Friday 29 March 2013

Cari, cari carilah

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Ditujukan khas buat yang sedang mencari.. Heh!


Mari, mari marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna
Moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersentak si jejaka diberitakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinlah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati
Namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa
Terpesona memandang
Benarkah isterinya menawan sungguh cantik

Reff :
Cari, cari carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu jejaka tunduk bersyukur

Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda insan punya agama
Akhlaknya mulia fahamilah

*  *  *  *  *

Buat yang sudah bertemu jodoh, tahniah diucapkan. Didoakan semoga kalian bahagia sampai syurga.. =)

16 Mac | Paka, Dungun | UKM
~Hawa~

24 Mac | Temerloh | UPM
~Kak Dija~
#Berusaha perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik. Semoga kita dipertemukan dengan jodoh yang soleh solehah#

Tuesday 19 March 2013

20 Perkara yang Membatalkan Syahadah

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah

2. Ingkar nikmat Allah sama ada dengan terang atau tersembunyi dengan mudah atau yang memerlukan kajian

3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah

4. Meggubal undang-undang (hukum-hukum) mengikut kehendak manusia; bukannya mengikut kehendak Allah

5. Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya

6. Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam semua perkara

7. Benci atau menentang satu-satu perkara menegenai agama Islam atau membenci agama Islam keseluruhannya

8. Menyintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya yang paling unggul

9. Menghina sesuatu daripada kitab dan sunnah atau orang-orang alim yang menegakkan hukum-hukum dan sunnah atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum-hukum Allah

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya

11. Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah

12. Melantik orang-orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang yang beraqidah dan mukmin

13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah S.A.W.

14. Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dada, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik

15. Menyatakan ayat-ayat al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu, isi yang terkandung dalam al-Quran hanya boleh difahami oleh sesetengah orang melalui ilham

16. Tidak mengetahui mengenai makrifatullah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sifat-sifat ketuhanan atau ingkar nama-namanya. (selama mana sentiasa menuntut ilmu, sentiasa perbaiki diri, tinggalkan dosa, takut lakukan dosa)

17. Tidak mengetahui dan mengenal Rasulullah S.A.W dengan betul atau menafikan sifat-sifat yang diberikan Allah kepada baginda 

18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka

19. Membuat sesuatu perkara bukan kerana Allah

20. Syirik kepada Allah

Disediakan oleh : 
Unit Aqidah dan Syariah
Bahagian Penyelidikan. Jabatan Agama Islam Pahang

Thursday 14 March 2013

Bandung trip!

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

~credit to karimmah~
My friend since kindergarten, Karimmah.. =) 
2006 - after spm beli handphone sama2 kat Plaza Idaman.
2013 - jumpa lagi, dan kali ni kite jalan jauh sikit. Hee.
Walaupun dah tak pernah belajar sama2 after primary school, tak selalu contact pun, tapi bile jumpa memang banyak lah ceritanya kan. Almost 20 years of awesome friendship. Ukhwah fillah!

Saling tak mengenali. Semua2 ni kawan karimah, kawan plkn dia (fatin), kawan ssp dia (waed). Dapatlah saya kawan baru lagi.. ^^v
Sepanjang tinggal kat sini, menumpang kat rumah waed. Dapatlah kitorang save bajet sikit. Huhu. Waed balaja kat sini, doctor to be. Karimmah pun doctor to be jugak.
Kebetulan kitorang sampai sabtu malam, dapat la waed bawa kami jalan2 ahad tu, tunjuk cane nak naik angkut2. Tunjuk itu dan ini. Huhu. Isnin waed dah kelas.. 
Day 1
karimmah | waed | fatin | me
Seharian waed bawa kitorang pergi jalan2 kat pasar baru. Kalau pergi Bandung, rugilah kalau tak datang sini sebab barang murah2. Semangat kitorang beli jubah sama2. Hehe. Untuk kenang2an, malamnya waed bawa kitorang pergi tangkap gambar studio kat Jonas photo. Tangkap gambar studio kat sini 10ribu rupiah je, lebih kurang RM3. Murah kot.

