Friday 8 February 2013

Mini Reunion

~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ~

Menyinggah di Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC pada hari Jumaat bersama Cik Ain sebelum ke rumah Seti. Terima kasih Ain sudi meluangkan masa bersama saya. =) Beli 1 buku je memandangkan baucar buku belum dapat lagi plus banyak lagi buku yang tak habis baca. Huhu. Beli buku Diari Musafir Jangan Berhenti 'BERLARI' tulisan Ustaz Zaharuddin. Tak sabar nak baca, perkongsian mengenai pengalaman dan pandangan penulis sepanjang kehidupannya. Bersusun buku tunggu giliran ni. Sabar deh. Nanti sampai giliran awak. Hehe.

Bermalam kat rumah Seti di Puchong sebelum kitorang gerak ke Bota keesokannya. Terima kasih Seti, tumpangkan rumah. ^^

~Ikatan Cinta Shakila & Arham~
~ 2 Februari 2013 | Bota, Perak | Math, UPM ~
Tahniah Shakila dan pasangan. 
Semoga bahagia sampai syurga.
Awak sangat cantik. Tak jemu dan tak puas mata memandang. Hehe. ^^v

~Teluk Batik~
Sempat ke Teluk Batik di Lumut. Jadilah walaupun cuma dapat jalan2 kat tepi pantai sekejap je memandangkan hari dah lewat petang. Tak sempat nak buat ape2 aktiviti.  

~Homestay Junjung~
Tempat menginap yang disediakan oleh family shakila untuk kami. Serius sangat selesa dan sangat berpuas hati. Thanks a lot sebab bagi kitorang duduk free. Urm, agak segan la jugak sebab shakila taknak terima kitorang nak bayar. Huhu. 

Pada sesiapa yang nak jalan2 Perak, boleh la kalau nak stay kat sini. Lokasi antara Seri Iskandar dan Lumut. Berdekatan homestay, ada kemudahan seperti petronas, mini mart, restoran, etc. RM130 per day, ada 2 bilik tidur, 2 bilik mandi, dilengkapi dengan tv, water heater, iron, peti ais, mesin basuh pun ade tau. Untuk tempahan, boleh hubungi Homestay Junjung (019-5159361) 

Terima kasih Ain, Noriah, Seti, Nisah, Lisa untuk semuanya. Tak lupa juga pada coursemate yang lain. Sehingga kita bertemu lagi di next wedding. Haha. =D

#Tahniah kakak dah menjadi tunangan orang, minta maaf tak dapat datang. Jaga diri ye si darah manis =)#

2 comments:

  1. terima kaseh adik... <3

    inshaAllah akan jaga diri dengan cara yg paling baik...manisss selalu :-)

    ReplyDelete
  2. sama2 kakak..smoge Allah permudahkan segalanya..~ =)

    ReplyDelete