Thursday 7 May 2015

Lelaki Sejati Setia Yang Terbaik


Dia lelaki yang setia. Sabar menanti si dia. Dia tak gopoh. Tak perlu sentiasa mencari-cari, text mesej setiap hari. Last sekali mesej, cuma untuk ucap hari jadi. Cakapnya pada si dia cuma yang perlu sahaja, cukup untuk tahu dia masih hidup atau mati. Dia tak mahu ganggu hidup perempuan. Dia risau kalau-kalau terguris hati perempuan itu. Dia tak mahu sesakkan fikiran si perempuan dengan benda-benda yang tak penting, tentang cinta, sayang dan rindu. Dia mahu memperisterikan perempuan itu. Dia pasang niat itu tinggi-tinggi, tapi simpan dalam hati. Cadangnya lepas habis belajar, kerja, kumpul duit, cukup sedia, masuk meminang. Itu doa dia. Itu usaha dia, menjadi yang terbaik untuk dijadikan menantu pilihan ibu bapa si perempuan. Dia yakin dengan ketetapan Ilahi. Dia tahu dia perlu doa dan usaha. Tapi dia juga tahu takdir Tuhan adalah yang terbaik untuknya. Dia cuba kejar cita-citanya, tapi pada masa yang sama dia berserah kepada takdir-Nya. Dia yakin dengan kuasa Allah menentukan jodohnya. Dia cuma perlu fikir, jadi manusia yang berguna, jadi hamba Allah yang mulia.


Sumber: ratutakcantik.blogspot.com

3 comments:

  1. thniah nurul..
    bahagia n gembira nurul nk nek pelamin.
    Moga perkahwinan bakal dibina, diberkati hingga Jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih faz..
      ameen3..inshaAllah, mudah2an..
      nurul doakan faz pun akan bertemu dengan jodoh yang soleh..
      tak lama dah tu..hihi..~ ;-)

      Delete
  2. tahniah adik kecik...inshaallah lepas ni turn faz pulak...

    ReplyDelete