Day 2
Hari ke-2, jalan2 tanpa waed. Sewa Avanza dari pukul 8.30pg - 8.30mlm, 480ribu rupiah satu kereta. Pak supir bawa kami pergi kawah putih. Subhanallah! sangat2 cantek sampai tak terkata. Perjalanan ambil masa hampir 2jam juga. Lepas tu kitorang pergi ladang strawberi, petik sendiri strawberi, ala2 cameron highland la jugak. Then, melawat ke Situ Patengan, naik sampan yang didayung oleh seorang adik. Rasa kasihan la plak tengok adik tu, teringat kat adik2 kat rumah yang tak perlu pun nak bekerja keras semacam tu untuk cari duit. Bersyukur la wahai adik2ku sekalian. Urm, on the way balik kami singgah factory outlet, jalan2 cuci mata je lah kami ni. Huhu. Sampai je rumah, memang keletihan tapi sangat seronok.. =)
Day 3
 Hari ke-3, kitorang jalan2 tanpa waed lagi. Kali ni memang kena berdikari lah. 1st day ade waed, 2nd day ada pak supir amek kitorang kat rumah & hantar sampai rumah jugak. Huhu. Nak tahu pergi mana? Pergi pasar baru lagi. Hoho. Sabar je kan, tak puas lagi jalan seharian masa mula2 sampai tu. Tak boleh nak lama2 sangat kat sini sbb nanti duet laju je keluar.
Petangnya, keluar dgn waed dan jugak housemates dia (bakal2 doktor semua ni). Kitorang pergi paris van java. Kat sini, barang2 boleh tahan mahal, memang tempat orang kaya2 la. Sogo pon ade. Hee. Malam tu makan kat recheese factory (fast food), takde lagi kat mesia rasanya. Ayam tu siap ade level kepedasan lagi. Saya amek level 1 je, almaklumlah tak berani nak amek level lain, nanti tak termakan pulak. Huhu. Itu pun dah tak tertahan pedas, macam mane lah orang boleh makan level 5, memang extreme lah. Hebat! Yang bestnye, sos die cheese, boleh lah neutralkan sikit kepedasan ayam tu.

On the way balik rumah, singgah beli surabi duren. Serius sedap. Makan bersama strawberi yang kitorang petik semalam. Hehe. =)
Surabi Duren
Thanks karimmah, fatin, waed, housemates waed (jiha & aiza) di atas segala2nya. Seronok dapat kenal ngan korang semua. Semoga persahabatan berkekalan. Till we meet again! ^^v

#ok, misi kumpul duit untuk bawa adik2 plak pergi jalan#

Friday 8 March 2013

Seminar Baitul Muslim 2.0

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Seminar Baitul Muslim 2.0 telah diadakan pada 16 & 17 Januari 2013 bertempat di PICC, Putrajaya. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan peluang untuk menghadirinya pada hari kedua (Bercinta Sampai Syurga). Sedikit perkongsian daripada seminar tersebut. Semoga bermanfaat. =)

SLOT 1 : OH MERTUAKU!
Penceramah : Ustaz Pahrol Md Juoi

Niatkan dalam hati, manfaatkan dan amalkan ilmu yang diperoleh juga sampaikan ilmu kepada orang lain. Pastikan apa yang kita dapat lebih bernilai daripada apa yang kita hilang. 

Siapakah yang terbaik? Orang yang baik dengan isteri dan keluarganya itulah orang yang terbaik. Betulkan mindset, hubungan antara menantu dan mertua adalah hubungan manusia dengan manusia. Untuk selesaikan hubungan manusia dengan manusia selesaikan dahulu hubungan dengan Allah (mengasihi dan mencintai Allah yang banyak beri nikmat). Orang yang paling akrab dengan Allah, adalah orang yang paling intim dengan orang lain. Seseorang yang kuat iman dan kuat ukhwah sentiasa menjaga hubungan di dalam keluarga.

Ibu bapa mertua kita sama seperti ibu bapa kita. Mereka berhak mendapat :
1) ketaatan daripada kita selagi tidak bertentangan hukum Allah
2) layanan baik setiap masa tanpa syarat

Teladanilah sikap dan perilaku Rasulullah SAW ketika menjadi mertua kepada Saidina Ali dan Saidina Uthman juga ketika baginda menjadi menantu kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
( Nak tahu, cari sendiri deh! (n_n)v ) 

