Monday, 31 December 2012

Exam

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Exam oh exam!
Pejam celik pejam celik, dah nak sampai hujung sem (dah masuk 2013 pon). Dah nak final exam pon esok. Semoga dipermudahkan segalanya. 

2 Jan : Time Series
9 Jan : Linear Programming
12 Jan : STPD 6014
18 Jan Financial Math

Alhamdulillah, jadual exam cantik sem ni. Semoga result exam pon cantek gak. Hee. 
Buat kawan2 seperjuangan, all the best! Terima kasih di  atas segala tunjuk ajar dan bantuan kalian. Semoga kita semua berjaya. Ameen3. Usaha selagi mana mampu. Allah lihat usaha, natijah itu urusan Dia. Apa pun yang bakal kita peroleh nanti, bersyukurlah! 

*  *  *  *  *
. H . A. P . P . Y . B . I . R . T . H . D . A . Y .
kembar!
(n_n)v
Semoga senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, cepat2 dipertemukan dengan jodoh yang soleh. =) Dah 24 dah awak, boleh da ni. =p

*  *  *  *  *
Selamat Tahun Baru 2013 semua.
Sentiasalah terus berusaha untuk jadi lebih baik.
Semoga pertambahan tahun seiring dengan peningkatan amalan kita.

Pada yang dah dapat kerja, tahniah!. Alhamdulillah. Kerja rajen2 deh! =)

Pada yang bakal melangkah ke alam rumah tangga, tahniah juga! Semakin ramai kawan2 yang bakal mengakhiri zaman bujang. Ada kesempatan, pasti saya akan hadir. InsyaAllah. ^^v

Pada yang dah bercuti lama, selamat kembali ke sekolah. =D

#lututdahsakitterpaksaberehatsementaradaripadaberlari#

Thursday, 27 December 2012

Jom tuntut ilmu (n_n)v

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Mari manfaatkan masa dengan sebaiknya. Kat mana2 boleh cari ilmu, yang free yang berbayar semua ada. Antara mahu dan tidak je. Jom kita! =)
Program yang bakal dihadiri bersama sahabat2. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. 

~Jom Mantapkan Solat~


Tentatif :
8.00 pg : Pendaftaran dan Sarapan Pagi
8.30 pg : Perasmian dan Ucap Utama
11.00 pg : Slot Pertama "Kesalahan Utama Dalam Solat"
1.00 ptg : Makan Tengahari dan Solat Zuhur
2.30 ptg : Slot Kedua "Solat Cara Rasulullah SAW" dan bengkel Solat Asar
5.00 ptg : Minum dan Bersurai

Jom kita mantapkan solat kita. Solat kerana Allah, bukan kerana yang lain.  
Untuk maklumat lanjut boleh klik sini, Jom Mantapkan Solat

~Konvensyen Fiqh Wanita dan Islam~


Tentatif :
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran :

~Seminar Baitul Muslim 2.0~


Dianjurkan selama dua hari. Sebelum aku bernikah (16 Feb) dan Bercinta Sampai Syurga (17 Feb). Slot dalam Sebelum Aku Bernikah sama dengan Seminar Baitul Muslim yang sebelum ni, cuma penceramah je ada yang sedikit bertukar. Jadi, kali ni nak join yang lain pula. Pada yang belum join, boleh la pergi dua2 hari, jimat RM10. Hee. =)

~Bercinta Sampai Syurga~ 
17 Februari 2013
9.00 am - 10.00 pm

Oh Mertuaku!
Ustaz Pahrol Md Juoi

Rumahku Syurgaku
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

Tarbiyyatul Aulad (Mendidik Anak-anak)

Bercinta Sampai Syurga
Ustaz Muhidin Mokter
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Sharing Moment : Melentur Rebung
Ibu Wirianingsih (Indonesia)

Untuk maklumat lanjut dan pendaftran: 

Monday, 10 December 2012

Mahasiswa Kelas Pertama

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Mahasiswa Kelas Pertama :

1) Ada hubungan rapat dengan Allah SWT

2) Tatacara hidup berlandaskan sunnah Rasulullah SAW

3) Ada hubungan rapat dengan orang yang mengajar 

4) Ada hubungan rapat dengan masyarakat

5) Melakukan perubahan ke arah kebaikan

Niat dalam hati kita, menuntut ilmu kerana Allah, mencari redha Allah (susah jugak ni nak buat, perlu kerja keras. ayuh kita berusaha!). Kita belajar bukan untuk peperiksaan sahaja, bukan belajar kerana orang lain belajar, bukan belajar kerana suruhan ibu bapa, bukan belajar sebab nak dapat pekerjaan semata2. Semoga usaha kita mencari ilmu dikira sebagai ibadah. Kalau dapat 4 flat, tapi tak solat, tak ada gunanya juga. Kan?

Jaga hubungan kita dgn orang yang mengajar (guru, pensyarah, sifu, etc). Jangan sakitkan hati mereka, tunjukkan minat kita pada ilmu yang diajarkan. Jangan sesekali kita ada niat untuk menguji mereka. 

Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada manusia yang lain. Semoga ilmu yang kita pelajari, ilmu yang kita timba, ilmu yang diperoleh mampu memberi kebaikan kepada yang lain.


Kuliah Maghrib(22/11/12)_Masjid UKM_Ustaz Fauzi Mustafa

Thursday, 29 November 2012

First Full Marathon ^^v

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah3. Akhirnya, berjaya juga saya habiskan full marathon walaupun dalam keadaan lutut yg sakit. Huhu. Thank you Allah, masih diberi nikmat kesihatan. Allianz Penang Bridgre International Marathon 2012 (APBIM) sukses! Thanks a lot TLSSian especially kak kb yang sangat banyak membantu. 


Hari jumaat dah gerak pergi rumah kak kb di Sg. Petani, then keesokannya baru saya dan kak kb gerak pergi Penang. Sampai kat Queensbay Mall, kawan2 TLSS yg lain dah sampai. Settle amek kit semua kitorang pun terus gi check in hotel kat George Town. Hotel yang kitorang duduk tu namanya Oriental Hotel. Ok, selesa dan berpuas hati. Then, kak kb terus bawak kitorang gi makan kat Padang Kota. Boleh tahan mahal jugak makanan kat sini. Huhu. Dah siap2 makan tu, kitorang gi Batu Ferringhi plak, jalan2 kat Hard Rock, tengok laut, tangkap2 gambar. Hehe. Dah agak2 nak senja, kitorang pun gerak balik semula ke hotel.  Before tu, kena isi perut dulu, dah naik hotel karang malas plak nak turun. Dinner kat Nasi Kandar Line Clear. Femes ini tempat. Hee. ;p

Persiapan mental untuk esoknya. Oh yea! Tak cukup tido, redah saje la. Dapat lelap sekejap dalam sejam setengah. Kul 12.30 dah nak kena gerak disebabkan jalan mula tutup pukul 1.00pagi.


