Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..
Dah alang2 nak kena keluar, ambil 2 race kit terus hari jumaat lepas, SCKLM & NTV7 Feel Good Run. Almaklumlah, kene rancang perjalanan, tak boleh nak keluar selalu2. Huhu. Penat jugak ni berjalan2 naik train turun train, kejap naik lrt kejap naik ktm. Huhu. Terima kasih kepada penunjuk jalan. =)
Standard Chartered KL Marathon 2012
24 Jun 2012
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Bergerak dari rumah kak rai seawal 5 pagi. Event 10k start pukul 6.30 pagi, so sempatlah memandangkan tak jauh pun dari Selayang nak ke National Monument (starting 10k). Tapi malangnya, masa sampai tu dah banyak jalan tutup, terpaksalah berjalan kaki untuk sampai ke tempat starting tu (ramai jugak yg jalan time ni), sementara kak rai terus ke Dataran Merdeka, tunggu kat sana. Ade lah dekat 20minit macam tu lebih kurang nak kena jalan, sampai2 kat starting, orang da ramai, ramai yang dah start warm up pun. Subuh da masuk, sy pun mula cari tempat solat, tak jumpe. Tanya orang kat situ, dia pun tak tahu. Kebetulan terjumpa kak aishah (runner uitm), dia pun macam saya. Disebabkan tak jumpe surau, kami pun solat je kat depan kedai area situ. Mujur la kak aishah ade kompas. Thanks kak aishah. ^^ (Lepas ni nak gi mane2 kena bawa kompas, senang nak tahu arah kiblat, 292 N)
Bermula di National Monument, tamat di Dataran Merdeka. Road dia ok, takde la bukit sangat, kalau bukit pun, landai2 je sume. Patut la orang kata, kalau nak try buat FM, mula dengan Standard Charterd KL Marathon. Sampai je kat finishing, masa da 50minit ++ . Ok, takde rezeki lagi nak buat PB kali ni. Ape pun alhamdulillah, sampai dengan selamatnya. Kak rai da tunggu kat finishing line, die dah kena gerak balik upm, nak bagi anak2 dia makan ;p Urm, terpaksalah tunggu adek pulak sampai untuk hantar balik kolej. Huhu. Lame plak tu kene tunggu, sabar je, nasib ade skrin besar (takde la boring), dapat tengok macam2 ragam orang bile da sampai kat finishing line (masing2 muka excited je, mestila kan, diorang berjaya habiskan). Ape pun, terima kasih banyak2 tau ngah, sory selalu susahkan. Setiap kali nak lari je, bile takde geng, angah kene hantar kak long. Nak buat cane tak leh nak berdikari lagi. Haha. =D
|
unofficial result |
~Alhamdulillah a'la kulli hal~
#kepala da berat..mata da ngantuk..study banyak lagi tak habis..smoga kehidupan hari esok lebih baik dari hari ini..smoga esok lebih produktif! ameen..~
update :
Official result dah keluar. Timing ikut gun time, kalau ikut chip time da boleh dapat top 5. Huhu. Sapa suruh dok belakang2. =.= Tak mengapalah, memang takde rezeki saya. Memang betul, bukan mudah nak capai sesuatu kejayaan. Perlu banyak berkorban masa, tenaga, duit etc. Kena usaha kuat2 lagi. Sila aplikasikan juga dalam menuntut ilmu ye cik nurul fazilah!
No pain no gain!
|
pic by marathon-photos.com. next event, sila senyum sepanjang larian, pic akan di ambil pd bila2 masa sahaja. haha. =D mujur gambar ni tak macam nak nanges sangat. kalau tak sangat lah buruk. huhu. |