Friday 6 April 2012

8 TIPS KONSISTEN DALAM IBADAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Dalam perjalanan hidup kita sebagai da'ie ila Allah ini, kita teramat memerlukan amal untuk menjadi bekalan dalam perjalanan. Kerana itu perlulah ada mutaba'ah (evaluasi) dalam amal agar kita dapat melaksanakan amal-amal yang sunat yang perlu kita laksanakan selepas amal ibadah yang wajib.
  1. Tak sempat nak buat?? Hello?? Dalam sehari ada 24 jam kottt?
  2. Kena pandai curi-curi masa. Tak lama pun nak baca Quran, dalam 5-10 minit pun jadilah =)
  3. Jika nak qiamullail, kalau tak mampu untuk bangun malam, buatlah seperti Saidina Abu Bakr r.a., iaitu beliau solat sunat sebelum tidur
  4. Kena rasa betapa pentingnya bangun malam dan membaca al-Quran, sebagai bekalan seorang da'ie
  5. Dalam usrah, perlu ada mutaba'ah ibadah. Ahli-ahli dalam usrah perlu sama-sama menilai prestasi ibadah masing-masing. Ini akan meningkatkan semangat fastabiqul khairat (mengejar kebaikan) yang sangat osem
  6. Bawalah al-Quran ke mana sahaja anda pergi. Jangan rasa malu dan segan! Bila dah bawa ke mana-mana, kecenderungan untuk membaca Quran akan menjadi lebih tinggi. (Jangan pula asyik bawak je, tapi tak pernah buka pun! XD)
  7. Mujahadah yang tinggi. Inilah perlawanan di antara hak dan batil. Kita amat memerlukan ibadah seperti qiamullail, puasa, Quran dan solat sunat nawafil semua. Sebab itu kita perlu melawan rasa malas dan berat untuk laksanakannya
  8. Perlu cari biah (persekitaraan) yang dapat mendorong diri kita untuk beramal. Selalunya lagi senang nak bangun berqiamullail atau membaca Quran bila kita bersama-sama dengan orang yang mahu dan sukakan kebaikan
Contoh mutaba'ah ibadah (mengikut kesesuaian)


Ok, ni sebijik2 copy dari majalah JOM! 

Mari sama2 kita tingkatkan amal ibadah kita.. =) 

~jaga iman hiasi amal, jaga diri hiasi peribadi~

No comments:

Post a Comment