~ Bismillah ~
Bila Allah uji dengan dahsyat,
Dia juga akan menolong dengan hebat,
buat hambaNya yang mendekat....
Inna ma'al u'sri yusra.
Ayat ini menunjukkan kesenangan itu dekat.
Kesenangan hadir bukannya hanya selepas susah,
tapi 'bersama' kesusahan itupun sudah ada kesenangan...
Bagi yang hatinya ada Tuhan.
Kredit: Ustazah Fatimah Syarha
Semoga tahun 2014 menjadi kenangan dan pengajaran buat kita semua, Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah atas setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua akan terus sabar dan syukur dengan ujian yang diterima. InshaAllah. Musibah yang menimpa tidak lain hanyalah untuk meningkatkan keimanan kita kepadaNya. Semoga mangsa-mangsa banjir terus sabar dan tabah berjuang meneruskan hidup.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Misi
Misi siapkan baju kurung, blouse labuh, tudung dan seluar dalam masa 1 bulan bermula esok!. Lama kan. Sampai sebulan ambil masa nak siapkan semua ni. Almaklumlah, kita ni amatur, tu yang lambat tu. Huhu. Sepasang baju mungkin makan masa dalam 3 hari. Tu kalau rajin, kalau tak rajin seminggu baru siap kot. Haha. Tak confident nak jahit baju orang, tapi kalau tak mula sekarang bila lagi. Nanti berkarat apa yang dah belajar tu. Demi adik2, kugagahi jua. =p
No comments:
Post a Comment