Kami tak bernasib baik, sebab jalan nak gi Queensbay Mall dah pon tutup. Puas pusing2 tak jumpa jalan, orang yang jaga pun, suruh ikut sini la, suruh ikut situ la, suruh tanya orang yang kat depan lah. Aduhai, sabar je. Ok, tapi memang salah sendiri pun sebab sendiri yang lewat. Tapi, alhamdulillah, akhirnya, ade jugak yg membantu walaupun kena jalan jauh sikit, its ok. Yang penting event belum start. FM start pukul 2.00 pg. First time lari seawal ni. Hoho.

Cerita part time lari plak. Awal2 starting, macam biasa je, cume dalam hati betul ke ni nak lari full, dekat 5jam gak ni, boleh ke tak bertahan entah. Huhu. Kuatlah kaki dan tangan, kuatlah hati! Saya tak tahu berapa pace saya waktu tu, just lari macam biasa, tak laju sgt, tak slow sgt, niat memang nak habiskan je. Seronok gak lari atas jambatan ni. Pagi2, sejuk je. Mase nak pergi tu ok je, tak ramai orang sgt, sampai kat tol jambatan Penang, patah balik pun still ok lg. Bila dah sampai kat tempat HM buat U-turn, kat situ dah start ramai org, agak crowded lah jgk. Sampailah tempat HM kena U-turn sekali lagi, FM kena terus, rasa macam nak U-turn jgk je ikut diorang. Huhu. 20km awal boleh tahan lagi, lepas 3jam lebih dah rase lain macam je. Power gel dah abes 2 paket. Dari awal lari, setiap water station memang saya berhenti amek air. Kaki dah start sakit sikit. Lambatnya nak patah balik ni. Kaki dah tak larat nak melangkah, rasanya macam nak berjalan je, tapi hati nak cuba teruskan lagi. Sampai lah kat km ke-33, tempat patah balik, akhirnya saya berhenti jgk, amek pisang. Makan pisang jap, amek tenaga. Huhu. Masa ni dah jalan. Ada lagi 9km, tapi saya dah tak mampu nak lari. Teringat pesan abah, "k.long kalau dah tak larat  nanti, jalan je, buat yang termampu, jangan paksa diri". Saya pun apa lagi, memang berjalan je lah sambil makan pisang. Haha. Urm, dalam masa yang sama, risau jugak kalau lambat, kot2 tak sempat Subuh. Cuba jugak lari, tapi tersangat lah perlahan, tak dapat nak melangkah sgt. Lari dalam keadaan lutut yang sakit. Memang suffer. Asal jumpa medik je, berhenti jap tuam ais. Slow jog 500 langkah, pastu jalan 100 langkah, pastu slow jog semula 500 langkah, pastu jalan 100 langkah lagi. Kadang2 tipu jalan 200 langkah, 300 langkah. Huhu. Sampailah jumpa sign 5km to go. Yeay! Alhamdulillah, sikit je lagi. Time ni lagi lah mental. Setiap km dia bagi tahu. Huhu. Mase ni selang2 jalan jgk sampailah jumpa sign 1.5km to go, saya berazam tak nak jalan dah. Saya slow jog yang teramatlah slow (sebab macam sama laju ngan jalan je, huhu) sampailah kat finishing line. Syukur alhamdulillah. Akhirnya, tamat jugak. Yeay! Saya dah tawan Jambatan Pulau Pinang. Masa ni tak tahu nak cakap perasaan macam mana. Penat pun hilang mcm tu je. =')

Masa saya sampai, kawan2 yg amek HM semua pun dah sampai, yang 10km baru start. So, relax2 je sementara tunggu semua orang sampai. Bile sume orang dah habis lari, mcm biase la, tak sah kalau tak bergambar. ;p Lepas makan tengahari + beli souvenir sikit2, masing2 gerak balik KL. Saya ngan kak kb, naik Sg. Petani semula, then baru balik KL. Sampai KL pukul 3pg, jalan jam. Kesian kak kb. Ramai sgt runners nak balik KL ni agaknya. Huhu. Sory kak kb, tak dapat nak tolong drive.     

Overall, event kali ni best! lari sambil jalan2 makan angin. Hee. =D

p/s :
- Thanks a lot kat semua yang sangat banyak membantu, korang memang best..
- Congrats to all runners..
- Sorry pada yang berkenaan..

#terimakasihatasdoaitu#

Friday, 23 November 2012

Ke Perak kita pergi =)

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Sudah 2 minggu berlalu majlis perkahwinan Habibah, sahabat semasa di Matrikulasi Pahang. =) Selamat Pengantin Baru dan tahniah dari kami semua. Semoga senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh. ^^v 
Ameen.

Gerak dari ukm jam 11 pagi, sampai rumah bibah pukul 9.30 malam. Oh! lama. Menyinggah kat UPSI, R&R plus hujan, jalan jam, naik Ipoh jap, pastu baru turun Teluk Intan semula. Tu yang lambat sampai tu. Hehe. Alhamdulillah, kami disediakan homestay untuk menginap. Terima kasih bibah, sgt selesa.  

Keesokannya, awal2 pagi lagi kitorang dah menyibuk kat rumah pengantin. Hehe. Pengantin pon tak bersiap lagi kitorang dah muncul. Siap bersarapan kat rumah pengantin lagi. Tak lama lepas tu dah nak makan tengahari pulak. Memang kenyang yang teramat lah saya ni. 

