Tuesday 15 May 2012

Selamat Hari Guru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..


~..."Guru Oh Guru"...~
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
~Usman Awang 1979~

SELAMAT HARI GURU

buat semua pendidik di Malaysia terutamanya guru2 dan pensyarah2 saya di :
Taski | SKLB | SMKLB | MRSMBPJ | KMPh | UPM | UKM

Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan didikan. Terima kasih cikgu. Jasamu kukenang. Semoga cikgu bahagia dan senantiasa dalam rahmat Allah. =)

~Selamat Hari Guru buat sahabat2 yang menceburkan diri dalam profesion perguruan. Selamat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. Tugas kalian sungguh mulia~ (n_n)

No comments:

Post a Comment