Petua dalam bercinta :
- Mencintai orang yang dicintai oleh yang kita cintai
- Hadiah terbaik seorang ayah kepada kita ialah mencintai ibu kepada kita (isterinya) 
- Bila ada krisis dengan pasangan, kembali kepada mertua. *ibu bapa kepada pasangan kita akan merasa mereka ibu bapa sejati kepada anaknya
- Jangan anggap menantu adalah orang yang akan merampas kasih sayang anak kita, tapi anggaplah dia sebagai seorang sahabat baru yang akan membawa keluarga kita kepada Islam. Menantu bukanlah pesaing.
- Hierarki cinta : 
Lelaki : 1) Allah 2) Rasulullah 3) Ibu bapa
Perempuan : 1) Allah 2) Rasulullah 3) Suami
- Dengan menyalakan lilin orang lain, ia tidak akan mengurangkan cahaya kita, malah memberi lebih banyak cahaya
- Amalkan cinta tanpa syarat

Tujuan perkahwinan berkait rapat dengan tujuan hidup manusia:
1) Menjadi hamba Allah
2) Menjadi khalifah di muka bumi
*bekerjasama memikul amanah menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah (teman usrah)

P/s :
- Tidak digalakkan orang yang berkahwin tinggal sebumbung bersama ibu bapa atau ibu bapa mertua kecuali apabila mereka dalam keadaan uzur
- Bagaimana berhadapan dengan bakal mertua?
1) Jaga adab Islam, jangan over, jadi diri sendiri, jaga akhlak
2) Mengenali betul2 bakal mertua kita

SLOT 2 : RUMAHKU SYURGAKU
Penceramah : Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

Punca kebahagiaan
1) Rumah yang luas
2) Kenderaan yang selesa
3) Isteri yang solehah
4) Jiran yang baik

"Dan di antara tanda2 (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (Ar-Rum : 21)

Sakinah - ketenangan
Mawaddah - kasih sayang & cinta (mahabbah, cintanya seorang isteri)
Rahmah - belas kasihan (rahmat seorang suami kepada isteri)

Tanda2 konflik :
- Hubungan yang dingin dan tidak aktif, tanggungjawab dilaksanakan separuh hati
- Interaksi dan komunikasi yang minima dan tidak mesra
- Pasangan menjadi musuh
- Tidak boleh kawal emosi, cepat marah, cepat terasa
- Mudah melafaz cerai atau minta cerai

Antara punca konflik rumahtangga :
masalah iman -> ego (sukar memberi, hanya mahu menerima) -> cemburu buta -> komitmen luar yg terlalu berlebihan -> harapan yang terlalu tinggi -> campur tangan orang tua / mertua @ pihak ketiga lainnya -> kebiasaan buruk yg masih dilakukan setelah berkahwin -> kewangan -> keyakinan diri

Strategi tangani konflik :
1) Kembali menyuntik matlamat kehidupan
2) Berwudhu dan solat sunat
3) Berinfaq mendapat kekuatan
4) Ambil masa dan tunggu sejuk
5) Ikhlas dalam meluahkan sesuatu dan bukan membebel
6) Jaga nada dan kalimah
7) Berdoa dan munajat kepada Allah serta yakin
8) Ambil peluang positif dalam konflik dan musibah

 Tanggungjawab suami (mukmin profesional) :
1) Beriman - sabar, lemah lembut, penyayang, penekanan ibadah, ilmu dan keikhlasan
2) Itqan - komunikasi kerap, cekap kenalpasti masalah sebenar dan solusi, pendengar yang baik, kenali waktu berkesan, ilmu kemasyarakatan
3) Murabbi - bimbing dan beri inspirasi, teladan, pengajaran, beri ilmu dan faham
4) Rohani - tujuan hidup, rukun iman, cinta Allah & Rasul, aktiviti ibadah, awasi dayus
5) Akal - ilmu agama, ilmu kehidupan, ilmu kemasyarakatan
6) Emosi - membelai dengan kata2 dan tindakan, jenaka dan gurau, hadiah dan pujian, mendengar dengan empati, tanya khabar dan 'lapor diri', masa kualiti
7) Fizikal - makan minum halalan toyyiba, rumah selesa, kenderaan baik

Tips mata hati :
- Jika ambil mudah kiraan keberkatan, nescaya ia akan PERGI
- Kalau cantik fizikal dianggap penentu bahagia, nescaya derita bakal menyelusup
- Jangan berhenti berkenalan dalam rumahtangga, nescaya kamu tetap hangat bercinta
- Rumahtangga kita adalah aset pelaburan akhirat, kendalikan dengan serius, ilmu lagi peka
- Kemudi rumahtangga dengan emosi, bawa cinta basi. Dengan akal semata, bawa helah nakal. Dengan hati berserta akal dan emosi, insyaAllah RUMAHKU SYURGAKU
-Fikirkan yang negatif bakal menarik yang negatif juga justeru jangan terlalu mentakwil situasi pasangan anda dengan negatif
- Ketidaksempurnaan adalah aspek drama, konflik dan rencah perisa dalam rumahtangga
- Kalkulator cinta rumahtangga jangan terkhusus hanya pada zahir
- Jangan bandingkan milik anda dengan milik orang lain, yakini dia terbaik untuk anda dan berusahalah