~us~
| gary | jiha | disa | pengantin | qilah | me | eroh |
Bergambar bersama pengantin. Yang dok sebelah pengantin tu, nak amek berkat lah tu. ;p
On the way balik, kitorang tersalah jalan. Huhu. Ke utara pulak perginya. Alhamdulillah sedar awal, makin lama makin pelik je jalannya. Tapi bagus jugak salah jalan, kalau tak, takde lah terjumpa sawah padi yang cantik terbentang luas ni. Almaklumlah, jakon semuanya. Kat kampung sendiri tak jumpa. Kitorang pon berhentilah kat tepi jalan jap nak bergambar kenangan. Hehe. Orang yang lalu2, dok hon2, pelik tengok kitorang agaknya. Haha. =D
Subhanallah! Cantik ciptaan Allah.
 Terima kasih eroh tumpangkan kereta, terima kasih korang semua untuk memori ni. Lepas ni, kita plan trip lain plak eh! Kita2 ni orang Pahang je, tunggu gary kawen lah, boleh la kita jalan ganu. Hee. ;p

*  *  *  *  *
Tak lupa juga pada coursemate saya, Yusra..
Maaf sebab tak dapat hadir..
28 Oktober 2012
Tahniah Yus dan zauj..
Semoga senantiasa diberkati dan dirahmati..
Semoga bahagia sampai syurga.. =)

#untukdapatyangbaikkenausahajadibaikdulu=)#

Wednesday, 7 November 2012

Lari lari jugak, tanggungjawab lain jangan dilupa

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Cakap pasal lari suka sangat. Pantang orang ajak, kalau takde halangan masa, kewangan mengizinkan dan takde ape2 kekangan, mesti nak join. Kenapa? Sebab dah minat. Nak buat cane. Huhu. Ahad baru ni join powerman. Padahal, isnin ade kuiz, selasa ade midterm exam. Selamba je, walaupun tahu banyak sangat2 lagi tak study dan tahu tak cukup masa nak habiskan semua tu. Midterm LP dah macam final, banyak pulak chapter yang nak kena baca. Tapi degil jugak kan. Urm.

4 nov, join Powerman Asian Duathlon kat putrajaya. Event ni 11.4km run - 64km bike - 11.4km run. Me, 1st runner, cyclist - Hudhaifah, 2nd runner - Huzairi. Alhamdulillah, Team Lari Suka-suka dapat 7th place. Sorang lagi ahli TLSS, Syazrin, main sprint (5.7km run - 32km bike - 5.7km run). Congrats korang semua! Thanks pah, sebab ajak join n belanja team, dapat la lari free. Thanks kak kb, sebab setia menanti adik2 dan jadi potographer. Terbaiklah kak kb! Nanti boleh la teman lagi. Hehe. ^^v

Okay, cerita part sedih pulak. Sedih jawab LP. Bak kate kak kb, LP = lintang pukang. Memang lintang pukang jawapan saya. Sedih2! Sampai menitis air mata ni. ='( Nak cakap tak study, study jugak tapi last minute. Nak cakap tak usaha, usaha jugak, tapi usaha tak maksimum. Senang cerita, tak habis study sebenarnye. Huhu. Banyak sangat nak kena ingat, bila study last minute, masuk exam, semua berterabur dalam kepala, tak tersusun, tibe2 terus lupe apa yang dah baca. Jangan jadi macam ni. So, moral of the story, jangan study last minute, study smart and hard jugak. Setiap orang ada titik penguasaan dia. Berikan cukup masa untuk faham. Kata full-time students, so belajar itu adalah keutamaan buat masa ini. Bersukan tu boleh, tak salah, malah aktiviti yang seronok, sihat dan bermanfaat. Tapi apa2 pun belajar kena rajen, jangan rajen berlari je. Nasihat untuk diriku. Haha. 

Past is past. Kena terima je apa yang dapat. Itu yang dah diusahakan. Jadikan pengajaran hari ini untuk masa akan datang. Terima kasih sahabat yang banyak membantu, yang share ilmu, yang bagi semangat, yang sentiasa bersama susah senang. Semoga kejayaan dikecapi bersama. Ameen.

Makan2 bersama kak kb, kak kina & kak fifa lepas exam LP. Tq kak kb, belanja kami. Semoge dimurahkan rezeki. Sayang kakak2 semua. Hee. ^^ 
#mungkindirinyasedangmenguji..sabarsabardanterusbersabar#
=')

Thursday, 1 November 2012

BSN Putrajaya Night Marathon 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

~berlari selagi mampu~
| 20 Okt 2012 | Dataran Putrajaya, Presint 3 | 21km |
Alhamdulillah. Third time half marathon for me. And alhamdulillah dapat 4th place. Terima kasih ya Allah. Thanks to all supporters especially my brother yang sanggup amek dan hantar semata2 untuk event ni je. Terima kasih andak, very appreciate it. Jasamu dikenang. =') (Memang selalu dah macam ni. Hee..) Tak lupa juga pada TLSS dan runners yg lain. 4 ahli TLSS buat HM dan alhamdulillah semuanya habis. Congrats korang! InsyaAllah PBIM pula lepas ni dan InsyaAllah FM untuk diriku. Huhu. First timer. Harapan untuk habis lari je. Semoga diberikan kekuatan. Ameen. 

  ~Konvo~
Congratulations!
Alhamdulillah, tumpang gembira dengan kejayaan sahabat2.
Especially, faz n may, proud of both of you and thanks a lot di atas segalanya.
Semoga Allah merahmati kalian berdua. =)
Dan semoga nurul pulak dapat sarung jubah ni tahun depan. Hee. Doakan tau.

Alhamdulillah, dah selamat hantar proposal. Semoga semuanya baik2 sahaja.

Next week dah start midterm exam, cik nurul fazilah, sila jadi rajen! 

#mujahadahitupahitkeranasyurgaituindah..bersabarlah#

Thursday, 11 October 2012

Seminar Baitul Muslim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sekadar perkongsian. Saya bersama sahabat yang lain telah menghadiri Seminar Baitul Muslim yang dianjurkan oleh One Heart Creative Solution pada sabtu yg lalu (rasa mcm buat karangan plak). Haha. Ok la, tak yah nak merapu sangat, nak share ilmu dr penceramah2 hebat. Tak semua saya take note, mana yang sempat je. Semoga bermanfaat.

