kitorang pergi paris van java. Kat sini, barang2 boleh tahan mahal, memang tempat orang kaya2 la. Sogo pon ade. Hee. Malam tu makan kat recheese factory (fast food), takde lagi kat mesia rasanya. Ayam tu siap ade level kepedasan lagi. Saya amek level 1 je, almaklumlah tak berani nak amek level lain, nanti tak termakan pulak. Huhu. Itu pun dah tak tertahan pedas, macam mane lah orang boleh makan level 5, memang extreme lah. Hebat! Yang bestnye, sos die cheese, boleh lah neutralkan sikit kepedasan ayam tu.

On the way balik rumah, singgah beli surabi duren. Serius sedap. Makan bersama strawberi yang kitorang petik semalam. Hehe. =)
Surabi Duren
Thanks karimmah, fatin, waed, housemates waed (jiha & aiza) di atas segala2nya. Seronok dapat kenal ngan korang semua. Semoga persahabatan berkekalan. Till we meet again! ^^v

#ok, misi kumpul duit untuk bawa adik2 plak pergi jalan#

Friday 8 March 2013

Seminar Baitul Muslim 2.0

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Seminar Baitul Muslim 2.0 telah diadakan pada 16 & 17 Januari 2013 bertempat di PICC, Putrajaya. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan peluang untuk menghadirinya pada hari kedua (Bercinta Sampai Syurga). Sedikit perkongsian daripada seminar tersebut. Semoga bermanfaat. =)

SLOT 1 : OH MERTUAKU!
Penceramah : Ustaz Pahrol Md Juoi

Niatkan dalam hati, manfaatkan dan amalkan ilmu yang diperoleh juga sampaikan ilmu kepada orang lain. Pastikan apa yang kita dapat lebih bernilai daripada apa yang kita hilang. 

Siapakah yang terbaik? Orang yang baik dengan isteri dan keluarganya itulah orang yang terbaik. Betulkan mindset, hubungan antara menantu dan mertua adalah hubungan manusia dengan manusia. Untuk selesaikan hubungan manusia dengan manusia selesaikan dahulu hubungan dengan Allah (mengasihi dan mencintai Allah yang banyak beri nikmat). Orang yang paling akrab dengan Allah, adalah orang yang paling intim dengan orang lain. Seseorang yang kuat iman dan kuat ukhwah sentiasa menjaga hubungan di dalam keluarga.

Ibu bapa mertua kita sama seperti ibu bapa kita. Mereka berhak mendapat :
1) ketaatan daripada kita selagi tidak bertentangan hukum Allah
2) layanan baik setiap masa tanpa syarat

Teladanilah sikap dan perilaku Rasulullah SAW ketika menjadi mertua kepada Saidina Ali dan Saidina Uthman juga ketika baginda menjadi menantu kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
( Nak tahu, cari sendiri deh! (n_n)v ) 

Petua dalam bercinta :
- Mencintai orang yang dicintai oleh yang kita cintai
- Hadiah terbaik seorang ayah kepada kita ialah mencintai ibu kepada kita (isterinya) 
- Bila ada krisis dengan pasangan, kembali kepada mertua. *ibu bapa kepada pasangan kita akan merasa mereka ibu bapa sejati kepada anaknya
- Jangan anggap menantu adalah orang yang akan merampas kasih sayang anak kita, tapi anggaplah dia sebagai seorang sahabat baru yang akan membawa keluarga kita kepada Islam. Menantu bukanlah pesaing.
- Hierarki cinta : 
Lelaki : 1) Allah 2) Rasulullah 3) Ibu bapa
Perempuan : 1) Allah 2) Rasulullah 3) Suami
- Dengan menyalakan lilin orang lain, ia tidak akan mengurangkan cahaya kita, malah memberi lebih banyak cahaya
- Amalkan cinta tanpa syarat

Tujuan perkahwinan berkait rapat dengan tujuan hidup manusia:
1) Menjadi hamba Allah
2) Menjadi khalifah di muka bumi
*bekerjasama memikul amanah menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah (teman usrah)