Awas Perangkap Hutang
- Hutang untuk kahwin
- Hutang ah long
- Hutang kad kredit
- Hutang bank konvensional

Tip Bayar Hutang :
- Bayar hutang anda sebaik sahaja anda mendapat wang pinjaman
- Lebihkan sedikit bayaran bulanan
- Bayar sebelum tarikh matang
- Bayar pinjaman apabila ada lebihan wang
- Kekalkan bayaran yang sama apabila kadar faedah turun
- Tingkatkan bayaran bulanan apabila gaji atau pendapatan naik
- Jual barang terpakai dan guna wang untuk bayar pinjaman
- Bayar semula pinjaman dengan bank yang tawar faedah lebih rendah
p/s : 
- Taubat mampu memadamkan dosa2 yang pernah dilakukan malah mampu jadi lebih baik
- Orang yang sentiasa buat kebaikan jangan sentiasa berpuas hati dengan kebaikan yang dilakukan, sentiasa memohon diberikan istiqamah
- Orang yang berbuat kesalahan jangan berputus asa untuk bertaubat

SLOT 3 : TARBIYYATUL AULAD (Mendidik Anak2)
Penceramah : Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman

- Tarbiyah yang berkualiti dan mithali menjamin keamanan keluarga
- Sumber asas : Quran & Sunnah

Langkah Pertama : Bagaimana kita memilih calon (ibu bapa untuk anak2) yang baik?

Ciri2 usrah bahagia :
- Suami isteri / ibu bapa yang ceria
- Anak2 yang taat
- Persekitaran yang harmoni

Anak2 adalah amanah Allah SWT kepada setiap insan yang bergelar ibu bapa dalam kehidupan ini.
- Anak2 perlu dididik selaras dan selari dengan ajaran Islam sebagaimana qudwah Rasulullah SAW
# Keimanan yang tinggi serta amalan ibadat
# Ilmu akhirat dan dunia mencukupi
# Mampu menjadi pendidik kepada anak

"Wahai orang2 yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat2 yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(At-Tahrim : 6)

Tugas penjaga / pendidik :
- Pastikan pakaian patuhi syariat
- Jaga pemakanan

3 waktu sesuai bagi pendidikan / nasihat :
1) Ketika berjalan / atas kenderaan
2) Sewaktu makan
3) Sewaktu anak sakit

Ibu bapa adalah qudwah atau idola untuk menjadi ikutan / role model dalam diri anak-anak. Maka jagalah akhlak dan pertingkatkan amalan2 kebajikan dalam hidup

Di antara amalan harian seorang Muslim :
- Mendirikan solat fardhu 5 kali sehari
- Membaca dan mengkaji al-Quran
- Mendirikan solat2 sunat seperti Tahajjud, Taubat, Hajat, Rawatib sebelum dan selepas solat fardhu, Dhuha dan Witir
- Mengingati Allah seperti membaca zikir, al-ma'thurat, istighfar, tahmid dan tahlil
- Mengingati mati
- MENCARI REZEKI YANG HALAL

Di dalam dan di luar rumah
- Jaga aurat
- Pastikan pakaian anak2 patuh piawai syariah Islam
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik" ( 7 : 26)
- Menjauhi pergaulan bebas / elak ikhtilat
- Jauhi dan elakkan makanan haram

Doa Nabi Ibrahim A.S
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."

Doa Nabi Zakaria
"Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa." (Surah Ali 'Imran : 38)

Doa Nabi Ibrahim as
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang2 yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku. (Surah Ibrahim : 40)

Doa Para Solihin
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri2 kami dari keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa." (Surah Al-Furqan : 74)

SLOT 4 : BERCINTA SAMPAI SYURGA
Penceramah : Ustaz Muhidin Mokter & Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Tips menegekalkan hubungan kasih sayang
Matlamat --> Hidupkan Sunnah --> Muhasabah --> Syurga

*Sentiasa bayangkan sekiranya Nabi Muhammad SAW datang melawat kita.. Adakah kita telah bersedia bertemu baginda?? (solat, puasa, adab, ibadah, aurat)

Bagaimana pasangan dapat mengekalkan hubungan?
- Hargai sumbangan pasangan walaupun sedikit
- Cabaran itu akan menjadikan kita lebih rapat

Bahasa2 cinta
- Gerak tubuh
- Kata2

3 elements of communication
-Words (7%)
- Voice Tone (38%)
- Body Language (55%)

Para wanita, jaga hubungan dengan orang yang paling penting dengan suami kita (ibu bapa mertua)

Pasang surut dalam bercinta
Taaruf (5 tahun) --> Tafahum --> Takaful

lovers are to complete, ... not to compete.