Slot 1 - Pengurusan Hati (Ustaz Pahrol Md Juoi)
Dalam slot ni, ustaz pahrol banyak bagi kata-kata. Semuanya berkenaan hati. Buta mata apabila tiada cahaya, buta hati apabila tiada ilmu (Jadi, tuntutlah ilmu supaya kita celik hati. Heh.) ^^v Bagaimana mukadimah, itulah yang menentukan natijah. Jadi, jagalah niat. Sungguh2 jaga hati, kita akan jaga semua perbuatan kita. Allah ciptakan kita dua mata, dua telinga, dua tangan dan dua kaki, tetapi Allah ciptakan kita satu hati kerana satu lagi hati ada pada pasangan kita yang akan disatukan kelak. Kalau kita bersatu hati dalam perkahwinan, kita akan dapat manfaatkan persamaan dan kita boleh menguruskan perbezaan. Ada kepelbagaian, baru ada keindahan. Hati dengan hati disatukan oleh Pencipta Hati (iman kepada Allah). Bila ada iman, baru ada kasih sayang. Semakin tinggi iman seseorang kepada Allah, semakin tinggi kasih sayangnya kepada manusia. Kejayaan kita memimpin adalah apabila adanya kasih sayang. Jika kita mahukan kasih sayang, maka berilah terlebih dahulu kasih sayang (hukum kasih sayang). Orang yang tidak dapat memberi kasih sayang adalah orang yang ego (rasa lebih baik, memandang remeh pada orang lain, menolak kebenaran) dan pentingkan diri sendiri. Dan orang yang mudah marah dan mudah merajuk juga ego. Bila ada ego, tiadalah iman. Pesan ustaz pahrol, jangan mencari bahagia dalam rumahtangga, tetapi binalah bahagia dalam diri dan bawalah kebahagiaan dalam rumahtangga. Tugas cinta yang pertama ialah menjadi pendengar yang baik. Allah adalah cinta pertama dan cinta utama kita. Kerana itulah Dia adalah pendengar yang baik kepada masalah2 kita. =')  kan..

Manusia melakukan kejahatan atas 3 sebab :
1) Percaya kepada Allah tetapi tidak yakin kepada Allah (percaya (akal) timbulkan pengetahuan, yakin (hati) timbulkan rasa).
2) Manusia hanya percaya kepada hari akhirat, tetapi tidak yakin kepada hari akhirat (keyakinan pada hari akhirat amat penting kerana kita akan terus berbuat baik walaupun tidak dapat ganjaran di dunia).
3) Terlalu cinta pada diri.

~Terima dunia tidak adil, baru kita dapat ketenangan~
~Jangan mengharapkan terima kasih, kerana kita akan sakit jiwa~
~Jangan mengharapkan balasan di dunia daripada kebaikan yang dilakukan, kerana yakinlah balasan itu ada di akhirat~

Jangan menghampiri jalan2 ke arah zina. Kita jadi jahat bukan kerana suatu kebetulan tetapi kerana kebiasaan yang diulang-ulang. Siapa menyemai angin, dia akan menuai badai. Dosa itu suatu yang meresahkan hati. Mula2 kita rasa bersalah pada dosa, kemudian biasa dengan dosa, seronok dengan dosa dan akhirnya kita jadi pembela kepada dosa. Semoga kita semua sungguh2 jaga hati dan jauhi perbuatan yang menghampiri zina.

Hidup kita adalah pilihan kita :
1) Jadilah orang yang baik. Tagih janji Allah (orang yang baik untuk yang baik juga). Kita dapat jadi baik bukanlah hanya di awal perkahwinan sahaja, mungkin di pertengahan atau di akhir.
2) Ikutlah pilihan orang yang baik kerana orang yang jujur dan amanah tidak akan merosakkan kita. Dipercayai itu lebih utama daripada dicintai.
3) Pasrah - cinta kepada Allah dan Rasul.

"Cinta yang dicari baik, cinta yang ditemui lebih baik"

~Semakin banyak kemanisan yang diteguk sebelum perkahwinan, semakin hambar perkahwinan itu kelak. Bagi yang sudah terlajak, bertaubatlah!~

Slot 2 - Cari Jodoh ; Langkah 1,2,3... (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman)
Konsep jodoh dalam Islam :
1) Rahsia ALLAH
2) Salah satu bentuk rezeki
3) Tak tahu bila hadir jodoh (urusan ghaib) - yg utama persiapan diri
4) Jodoh boleh jadi yang ke-2, ke-3 dan seterusnya.
5) Jodoh boleh jadi selepas penceraian pasangan

Perlu diusahakan : berdoa | buang persepsi negatif, optimis | gunakan cara, jalan dan kaedah berkenalan yang diharuskan syara' (ta'aruf) | istisyarah | istikharah | tawakal, redha dan berserah.

(Macam mana nak tahu keputusan istikharah? Ia tidak semestinya melalui mimpi, tapi boleh jadi dengan gerak hati, hati kita berasa tenang, dipermudahkan segala urusan)

~nak jodoh yang soleh perlu jadi solehah dan sebaliknya~

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar".

Tips mendapat jodoh
- Bantuan ibu bapa, saudara-mara, orang yang soleh
- Menyertai organisasi dakwah
- Menyertai aktiviti kebajikan & seminar
- Melalui laman sosial, blog, forum islamik
- Menawarkan diri kepada lelaki / wanita yang soleh
- Perbanyakkan sedekah

Langkah - Praktikal
1) Fahami diri sendiri
- ilmu (untuk dapat orang yang berilmu), sikap dan sifat diri (sudah bersedia), kewangan ( halal dan berkat.. duit yang tak ada berkat, tak akan menyelesaikan masalah)
2) Fahami pasangan bagaimana yang diidamkan
3) Jangan terbuai dek khayalan mendapat yang sempurna
4) Terdapat akses untuk ta'aruf.
Guna orang tengah :
- Bertujuan untuk memelihara maruah terutama bagi seorang muslimah
- Orang tengah yang diyakini akidah dan akhlaknya
- Dapat menjaga sekiranya ada penolakan (menjaga malu)

~Di mana individu sebegini wujud? Pergilah ke tempat itu..~ ^^v

Proses kenal Ciri & Cari!
- Lihat wajahnya
- Ciri utama dalam Islam
"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihan itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Cara pemakaiannya menentukan dalamannya
- Perlukan proses risikan tambahan melalui sumber yang amanah
- Tanya sama ada dia sudah berpunya @ belum
- Jika belum, cari dan telitilah sifatnya : lihatlah perkataannya, bacalah tulisannya, cara bergambar, tempat kunjungan dan ulasannya, komentarnya di facebook, gaya, pakaian, beg, kenderaan, gurauan dengan rakannya, responnya kepada pujian