P/s :
- Tidak digalakkan orang yang berkahwin tinggal sebumbung bersama ibu bapa atau ibu bapa mertua kecuali apabila mereka dalam keadaan uzur
- Bagaimana berhadapan dengan bakal mertua?
1) Jaga adab Islam, jangan over, jadi diri sendiri, jaga akhlak
2) Mengenali betul2 bakal mertua kita

SLOT 2 : RUMAHKU SYURGAKU
Penceramah : Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

Punca kebahagiaan
1) Rumah yang luas
2) Kenderaan yang selesa
3) Isteri yang solehah
4) Jiran yang baik

"Dan di antara tanda2 (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (Ar-Rum : 21)

Sakinah - ketenangan
Mawaddah - kasih sayang & cinta (mahabbah, cintanya seorang isteri)
Rahmah - belas kasihan (rahmat seorang suami kepada isteri)

Tanda2 konflik :
- Hubungan yang dingin dan tidak aktif, tanggungjawab dilaksanakan separuh hati
- Interaksi dan komunikasi yang minima dan tidak mesra
- Pasangan menjadi musuh
- Tidak boleh kawal emosi, cepat marah, cepat terasa
- Mudah melafaz cerai atau minta cerai

Antara punca konflik rumahtangga :
masalah iman -> ego (sukar memberi, hanya mahu menerima) -> cemburu buta -> komitmen luar yg terlalu berlebihan -> harapan yang terlalu tinggi -> campur tangan orang tua / mertua @ pihak ketiga lainnya -> kebiasaan buruk yg masih dilakukan setelah berkahwin -> kewangan -> keyakinan diri

Strategi tangani konflik :
1) Kembali menyuntik matlamat kehidupan
2) Berwudhu dan solat sunat
3) Berinfaq mendapat kekuatan
4) Ambil masa dan tunggu sejuk
5) Ikhlas dalam meluahkan sesuatu dan bukan membebel
6) Jaga nada dan kalimah
7) Berdoa dan munajat kepada Allah serta yakin
8) Ambil peluang positif dalam konflik dan musibah

 Tanggungjawab suami (mukmin profesional) :
1) Beriman - sabar, lemah lembut, penyayang, penekanan ibadah, ilmu dan keikhlasan
2) Itqan - komunikasi kerap, cekap kenalpasti masalah sebenar dan solusi, pendengar yang baik, kenali waktu berkesan, ilmu kemasyarakatan
3) Murabbi - bimbing dan beri inspirasi, teladan, pengajaran, beri ilmu dan faham
4) Rohani - tujuan hidup, rukun iman, cinta Allah & Rasul, aktiviti ibadah, awasi dayus
5) Akal - ilmu agama, ilmu kehidupan, ilmu kemasyarakatan
6) Emosi - membelai dengan kata2 dan tindakan, jenaka dan gurau, hadiah dan pujian, mendengar dengan empati, tanya khabar dan 'lapor diri', masa kualiti
7) Fizikal - makan minum halalan toyyiba, rumah selesa, kenderaan baik

Tips mata hati :
- Jika ambil mudah kiraan keberkatan, nescaya ia akan PERGI
- Kalau cantik fizikal dianggap penentu bahagia, nescaya derita bakal menyelusup
- Jangan berhenti berkenalan dalam rumahtangga, nescaya kamu tetap hangat bercinta
- Rumahtangga kita adalah aset pelaburan akhirat, kendalikan dengan serius, ilmu lagi peka
- Kemudi rumahtangga dengan emosi, bawa cinta basi. Dengan akal semata, bawa helah nakal. Dengan hati berserta akal dan emosi, insyaAllah RUMAHKU SYURGAKU
-Fikirkan yang negatif bakal menarik yang negatif juga justeru jangan terlalu mentakwil situasi pasangan anda dengan negatif
- Ketidaksempurnaan adalah aspek drama, konflik dan rencah perisa dalam rumahtangga
- Kalkulator cinta rumahtangga jangan terkhusus hanya pada zahir
- Jangan bandingkan milik anda dengan milik orang lain, yakini dia terbaik untuk anda dan berusahalah

Awas Perangkap Hutang
- Hutang untuk kahwin
- Hutang ah long
- Hutang kad kredit
- Hutang bank konvensional

