Wednesday 30 May 2012

Selamat Belajar =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Untuk adikku :

Tahniah andak. Alhamdulillah, ada rezeki sambung belajar lagi. Walaupun impian nak ke upnm tak kesampaian, jangan sedih2 ok. InsyaAllah, kat uitm pun boleh cipta kejayaan. Kak long doakan semoga andak berjaya. Berjaya dunia dan akhirat. Belajar rerajin n pepandai, result power, boleh apply scholarship. Main, main jugak, belajar jangan lupa. Pesan kak long, jangan pernah putus asa, niat belajar kerana Allah, jaga diri, jaga kesihatan juga jaga agama. Ingat pengorbanan ibu abah. Ingat juga pesan ibu abah.
Anak yang soleh, cucu yang rajin, abang yang prihatin, adik yang best! Hee..
Nak ikut pergi penang jugak. Huhu.

Bermula daripada niat diikuti dengan 'tahu bahawa kita tidak tahu' maka adanya kemahuan untuk 'mengambil tahu', sehingga 'berpengatahuan'.
Jadilah orang yang 'berpengetahuan' itu!

Yakin kepada Allah.
Bersangka baik kepada Allah.
Percaya sepenuhnya kepada Allah.
Yang Allah beri semuanya baik.
Selamat Belajar!
^^v 

Sunday 27 May 2012

Lari-lari di bulan Mei

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

PJ Dawn 2012
13 Mei 2012
Stadium Kelana Jaya
thanks kak kb for this race kit
the finisher tee =)
thanks angah & ila..shadad juga ^^v
Alhamdulillah. Usaha kuat lagi after this.
Buat pertama kalinya berlari seawal jam 3 pagi, pengalaman ni (sambil menikmati keindahan pagi di atas jalan raya) =) . Dan buat kali keduanya berlari sejauh 21km. Walaupun masa kurang baik dari sebelum ni, tapi alhamdulillah, berjaya juga buat sub 2hours. Dan yang paling penting dapat finisher t-shirt (ni yg nak sgt2 neh..hehe). Terima kasih kepada insan2 yang memberi sokongan sehingga tamat larian. Very supportive. Terima kasih angah, sanggup datang dari bentong semata-mata nak bawa kak long datang sini. Hehe. 

Saya punya impian. Impian untuk buat full marathon (42km). Semoga Allah mudahkan jalan. Ameen. 

"Shoot for the moon. Even if you miss it you will land among the stars." ~Les Brown~ 

KL Tower International Day Night Towerthon Challenge 2012
19 Mei 2012
KL Tower, Kuala Lumpur
1km run  + 2058 steps


hebat2 semuanya..ok la ni..nnt cuba lg..~ =)

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Sampai jugak di menara pencakar langit ni. Hanya Allah yg tahu bagaimana perjalanan pada hari kejadian. Kan kak kb? Syukur2. This is my 1st time. For me, event ni agak tough. Kalau diberi pilihan, saya lebih rela utk berlari 21k dari panjat 2058 tangga ni. Mula2 je dah naik bukit. Memang mendaki je semua, takde turun2 (nama pun da towerthon challenge). Huhu. Disebabkan da tak larat sgt, sampai merangkak2 kat tangga tu (haa, jgn tak pcaye, tak tipu ni). Boleh kata setiap water station berhenti ambil air. Huhu. Sungguh tak larat. Kenapa? Mungkin sebab kurang ready + tak sempat warm-up sebelum event + seminggu tak training. Mungkin juga sebab baru lepas lari 21k sminggu yg lalu, tak cukup rest. Train naik tangga pun tak buat juga. Huhu. Alasan semata, padan muka sendiri. Apa pun, Allah beri peluang untuk sampai juga ke atas dan berjaya habiskan. It is not about winning, it is about satisfaction. Thank you Allah. New experience. =)

Never give up. Just do it!

Standard Chartered Fun Run 2012
26 Mei 2012
Inang Park, Presint 4, Putrajaya
8km
 finish! congrats kak kb
 alhamdulillah. 6th.
sufinah, me, ganthi, sukha
tahniah semua =)

terima kasih kak kina & sufia, teman aunty kb n aunty nurul. =D

~alhamdulillah a'la kulli hal~ 


#moodpulunsiapkanassignment.

Thursday 24 May 2012

Taaruf

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan,
Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan,
Cinta ar-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.

- Monolog Asiah Yusra -

[TAUTAN HATI, FATIMAH SYARHA MOHD. NOORDIN]

Tuesday 15 May 2012

Selamat Hari Guru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..