Garis panduan
- Berkomunikasi dengan limitasi
- Dating berdua-duaan untuk berkenalan tidak ada justifikasi dalam Islam
- Ringan2 membawa cepat hancur rumah tangga
- Boleh menguji namun niat perlu benar-benar ikhlas dan menutup keaiban
- Haram bergurau senda kerana itu adalah lorong syahwat
- Haram bersentuh dan menyentuh
- Awas fitnah masyarakat sekeliling
- Awas fitnah dalam diri dan pasangan
- Haram melihat kepada aurat
- Awas daripada bertukar gambar
- Awas daripada hebahan umum sebelum ijab kabul

~Jangan kita asyik nak mencari imam/makmum, jangan kita asyik nak mencari tulang rusuk kiri. Perbaiki diri kita terlebih dahulu. Jangan juga asyik mencari kesempurnaan, menilai kelemahan sehingga hati jadi buta untuk melihat kebaikan~

Slot 3 - Sebelum Aku Bernikah (Hilal Asyraf)
Jika benar cinta, mestilah hendak ke syurga, apa-apa yang membawa ke neraka, itu tidak akan sesekali cinta namanya. Ya, cinta ingin bersama ke syurga. Orang yang bercinta ada target, jangan jadi orang yang lalai dan leka yang tidak membawa makna apa2. Sebelum membuat keputusan, istikharahlah dan istikharah perlu diiringi dengan istisyarah. Bertanya dengan orang yang berpengalaman. Jangan sangka kita berkahwin dengan orang yang soleh / solehah, tiada ujian dan cabaran yang melanda atau akan bahagia selamanya. Kehidupan tidak akan terlepas daripada ujian. Apa yang penting, bukan siapa jodoh kita, tapi bagaimana kita? Daripada kita sibuk memikirkan jodoh kita, lebih baik kita memikirkan diri kita sendiri. Kata-kata yang buat saya terkesan, 'kita belum tentu berkahwin, tapi kita pasti akan mati'. Betul, berapa ramai orang yang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan, tapi kurang memikirkan persiapan untuk mati. Sama-sama persiapkan diri kita untuk itu. Sebelum kita berkahwin, carilah pengalaman hidup, mengembara, fikirkan masalah ummah, bina kemantapan diri dan buatlah apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada ummah. Semoga nanti dapat membentuk peribadi yang mantap dan matang untuk membuat keputusan dalam kehidupan. Juga kehidupan dalam berkeluarga kelak, InsyaAllah.

~Berusaha mencapai mampu~

Slot 4 - Fulus oh Fulus (Tuan Afyan Mat Rawi)
10 Tips Kewangan :
1) Awasi hutang
2) Pay yourself first
Income - Saving = Expenses
(dapat je gaji, simpan dulu, selebihnya baru untuk perbelanjaan)
3) Dahulukan takaful, kemudian pelaburan
4) Katakan tidak kepada skim cepat kaya
5) Jangan mengharap pasangan rancang kewangan anda
-sebaiknya rancang bersama suami isteri
6) Kereta = Liabiliti
- beli kereta murah atau terpakai / motosikal / public transport
Tips beli kereta - harga kereta jangan lebih pendapatan setahun. Contohnya, gaji sebulan RM2000.
RM2000 x 12 = RM36000 => beli kereta yang harga maksimum RM36k
7) Mulakan plan persaraan
8) Bekerjasama dengan pasangan
9) Patuh Syariah (Perbankan Islam / Takaful)
10) Doa + tawakal - doa murah rezeki

~Masa terbaik menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu. Masa kedua terbaik adalah SEKARANG~

Slot 5 - Sharing Moment dan Slot 6 - Kau dan Aku Berbeza : I Drive, U Baca Peta, lebih kepada perkongsian kisah daripada panelis. Best! Jadi saya lebih suka untuk dengar cerita mereka je. =)

Ada banyak sebenarnya yang boleh dikongsikan, tapi ini sahaja yg termampu.

~Alhamdulillah a'la kulli hal. Semoga masih berpeluang di lain masa~

~k.fifa, pinjam..btw, thanks a lot bawa kitorang dtg sini even kurang sihat~
p/s :
-semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat.
-tulis dlm point form, dah tak reti nak olah. huhu.

Sunday, 7 October 2012

Salomon X-Trail Run 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

-fb tagged-

Okay, last event untuk september. Rezeki. Alhamdulillah3. =') Terima kasih ya Allah, sangat2 tak sangka. Sekali seumur hidup kot. Urm, sehari sebelum event, dah gerak gi upm. Awal jgk, tengahari dah sampai upm. Padahal dok ukm je, bukan jauh pun. Saya tumpang tido kat bilik kawan malam tu, tapi dia takde, kena balik rumah. Tido upm, nnt senang nak gerak gi stadium. Petangnya, tetiba saya perasan yang saya tertinggal no bib dekat ukm. Oh my! Sabar je la, mcm mane boleh tinggal entah, bawak t-shirt salomon je. Adeh, ni yang malas nak patah balik. Kalau ada kereta ke moto ke takpe la jugak. Contact kwn2, semua pon ade hal, jadi sy pon pilih utk naik bas n train je. Dah pukul 6++ptg time tu, tggu bas upm nak gi komuter, nasib ade simpan kad matrik upm yg lame, terbuat jahat sikit (kalau tak, tak bole naik bas). Banyak plak masalah die, komuter buat hal, satu landasan je bole guna. Sampai kajang siap kena tukar2 train plak. Aduss, dah la ramai org, memang sesak. Sampai ukm pukul 8.10mlm, cepat2 naik bilik amek no bib then terus gi beli makanan kat kafe, nak makan nnt takut bas sampai plak, so bungkus je la. 8.40mlm baru gerak semula pergi ktm ukm. Sampai kat 1 kolej ni, sume org turun, tinggal saya sorg2 je dlm bas tu. Huhu. Sampai pak cik bas tu pon mcm pelik sebab saya sorang je yg tak turun. Huhu. Saya nak g stesen ktm semula la pak cik. Sampai stesen ktm ukm, kaunter tiket dah tutup, mesin plak rosak. Aduhai, macam2 plak. Alhamdulillah, boleh jugak naik, bayar tiket kat serdang nanti. 9.30mlm baru train sampai. Dekat pukul 10mlm jugak lah sampai serdang, kena tunggu bas plak lagi nak masuk upm. Penatnya, hilang nak rehat n tido awal. Sampai buat saya terfikir, apalah hikmahnya ni, apa yang Allah nak bg ni. ='( Pukul 11mlm baru makan. Keesokannya, terlewat bangun. Huhu. 6.30pg baru gerak dari kolej 16. Jalan kaki dgn bawak beg berat (panas kot bahu), sbb nak balik rumah terus lepas event memandagkan isnin kelas cancel. Hehe. Makan minum otw nak p stadium (teruk betul makan sambil jalan). Nak buat mcm mane, tu yg sempat. Huhu. Alhamdulillah, lelaki lepas dulu, sempat tarik nafas jap. 

