"Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
"I tell the boys and girls: Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah SWT. He will send her/him to you when you're ready. It is only a matter of time."
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ~
Salam Maulidur Rasul
12 Rabiulawal 1436H / 2015M
Kasih Padamu - Hafiz Hamidun
Rasulullah
Dalam sirahmu Ku temu tulusnya cinta Demi umatmu berkorban jiwa Sehingga hujung nyawa
Kau diutus atas nama kebenaran Dengan fasih lidah beri penjelasan Sabar dalam apa jua keadaan Tak goyah dengan ranjau tekanan
Walau diri bisa menakluki takhta Tetap rendah hati penuh sederhana Segalanya demi Lillahi Ta'ala Azimat yang berharga
Rasulullah
Dengan hikmahmu Terpancar syiar agama Mengubah gelap menjadi terang Menghapus jahiliyah
Rasulullah
Engkau tinggalkan Semangat juang tertinggi Membina satu aqidah Membangun iman dan dilapangan mujahadah
Dari hadith dan al-Quran Menjadi sumber cahaya pedoman Hanya itu yang kau wariskan Akan selamat di dunia akhirat
Rasulullah
Terlalu rindu Padamu junjungan jiwa Di dalam sunnah yang utama Menyambungkan kasih denganmu
Rasulullah dalam sirahmu Ku temu tulusnya cinta Demi umatmu berkorban jiwa Sehingga hujung nyawa
Rasulullah dengan hikmahmu Terpancar syiar agama Mengubah gelap menjadi terang Menghapus jahiliyah
Ya Rasulullah Ya HabibAllah Pabila terkenangmu mengalir air mataku
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" (Al-Nasai & Ibn Hibban)
* * * * *
26th birthday
Alhamdulillah
Syukur atas segala nikmat
Semoga pertambahan umur seiring dengan pertambahan amal
Usaha sedaya upaya baiki diri jadi yang lebih baik dan baik lagi
Thank you family and friends
Di atas segala ucapan dan doa
Semoga kalian juga dirahmati dan diberkati
20 years ago
Masa kecik2 dulu, tiap kali tibanya hari lahir mesti tok akan jahitkan baju kurung baru. =') Buat makan2, jemput kawan2 dan jiran. Dah besar2 ni takde la dah. Rindu!
Pagi semalam masa nak cek gula tok, tetiba bacaan 4.1. Ehh.. Tok nak wish birthday ke ni. Haha. Kite memang sensitif sikit kalau tengok angka2 macam tu. Nak2 kalau dekat nombor plat. Heh. =p
Apapun, terima kasih tok dan aki. Jaga cucu ni dari kecik sampai besar panjang. Semoga tok dan aki sihat dan tabah teruskan hidup.
tapi 'bersama' kesusahan itupun sudah ada kesenangan...
Bagi yang hatinya ada Tuhan.
Kredit: Ustazah Fatimah Syarha
Semoga tahun 2014 menjadi kenangan dan pengajaran buat kita semua, Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah atas setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua akan terus sabar dan syukur dengan ujian yang diterima. InshaAllah. Musibah yang menimpa tidak lain hanyalah untuk meningkatkan keimanan kita kepadaNya. Semoga mangsa-mangsa banjir terus sabar dan tabah berjuang meneruskan hidup.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Misi
Misi siapkan baju kurung, blouse labuh, tudung dan seluar dalam masa 1 bulan bermula esok!. Lama kan. Sampai sebulan ambil masa nak siapkan semua ni. Almaklumlah, kita ni amatur, tu yang lambat tu. Huhu. Sepasang baju mungkin makan masa dalam 3 hari. Tu kalau rajin, kalau tak rajin seminggu baru siap kot. Haha. Tak confident nak jahit baju orang, tapi kalau tak mula sekarang bila lagi. Nanti berkarat apa yang dah belajar tu. Demi adik2, kugagahi jua. =p
~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Alhamdulillah. Dah sebulan tok balik rumah setelah sebulan jadi penghuni hospital. Sebulan juga la kita jadi misi kat rumah. Heh..
Semoga tok terus sabar dan tabah hadapi ujian dan dugaan yang Allah bagi ni. Bukan ujian untuk tok saje, tapi untuk kami juga anak cucu tok. Semoga kami juga terus sabar dan ikhlas dalam menjaga tok. InshaAllah..
Terima kasih atas segala sokongan dan doa semua. Terima kasih doakan kesihatan dan kesejahteraan tok saya. (n_n)v
Seminggu lepas tu join Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak. Kali ni memang buat kerja gila. Memandu dalam keadaan mengantuk. Bergilir dengan adik dari Bentong ke Kuala Kangsar. Dia drive saya tidur, saya drive dia plak tido. Rasa nak termuntah tahan mengantuk. Huhu. Gerak dari rumah pukul 12.45 pagi memandangkan malam tu ada BBQ sempena hari lahir Ayah Long. Sampai Kuala Kangsar dalam pukul 5 pagi, get ready nak lari 15km. Huhu.
Result
Unexpected. Alhamdulillah.
Thanks pacer. Even sekejap, tapi sangat membantu.
Terima kasih banyak2 Ziela Qiela kerana sudi menemani kami, tunjukkan jalan dan tolong jagakan barang. Lepas ni boleh tolong lagi ye. Sayang awak! =)