Tip Bayar Hutang :
- Bayar hutang anda sebaik sahaja anda mendapat wang pinjaman
- Lebihkan sedikit bayaran bulanan
- Bayar sebelum tarikh matang
- Bayar pinjaman apabila ada lebihan wang
- Kekalkan bayaran yang sama apabila kadar faedah turun
- Tingkatkan bayaran bulanan apabila gaji atau pendapatan naik
- Jual barang terpakai dan guna wang untuk bayar pinjaman
- Bayar semula pinjaman dengan bank yang tawar faedah lebih rendah
p/s : 
- Taubat mampu memadamkan dosa2 yang pernah dilakukan malah mampu jadi lebih baik
- Orang yang sentiasa buat kebaikan jangan sentiasa berpuas hati dengan kebaikan yang dilakukan, sentiasa memohon diberikan istiqamah
- Orang yang berbuat kesalahan jangan berputus asa untuk bertaubat

SLOT 3 : TARBIYYATUL AULAD (Mendidik Anak2)
Penceramah : Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman

- Tarbiyah yang berkualiti dan mithali menjamin keamanan keluarga
- Sumber asas : Quran & Sunnah

Langkah Pertama : Bagaimana kita memilih calon (ibu bapa untuk anak2) yang baik?

Ciri2 usrah bahagia :
- Suami isteri / ibu bapa yang ceria
- Anak2 yang taat
- Persekitaran yang harmoni

Anak2 adalah amanah Allah SWT kepada setiap insan yang bergelar ibu bapa dalam kehidupan ini.
- Anak2 perlu dididik selaras dan selari dengan ajaran Islam sebagaimana qudwah Rasulullah SAW
# Keimanan yang tinggi serta amalan ibadat
# Ilmu akhirat dan dunia mencukupi
# Mampu menjadi pendidik kepada anak

"Wahai orang2 yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat2 yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(At-Tahrim : 6)

Tugas penjaga / pendidik :
- Pastikan pakaian patuhi syariat
- Jaga pemakanan

3 waktu sesuai bagi pendidikan / nasihat :
1) Ketika berjalan / atas kenderaan
2) Sewaktu makan
3) Sewaktu anak sakit

Ibu bapa adalah qudwah atau idola untuk menjadi ikutan / role model dalam diri anak-anak. Maka jagalah akhlak dan pertingkatkan amalan2 kebajikan dalam hidup

Di antara amalan harian seorang Muslim :
- Mendirikan solat fardhu 5 kali sehari
- Membaca dan mengkaji al-Quran
- Mendirikan solat2 sunat seperti Tahajjud, Taubat, Hajat, Rawatib sebelum dan selepas solat fardhu, Dhuha dan Witir
- Mengingati Allah seperti membaca zikir, al-ma'thurat, istighfar, tahmid dan tahlil
- Mengingati mati
- MENCARI REZEKI YANG HALAL

Di dalam dan di luar rumah
- Jaga aurat
- Pastikan pakaian anak2 patuh piawai syariah Islam
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik" ( 7 : 26)
- Menjauhi pergaulan bebas / elak ikhtilat
- Jauhi dan elakkan makanan haram

Doa Nabi Ibrahim A.S
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."

Doa Nabi Zakaria
"Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa." (Surah Ali 'Imran : 38)

Doa Nabi Ibrahim as
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang2 yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. (Surah Ibrahim : 40)

Doa Para Solihin
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri2 kami dari keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa." (Surah Al-Furqan : 74)

SLOT 4 : BERCINTA SAMPAI SYURGA
Penceramah : Ustaz Muhidin Mokter & Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Tips menegekalkan hubungan kasih sayang
Matlamat --> Hidupkan Sunnah --> Muhasabah --> Syurga

*Sentiasa bayangkan sekiranya Nabi Muhammad SAW datang melawat kita.. Adakah kita telah bersedia bertemu baginda?? (solat, puasa, adab, ibadah, aurat)

Bagaimana pasangan dapat mengekalkan hubungan?
- Hargai sumbangan pasangan walaupun sedikit
- Cabaran itu akan menjadikan kita lebih rapat

Bahasa2 cinta
- Gerak tubuh
- Kata2

3 elements of communication
-Words (7%)
- Voice Tone (38%)
- Body Language (55%)

Para wanita, jaga hubungan dengan orang yang paling penting dengan suami kita (ibu bapa mertua)

Pasang surut dalam bercinta
Taaruf (5 tahun) --> Tafahum --> Takaful

lovers are to complete, ... not to compete.