Start lari biasa je, tak expect pon bole menang, malah top 5 pon saya tak target memandangkan salomon tahun lepas dapat nombor bape entah (teruk jgk). Training pon takde buat speed work, just easy run pagi2 before gi kelas, itu pon tak hari2. Allah beri kekuatan + support dr team lari n runners yg lain. Tetibe saya jadi semangat. Terima kasih semua =') Sangat supportive. Terharu. Terima kasih jgk kat dayat (the pacer) yg support, rasa mcm dah tak larat, hampir down kat km ke-8 kalau tak silap. Masa ni mental main peranan. Kalau hati tak kuat, mesti tak lawan n mungkin makin slow n stop terus. Tapi, kalau buat macam tu, pasti akan menyesal nanti. kan2. 

Ya. Kekuatan seseorang bukan bergantung pada fizikal semata-mata tapi hati.

geng lari (TLSS) + IIUM X-team | korang memang best! =)
with sista kb ^^v
Event2 sebelum ni banyak dapat rank sipi2 je. PJ Dawn, hadiah top 5, saya dpt 6th. SCKLM, hadiah top 5 jgk, saya dapat 6th jgk. Adidas KOTR, hadiah top 10, saya dpt 11th. Huhu. Kuantan TC Run, hadiah top ten, saya dapat 8th, tapi disqualified sbb tak report. =.=!. Macam2. Yakinlah, setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Syukur dan sabar. Urm, rupa2nya Allah nak beri yang lebih baik lagi. Baiknya Allah. Terima kasih ya Allah untuk rasa itu. =')

p/s : 
- kak rai, terima kasih tumpangkan bilik. =)
- thanks a lot n congrats to all runners especially TLSS. ^^v

Saturday, 22 September 2012

UKM Victory Run

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

Tak habis2 update pasal lari je. Huhu. Bulan ni je banyak sikit, boleh kata tiap2 minggu ade event. Next week ade lagi, Salomon Run kat upm. Lepas ni dah kurang join, sebulan sekali je plak. Almaklumlah, dah nak mula fokus and struggle (konon). 

~UKM Victory Run.~

Event ni tak besar sangat, tapi ok la. 1st time kelab olahraga ukm anjurkan. InsyaAllah, next2 time boleh jadi lebih best and lebih meriah. Kak Rai, 4th (8km). Congrats sis! ok sangat, after seven months tak join event, first event dah dapat top 5. Dengan keadaan yang kelam kabut pagi semalam. Alhamdulillah, berkat jaga mak kan. =) Semoga mak akak cepat sembuh dan cepat2 dapat keluar wad. Ameen. Gud luck untuk merentas kampus plak minggu depan. 

Best jugak sebab athirah join. Ade teman. Hee. Ape pon, congrats eroh! Dapat pon abeskan. Semangat eroh ni, siap nak joging lagi keesokannya. Huhu. Lepas ni boleh join lagi deh! (n_n)v

~1F07~
disa | eroh | me
Tak sangka ramai plak classmate time matrik sambung belajar lagi. Eroh, Disa, Nisa, Qilah, Kak Zarina. Congrats all! Dalam ramai2 ni, 4 orang kat ukm. Bumi ukm jugak tempat jejak kasih. Hehe. =D

Dapat adiah dari birthday girl. Terbalik plak. Haha. Thanks eroh! =)

~Seminar~

Dan sesuatu yang saya dan sahabat2 nanti2kan. Seminar Baitul Muslim =) Sesiapa yang nak join, boleh register di sini.

#sedangberusahauntukjadilebihbaik# 

Wednesday, 19 September 2012

Semester Baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Mulakan sem baru dengan bismillah, dengan azam baru, dengan semangat baru. Mulakan sem baru dengan larian. Baru bertambah lagi semangat ni. Heh.
TLSS @ Adidas King of the Road 2012
9 Sep 2012 | Sunway Pyramid,Petaling Jaya
 Kali ni takde rezeki lagi. 11th. Prize sampai 10 je. Takpe. Yang penting habis lari. Timing 54:00. Mungkin kurang baik kali ni. Apa pun, syukur alhamdulillah.

Habis lari, bergambar jap, minum2, then hantar andak pergi pudu. Dia nak balik Penang, semangat turun KL semata-mata nak lari (macam kakak dia gak la ;p). Then, angah terus hantar balik ukm untuk register hostel. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Bermulalah sem baru saya. Sem ni ambil 4 subjek termasuk proposal. Harap boleh dapat result yang lebih baik lagi kali ni. Ameen. Terima kasih sahabat2 yang baik hati. Anda semua pembakar semangat saya. ^^v

~Angah Konvo~
15 sep 2012 | IIC
 Tahniah angah. Semoga terus maju dan terus istiqamah menuntut ilmu. Selamat menyambung pengajian untuk degree plak. =)
Hadiah buat abah sempena hari lahir beliau. ^^

~Selamat Pengantin Baru Kak Nurul~
kad jemputan yang comel ^^

credit to kak ida
Hari yang sama, kak nurul kawen. Tak dapat hadir. Didoakan
Semoga kak nurul senantiasa bahagia di samping suami tercinta.
Semoga kak nurul dan pasangan senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Ameen.

~Next event, UKM Victory Run~
#semogapilihankuadalahpilihanNyajua#

Tuesday, 4 September 2012

:: syawal :: merdeka :: kawen :: lari ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

sehari sebelum syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

* * * * *

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55.
Semoga kita semua sentiasa berusaha dan tidak pernah berputus asa untuk merdeka dengan cara sebenar mengikut Islam. Memerdekakan diri, pemikiran dan hati kita daripada sesuatu yang dibenci Allah.