- Apabila nak memberi atau berkongsi sesuatu, jangan beri separuh2, beri sepenuh hati

Bercinta dan berdating suami dan isteri
- Sunnah Nabi
- Ikhlas dan beradab
- Kasih sayang

Cabaran berumahtangga : Diri sendiri!
- Insan yang paling baik ialah insan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain
- lakukan perubahan pada diri
Suami - ketua / pengurus ke atas keluarga
Isteri - pengurus di rumah pasangannya dan urusan anak2

Senjata hadapi cabaran : Ilmu & Iman
Letakkan baginda di sisi kita, hadapai dengan ilmu dan iman

SLOT 5 : SHARING MOMENT (MELENTUR BULUH)
Panelis : Ibu Wirianingsih (Beliau merupakan seorang aktivis dakwah yang sangat aktif di Indonesia dan merupakan ibu kepada 10 orang Huffaz.)

Walaupun sibuk dengan aktiviti dakwah, beliau berjaya mendidik kesemua anaknya untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Subhanallah!

Generasi Terbaik Menurut Al-Quran & Sunnah
1) Mengamalkan Al-Quran & Sunnah
- Menyembah Allah & tidak menyekutukanNya
- Mencintai Nabi
- Berbuat baik pada orang tua
2) Menyebarluaskan nilai2 kebaikan

Persiapan Sebelum Bernikah
1) Persiapan Ruhiy
- Memahami bahawa pernikahan adalah sunnah kauniyah
- Memahami bahawa menikah adalah bentuk ibadah kepada Allah SWT
Memahami bahawa pernikahan harus sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya
- Memahami bahawa jodoh, rezeki dan umur adalah takdir Allah

2) Persiapan Pengetahuan
- Memahami adab pergaulan lawan jenis dan tatacara pernikahan Islami
- Memahami tujuan perkahwinan
- Memahami hak dan kewajipan suami isteri
- Memahami hak dan kewajipan ayah / ibu
- Menentukan visi berkeluarga

3) Persiapan Fizikal
- Fizikal sihat
- Mengerti tentang kelemaham fizikal masing2

4) Persiapan Kewangan
- Menyiapkan perencanaan kewangan untuk pernikahan
- Memahami pentingnya wang / harta dan penggunaanya sesuai syariat sebagai salah satu tonggak tegaknya 'izzah keluarga

Masa Kehamilan
"Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang2 yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) nya. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar." (An - Nisa' : 9)

Anak
3 pendekatan berdasarkan usia :
- 7 tahun pertama perlakukan bagaikan 'raja'
- 7 tahun kedua perlakukan bagaikan 'tawanan perang'
- 7 tahun ketiga perlakukan bagaikan 'teman / sahabat'
(Saidina Ali bin Abi Thalib ra)

Cara :
- Dengan keteladanan
- Dengan pembiasaan
- Dengan nasihat
- Dengan cerita / kisah2
- Dengan 'reward and punishment'

Amalan keluarga Ibu Wiwi
* Target untuk anak2 beliau : setiap hari menghafal 10 kosa kata Bahasa Arab, ceritakan kisah2 Nabi dan para sahabat
* Menghafal Al-Quran selepas Subuh dan Maghrib (bagi hadiah kalau dapat hafal)
* Mempunyai peraturan menonton televisyen
* Membudayakan membaca
* Selalu tulis moto : Jadikan setiap masa itu bermakna / berguna

P/s :
- Jangan lalai masa2 penting pertumbuhan anak. Terus berdoa dan menyerahkan kepada Allah
- Al-Quran itu membuat hidup lagi hidup

Alhamdulillah, semoga perkongsian ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat menjadi panduan buat kita semua. Jutaan terima kasih kepada penceramah2 di atas segala perkongsian ilmu yang cukup berharga. Semoga terus berjuang demi ummah.