- Apabila nak memberi atau berkongsi sesuatu, jangan beri separuh2, beri sepenuh hati

Bercinta dan berdating suami dan isteri
- Sunnah Nabi
- Ikhlas dan beradab
- Kasih sayang

Cabaran berumahtangga : Diri sendiri!
- Insan yang paling baik ialah insan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain
- lakukan perubahan pada diri
Suami - ketua / pengurus ke atas keluarga
Isteri - pengurus di rumah pasangannya dan urusan anak2

Senjata hadapi cabaran : Ilmu & Iman
Letakkan baginda di sisi kita, hadapai dengan ilmu dan iman

SLOT 5 : SHARING MOMENT (MELENTUR BULUH)
Panelis : Ibu Wirianingsih (Beliau merupakan seorang aktivis dakwah yang sangat aktif di Indonesia dan merupakan ibu kepada 10 orang Huffaz.)

Walaupun sibuk dengan aktiviti dakwah, beliau berjaya mendidik kesemua anaknya untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Subhanallah!

Generasi Terbaik Menurut Al-Quran & Sunnah
1) Mengamalkan Al-Quran & Sunnah
- Menyembah Allah & tidak menyekutukanNya
- Mencintai Nabi
- Berbuat baik pada orang tua
2) Menyebarluaskan nilai2 kebaikan

Persiapan Sebelum Bernikah
1) Persiapan Ruhiy
- Memahami bahawa pernikahan adalah sunnah kauniyah
- Memahami bahawa menikah adalah bentuk ibadah kepada Allah SWT
Memahami bahawa pernikahan harus sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya
- Memahami bahawa jodoh, rezeki dan umur adalah takdir Allah

2) Persiapan Pengetahuan
- Memahami adab pergaulan lawan jenis dan tatacara pernikahan Islami
- Memahami tujuan perkahwinan
- Memahami hak dan kewajipan suami isteri
- Memahami hak dan kewajipan ayah / ibu
- Menentukan visi berkeluarga

3) Persiapan Fizikal
- Fizikal sihat
- Mengerti tentang kelemaham fizikal masing2

4) Persiapan Kewangan
- Menyiapkan perencanaan kewangan untuk pernikahan
- Memahami pentingnya wang / harta dan penggunaanya sesuai syariat sebagai salah satu tonggak tegaknya 'izzah keluarga

Masa Kehamilan
"Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang2 yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) nya. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar." (An - Nisa' : 9)

Anak
3 pendekatan berdasarkan usia :
- 7 tahun pertama perlakukan bagaikan 'raja'
- 7 tahun kedua perlakukan bagaikan 'tawanan perang'
- 7 tahun ketiga perlakukan bagaikan 'teman / sahabat'
(Saidina Ali bin Abi Thalib ra)

Cara :
- Dengan keteladanan
- Dengan pembiasaan
- Dengan nasihat
- Dengan cerita / kisah2
- Dengan 'reward and punishment'

Amalan keluarga Ibu Wiwi
* Target untuk anak2 beliau : setiap hari menghafal 10 kosa kata Bahasa Arab, ceritakan kisah2 Nabi dan para sahabat
* Menghafal Al-Quran selepas Subuh dan Maghrib (bagi hadiah kalau dapat hafal)
* Mempunyai peraturan menonton televisyen
* Membudayakan membaca
* Selalu tulis moto : Jadikan setiap masa itu bermakna / berguna

P/s :
- Jangan lalai masa2 penting pertumbuhan anak. Terus berdoa dan menyerahkan kepada Allah
- Al-Quran itu membuat hidup lagi hidup

Alhamdulillah, semoga perkongsian ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat menjadi panduan buat kita semua. Jutaan terima kasih kepada penceramah2 di atas segala perkongsian ilmu yang cukup berharga. Semoga terus berjuang demi ummah.