~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Cakap pasal lari suka sangat. Pantang orang ajak, kalau takde halangan masa, kewangan mengizinkan dan takde ape2 kekangan, mesti nak join. Kenapa? Sebab dah minat. Nak buat cane. Huhu. Ahad baru ni join powerman. Padahal, isnin ade kuiz, selasa ade midterm exam. Selamba je, walaupun tahu banyak sangat2 lagi tak study dan tahu tak cukup masa nak habiskan semua tu. Midterm LP dah macam final, banyak pulak chapter yang nak kena baca. Tapi degil jugak kan. Urm.
4 nov, join Powerman Asian Duathlon kat putrajaya. Event ni 11.4km run - 64km bike - 11.4km run. Me, 1st runner, cyclist - Hudhaifah, 2nd runner - Huzairi. Alhamdulillah, Team Lari Suka-suka dapat 7th place. Sorang lagi ahli TLSS, Syazrin, main sprint (5.7km run - 32km bike - 5.7km run). Congrats korang semua! Thanks pah, sebab ajak join n belanja team, dapat la lari free. Thanks kak kb, sebab setia menanti adik2 dan jadi potographer. Terbaiklah kak kb! Nanti boleh la teman lagi. Hehe. ^^v
Okay, cerita part sedih pulak. Sedih jawab LP. Bak kate kak kb, LP = lintang pukang. Memang lintang pukang jawapan saya. Sedih2! Sampai menitis air mata ni. ='( Nak cakap tak study, study jugak tapi last minute. Nak cakap tak usaha, usaha jugak, tapi usaha tak maksimum. Senang cerita, tak habis study sebenarnye. Huhu. Banyak sangat nak kena ingat, bila study last minute, masuk exam, semua berterabur dalam kepala, tak tersusun, tibe2 terus lupe apa yang dah baca. Jangan jadi macam ni. So, moral of the story, jangan study last minute, study smart and hard jugak. Setiap orang ada titik penguasaan dia. Berikan cukup masa untuk faham. Kata full-time students, so belajar itu adalah keutamaan buat masa ini. Bersukan tu boleh, tak salah, malah aktiviti yang seronok, sihat dan bermanfaat. Tapi apa2 pun belajar kena rajen, jangan rajen berlari je. Nasihat untuk diriku. Haha.
Past is past. Kena terima je apa yang dapat. Itu yang dah diusahakan. Jadikan pengajaran hari ini untuk masa akan datang. Terima kasih sahabat yang banyak membantu, yang share ilmu, yang bagi semangat, yang sentiasa bersama susah senang. Semoga kejayaan dikecapi bersama. Ameen.
Makan2 bersama kak kb, kak kina & kak fifa lepas exam LP. Tq kak kb, belanja kami. Semoge dimurahkan rezeki. Sayang kakak2 semua. Hee. ^^ |
#mungkindirinyasedangmenguji..sabarsabardanterusbersabar#
=')
all da best nurul..xpe past is past..usaha untuk yg akan datang..nurul pn pnah ckp slagi kte bleh usaha kte usaha..if kte x berjaya kte da xterkilan sbb at least kte da usaha..gud luck dear! =)
ReplyDeleteucapan sprti di atas...hahahah joking2.. btul tuh nurul, dahulukan mne yg pntg, bkn x ley buat mnde yg minat, tp jgn smpi pelajaran terabai..ok kembar? cellek sket, iyyah...:) ppepn, goodluck, and all da best k..:)
Deletemayrah :: tq may..Allah lihat usaha bukan natijah..tapi usaha yang nurul curahkan terlalu lah sedikit..hoho..
Deletefaz :: nurul boleh agak gaya faz cakap.. ;p insyaAllah, kena kerja keras sem ni..thanks kembar!comel je, cellek disambut..iyyah jugak! haha.. =)