* * * * *
tak sengaja terikut tema plak kitorang. 
selamat pengantin baru buat kak kama & azman.
semoga bahagia sampai syurga ^^v

* * * * *
Kuantan TC Run 2012
2 September 2012
bersama cikgu kesayangan. =) 
First running after raya. Dah lama tak join larian kat kuantan. Last 2008. Dan memang rasanya dah lama takde larian kat sini or memang saya yang tak perasan. Macam tahun 2008, cikgu hamidah n cikgu shariff bawak atlet mereka, sama jugak tahun ni. Bezanya cuma tahun ni lebih ramai. Dulu satu van je, kali ni dua bas. Ramai kot. Satu bas mrsm bp, satu bas lagi mrsm jb (memandangkan sekarang ni cikgu shariff dah ngajar kat jb). Every year since saya form 4, cikgu mesti bawak atlet2 cikgu join larian. Semuanya adalah sebahagian drpd training. Training sepanjang tahun (work hard). No wonder, maktab selalu dpt top 5 and anak didik cikgu selalu dpt best athlete. Tahniah cikgu midah n cikgu shariff serta anak2 didiknya. =)


Ni nak cerita part sedih sikit. Alhamdulillah, timing 50 : ++, dapat nombor 8 (happy dah!) tapi... disqualified.. sedih tak =( terang dan nyata, memang silap saya sebab saya tak report.. huhu.. sengal.. Awal2, organizer cakap saya disqualified sebab saya starting sekali dengan lelaki (ade ke patut?). Kelmarin pun pihak penganjur call lagi tanya benda yang sama (adeh! diorang tak nak percaya lak). Urm, tapi ada someone tolong fightkan untuk saya. Terima kasih pak cik! Alhamdulillah, at least saya dapat juga cash prize (penat kot lari) walaupun tak dapat trophy dia yang cantek tu dan tak dapat naik podium. Haha.. Sedih jugak sebenanya. Tapi kalau organizer tak nak bagi pon takpe je, sebab memang saya yang silap. Apa pun thank you very very much! Kata adik, "Ni pengajaran untuk kak long. Ingatkan kak long dah report, macam la tak biasa lari. Tu la, asek borak je sampai tak dengar orang announce." Kata ibu pulak, "Takpe lah, saje je tak nak bagi kak long femes tu naik pentas." For me, ibu memang the best advisor. Cakap macam tu pon mampu buat saya rasa tenang. Hurm, bukan sedih apa. Sedih rasa macam susahkan orang, dan saya berada di jalan yang kurang tepat. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Silibus kehidupan. ^^

Next event, Adidas King Of The Road.

* * * * *
E-Day. Order from someone. Not me yet. =D

~ 5 days to go. Ya Allah, mudahkanlah ~
#semogaituyangterbaikbuatsayadanyanglainnya#

Wednesday, 15 August 2012

Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ramadhan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Sedih pula rasanya. Rasa macam nak sepanjang tahun bulan Ramadhan je. Tapi kalau macam tu nanti tak terasa pula nikmat Ramadhan. Kan? Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik kita mempunyai ketahanan dan penuh dengan amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjaga hubungan sesama manusia. Berjayakah kita menjadi graduan Ramadhan? Allahu Allah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan titik perubahan buat kita semua untuk menjadi lebih baik, insyaAllah. Semoga saya, kamu dan kita semua masih berpeluang bertemu Ramadhan yang akan datang. Ameen3. Sementara ada kesempatan, pohon pada Allah, doa banyak2, doa sungguh2. InsyaAllah, doa dalam bulan mulia ini makbul. Allah tak akan hampakan hamba yang taat padaNya. Semoga Allah mengampuni dosa2 kita. Ameen.

First time. Berkesempatan berbuka puasa di padang MPK. Memang dah jadi tradisi orang kuantan bila tiba Ramadhan, berbuka puasa kat padang ni. Senang. Masjid sebelah, bazar pun sebelah je. Datang, beli makanan, then cari tempat. After berbuka, boleh berterawih pula. ^^v Seawal 6 petang orang dah mula penuhkan padang ni. Nak rasa suasana ni, meh la jalan kuantan. =)

Sementara menunggu waktu berbuka
Syukur alhamdulillah. Bertadarus sepanjang Ramadhan bersama-sama kaum ibu jemaah surau Kg. Baru, Felda Lurah Bilut. Golongan nenda juga tidak ketinggalan. Semoga terus istiqamah pada masa akan datang. Terima kasih nenda2 dan bonda2 sekalian. =)
Majlis Khatam Quran

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin. Semoga amalan kita diterima Allah. Ameen.

~Syukur alhamdulillah. Ramadhan kali ini bermakna buat saya~

Friday, 3 August 2012

Jika belum bersedia, cintai ia dalam diam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam..kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya..kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..kerana mungkin saja orang yang kamu cinta adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu..

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan..tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..kekuatan harapan..hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata..bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam..

jika dia memang bukan milikmu, melalui waktu Allah akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah pada orang yang tepat..

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik Hatimu.. 


Cinta..siapa boleh kawal apabila jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta, jatuhlah juga. Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak atau sekadar mendengar cerita. Begitulah peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta itu fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Tetapi cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kitalah yang mengawal cinta. 
[Sinergi - Hilal Asyraf] 

Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa."
Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam,
mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.
[Al-Furqan : 74-76]

# kadang-kadang kita minta A, tapi Allah bagi B..kadang2 kita minta A, tapi Allah bagi C untuk kita sampai kepada A..Allah knows best..fikirkan dan bersyukurlah!

