Sunday, 17 June 2012

Team Malaysia Fan Run 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

17 Jun 2012
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Road to London. Tak dapat pergi London, support dari Malaysia pun boleh. =)
Hari ni lari suka-suka je sebab memang dah set mind macam tu, nak lari rileks2 je (nak lari sama2 dengan kak kb..ngee..) ^^v. Kira ni part of training la untuk event next week sambil2 nak support team Mesia. Memang semangat semua orang, mesej2 kat bib pun bagus2 je semua. ;p Baru bertambah rasa bahang olimpik bila buat event2 macam ni. Bagus2. Urm, sape2 yang habiskan larian sejauh 7km ni dapat finisher medal, goodies + certificate. Ok la tu kan. Tahniah kak kb, habis pun kita lari. Hee. Seronok sangat lari pagi tadi. Pengalaman baru sebab tengah2 lari tetiba hujan. Haha. Lebat pulak tu. Memang basah kuyup. 

Ok, jom citer sikit pasal Sukan Olimpik ni. Sukan Olimpik XXX akan diadakan di London, England, UK dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. London pernah jadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan 1948. Ni kira tahun ke-3 la diorang jadi tuan rumah. Ada 8 sukan (24 acara) yang Malaysia sertai, angkat berat, akuatik terjun, badminton, berbasikal trek, berbasikal lebuhraya, lawan pedang, memanah, menembak dan pelayaran. Seramai 28 atlet berjaya melayakkan diri ke temasya olimpik. Bukan senang nak dapat. Hebat2! Tahniah dan selamat berjuang atlet semua. Nak tahu lebih lanjut lagi pasal Olimpik London, boleh klik sini. =)

Go Malaysia! Malaysia Boleh! Jom dengar lagu ni. Mesti semangat punye. Hehe. ^^v


No comments:

Post a Comment