~..."Guru Oh Guru"...~
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
~Usman Awang 1979~

SELAMAT HARI GURU

buat semua pendidik di Malaysia terutamanya guru2 dan pensyarah2 saya di :
Taski | SKLB | SMKLB | MRSMBPJ | KMPh | UPM | UKM

Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan didikan. Terima kasih cikgu. Jasamu kukenang. Semoga cikgu bahagia dan senantiasa dalam rahmat Allah. =)

~Selamat Hari Guru buat sahabat2 yang menceburkan diri dalam profesion perguruan. Selamat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Tugas kalian sungguh mulia~ (n_n)

Anugerah Olahragawati Terbaik K16

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Olahragawati terbaik Kolej 16 - Hurraini Ismail 
dulu kebudayaan, sekarang sukan..
dulu lembut, sekarang kayu (tapi masih boleh menari lagi)..
dulu cerah, sekarang gelap (tapi sekarang takde lah gelap sgt sbb da jarang berjemur)..haha..
biasa lah..budak sukan memang begitu.. ;p

Tahniah kak rai! Proud of you. Segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil. Dah merasa dapat olahragawati upm, konfemlah boleh dapat olahragawati kolej. =) Hehe. Alhamdulillah.

Selamat buat 'come back', setelah beberapa bulan tak join event skali ngan faz. Bulan 11 ni yang terbest tau. ^^v Oh! tak sabarnya nak gi jalan-jalan. =D

~win or lost doesn't matter for me as long as you work for it~

buat sesuatu disebabkan minat dan bukan untuk mendapat penghargaan manusia beserta niat yang ikhlas ~hurraini ismail~

Banyak pelajaran dan pengalaman yg diperoleh sepanjang bersama. Kongsi suka dan duka. Terima kasih di atas segalanya. Walaupun kita dah jarang beraktiviti bersama, semoga ukhuwah berpanjangan. InsyaAllah. Sahabat dunia akhirat. Adik-Kakak forever. (n_n)

Saturday 12 May 2012

Definisi Al-Quran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

1) Perkataan Allah
Tidak lain (Al-Quran itu) adalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), [53 : 4]
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya. (*Ayat ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian Al-Quran selama-lamanya.) [15 : 9]

2) Yang melemahkan (mukjizat)
Dan jika kamu meragukan (Al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. [2 : 23]
Maka jika mereka tidak memenuhi tantanganmu, maka (katakanlah), "Ketahuilah, bahwa (Al-Quran) itu diturunkan dengan ilmu Allah, dan bahwa tidak ada tuhan selain Dia, maka mahukah kamu berserah diri (masuk Islam)?" [11 : 14]
Katakanlah, "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain." [17 : 88]

3) Yang diturunkan kepada hati Nabi Muhammad SAW
- Dan sungguh, (Al-Quran) ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan seluruh alam,
- Yang dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril),
-ke dalam hatimu (Muhammad) agar engkau termasuk orang yang memberi peringatan,
- dengan bahasa Arab yang jelas.
[26 : 192-195]

4) Disampaikan kepada kita secara mutawatir

5) Membacanya adalah ibadah
- Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah (Al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi,
- agar Allah menyempurnakan pahalanya kepada mereka dan menambah kurnia-Nya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Mensyukuri. (*Allah mensyukuri hamba-Nya, memberi pahala terhadap amal-amal hamba-Nya, memaafkan kesalahannya, menambah nikmat-Nya dan sebagainya) 
[35 : 29-30]


#berhujungminggudenganberlarisejauh21kmjam3pagiesok.. ^^v
dearestGod,pleasegivemethestrengthtofinishmyrace..
moga2mampuuntukbuatsub2hours..
Ameen ya Rabb.. 

Thursday 3 May 2012

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..


Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Allah knows best!

#copypaste[sebutirmutiaraseindahwanita]

Tuesday 1 May 2012

Paragliding di Bukit Jugra

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

28 April 2012
faris
Hari ini dalam sejarah, tak pernah pun terfikir akan buat aktiviti ni, tak pernah juga termimpi malah tak ada pun dalam wishlist. Huhu. Tapi akhirnya saya terbang. Yeay!! Alhamdulillah. Melihat kebesaran ciptaan Allah. SubhanAllah! Cantik. 

Alhamdulillah, dapat pengalaman baru. Terfikir jugak, macam manalah benda ni boleh terbang? Konsep apa yang digunakan? Memang saya tak tahu. (=.=!) Ini semua ilmu. Mari belajar. Hee. ;p

Thanks kak kb, sebab pelawa saya. Sebenarnya, masa awal2 kak kb pelawa tu, tak tahu pun paragliding tu apa sebenanya (kasihan!). Huhu. Da kena pelawa tu, then terus ajak adik2 sekali. Pada mulanya, faiz nak join, faris tak nak. Tapi at last, dua2 ikut. Yang sedihnya, yang mula2 beria nak join, faiz, tak dapat terbang sebab faktor angin. Yang konfem lambat pulak yang dapat terbang. Tak ada rezeki lah namanya tu. Kesian angah, jangan sedih tau! InsyaAllah, 3jun nanti boleh. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen.

happy! =)
siblings
Terima kasih adik2 k.long.. (n_n)
Terima kasih untuk segalanya. Sayang!

Terima kasih jugak kak fifa, tumpangkan kereta masa nak pergi. =]

Nak tahu lebih pasal paragliding ni, meh tengok sini : kak kb
share tau..hee..
curi gambar sket..huhu..maceh!

*tak perlu citer banyak2, sebab ada orang dah update..~ ;p