~Dear God, show me the way~

Monday, 23 July 2012

Last race before Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Men's Health & Shape Night Run 2012
14 Julai 2012
Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3
11.8 km

Baru punya kelapangan untuk berbelog. Last event before Ramadhan. Thanks mahirah mayrah, sudi temankan. Hee. Lepas ni boleh join pulak ye. Terima kasih juga kerana sudi jadi penjaga beg. ;p After asar terus bertolak dari ukm ke tempat kejadian. Awal jugak sampai, lari start kul 8 malam, belum pukul 6 petang lagi da sampai putrajaya. Ok la, ke hulu ke hilir, cari surau, cari toilet, jalan2 sikit da dekat pukul 7 malam. Masuk je maghrib terus solat then terus bergegas ke tempat starting. Ok! dok belakang lagi. Dah nyelit2 tak sampai jugak depan. Huhu. Untung sikit kalau dapat dok depan sebab tak banyak halangan sangat masa nak lari awal2 tu. Yang best nye event ni, goodies die sangat banyak, macam2 dapat. Tapi yang tak best nye, tak semua finisher dapat medal. The first 300 je dapat. Kesian kawan2 saya. Apa pun, tahniah semua!
wakil TLSS
result
Result agak tidak memberangsangkan. Agak sedih di situ. Urm, ape bole buat, sape suruh tak training. Track ok, still ade bukit, tapi tak tinggi pun. Lebih menyedihkan lagi, lutut sakit kembali. Semoga lutut cepat sembuh, nak pakai lama lagi ni. Huhu. Apa pun, syukur alhamdulillah atas nikmat yang diberi. Next event, 2 Sept - Kuantan TC Run. Harap dapat buat yang terbaik. 

"If you train hard, you'll not only be hard, you'll be hard to beat." ~Herschel Walker~

*  *  *  *  *

Red Wok Restaurant
Jangan terliur pose2 ni. Heheh. Saje nak uji kesabaran, ketahanan dan keimanan. =D
edited by fazila
edited by mayrah
Fazila dan mayrah, nurul curi gambar, malas nak edit, minta halal ea. Hee. Malam terakhir di ukm (mereka berdua la, saya masih wujud lagi sem depan), kami makan di red wok restaurant kat bangi. Nak pendekkan cerita je, sorang bayar rm27. Makanlah sampai kenyang, boleh amek apa saje yang dihidangkan. Tapi kalau kita tak habiskan ape yg kite amek tu, kena bayar tau. So, pandai2 lah bajet perut kita boleh terima banyak mane. Elak pembaziran ok. Huhu. Yang suka makan + boleh sumbat banyak2 kat dalam perut + lambat kenyang, tak rugi datang sini. Ada surau, nak solat pon senang. Agak2 da tak larat tu + nak kasi makanan turun, boleh pergi solat dulu, lepas tu boleh sambung makan lagi. Hee. ;p

*  *  *  *  *

Salam Ramadhan Al-Mubarak
Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum2nya. Ameen. Sama2 kita tingkatkan amal ibadat kita. =)

Alhamdulillah3.. Masih diberi nikmat iman, nikmat islam, nikmat kesihatan. Ramadhan kali ini berpeluang untuk bertadarus bersama junior veteran dan senior veteran. Saya satu2nya super duper junior (perasan muda sangat). Hee. Semoga senantiasa diberi kekuatan untuk terus istiqamah. Ameen.

Azam Ramadhan :
read the whole Quran
help more people
rajin2 bersedekah
qiamullail
nak berterawih di banyak masjid dan surau
(n_n)v

#berazam dan bercita-citalah..semoga Allah redha..

~Alhamdulillah a'la kulli hal~

Tuesday, 10 July 2012

Kolokium Siswazah Ke-12

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang...

Kolokium Siswazah Ke-12


konon2 je nih
Sebelum bercuti panjang, saya berkesempatan menjadi salah seorang urusetia untuk program ni. Alhamdulillah, peroleh pengalaman baru. Kagum saya melihat mereka. =)

Apa kolokium ni sebenarnye? Ada beza ke kolokium dan simposium? Mestilah ada. Simposium didefinisikan sebagai pertemuan antara para cendekiawan, pakar dan sebagainya untuk membincangkan sesuatu persoalan, perkara dan sebagainya. Kolokium pula merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat ilmiah dan perbincangan secara berkumpulan.

 Program ni melibatkan siswazah yang menyambung pengajian by research. Majoritinya adalah dalam kalangan siswazah doktor falsafah. Hebat2 mereka semua ni. 
  
 ntv7 Feel Good Run 2012

izan | me | syazrin
Dalam minggu yang sama (8 Julai), join ntv7 Feel Good Run. Kali ni TLSS ade 3 orang je. Pada awalnye, ramai je yang nak join, tapi tak tahu ape cerita, tinggal 3 orang je. Huhu. Sedih2. Time kasih may & faz kerana sudi menemani nurul. Jasa kalian nurul kenang. ^^v Next event, Men's Health & Shape Night Run pulak di Putrajaya. =)

Floria 2012

bersama kesayangan ;p
First time datang floria. Dah beberapa kali ada floria, tapi tak pernah tergerak hati pun nak pergi (boleh tak, sebenarnya tak pernah tahu pun kewujudan floria selama nih..huhu..) =D

Saturday, 30 June 2012

Tamat Sem I

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pejam jecik pejam celik, da habis satu sem. Sekejap je masa berlalu, tak terasa pun kan. Terasa macam baru aje mendaftar. Hee. Alhamdulillah, selesai sudah 4 paper untuk sem ni. Semoga apa yang diperoleh setimpal dengan usaha yang dicurahkan. Ameen. Terima kasih kawan2 di atas segala tunjuk ajar, minta halal semua ilmu ye. Semoga kejayaan dikecapi bersama. InsyaAllah. (cuak sbenanye, entah ape yg dijawab time exam pun tak tahu. Huhu. =.= ) 

after exam stokastik
kak kb | kak fifa | me | may | faz
berbuka puasa di ANA IKAN BAKAR PETAI
kami mengamalkan gaya hidup sihat ;p
Buat Faz & May :


Korang memang power, setahun je da habis master. Happy for both of you. Syoknye! InsyaAllah, masa viva nanti nurul datang deh. Bagi support. =) Good luck!. Semoga dapat buat yang terbaik dan juga semoga cepat2 dapat kerja. Nanti boleh la belanja nurul sokmo2. Ngee. ^^v
Terima kasih untuk segalanya. Pasti nurul akan rindu saat kite bersama. Eceh! Haha. =D Terima kasih bebanyak tau, sangat banyak membantu di kala kesusahan. ;p 

**********

Being ME - Muslimah Empowered
30 Jun 2012
MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC)

Thanks all! =)
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghadiri majlis ilmu sebegini =)
Being ME - Muslimah Empowered adalah sebuah conference yg dianjurkan untuk para muslimah menimba ilmu, perkongsian pendapat dan pengalaman serta sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik. Lebih kurang je macam Konvensyen Bidadari Dunia, bezanya Being Me ni disampaikan dalam Bahasa Inggeris.