Monday, 23 April 2012

Rugby Touch Footie

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Setelah setahun lebih tak bermain tap, akhirnya kami main lagi. Mungkin ini kali yg terakhir. Almaklumlah, masing2 da semakin dewasa, semakin meningkat usia, da tak berapa larat sangat nak lari2 ni. ;p
Terima kasih ane, k.rai, k.ayu, k.nisa, jengka & yg lain2 yg pernah bersama HL (k.sheena, k.ana, k.farah, k.amy, k.izzah). Tak lupa juga pada yg pernah jd coach HL. Terima kasih di atas segalanya.

Hanya dapat naib johan bowl. Oklah tu, traning pun setakat 30minit sehari sebelum lawan. Disebabkan da lama tak main, memang habislah sakit satu badan, nak gelak beria pun tak boleh, jalan pun tak boleh nak laju2..huhu..(ok, tak boleh rungut lebih2, sendiri cari pasal sendiri tanggung..ohh my..padan muka saya..) =(
Terima kasih may untuk pati halia itu. Haha. Da semakin pulih.
Terima kasih fazila untuk nasihat itu. Saya memang degil. Ngee. ;p

reunion hurricane ladies (21 April 2012) ^^

HL suatu ketika dahulu..~ ;)

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Penat2 main di siang hari, malamnya pergi dinner KKM pula..
 


Keesokannya, berprogam di Unisel. Terima kasih kak kb, beri kesempatan untuk join. Seronok! n_n

#walaupunsayakenamarahtapisayarasadisayangiheheheterimakasihpadayangberkenaan..~ ^^v

Thursday, 19 April 2012

Surah An-Nazi'at (37-41)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

فَأَمَّا مَنْ طَغَىٰ
وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَىٰ
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ
فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ


Maka adapun orang yang melampaui batas,
dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,
maka sungguh, nerakalah tempat tinggalnya.
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya,
maka sungguh, syurgalah tempat tinggalnya.

Monday, 16 April 2012

tak cukup seminggu cuti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang...

~aktiviti cuti midsem~

chocolate
Ingatkan dah stop buat coklat..sampai je rumah, ni antara benda awal yg dibuat..disebabkan mak long yg tempah, sy pun gagahkan jgk buat, walaupun pada awalnya macam malasnya la hai..huhu..takpe2, buat je, dapat jgk singgit dua..hehe..alhamdulillah, ada yg membantu..terima kasih angah, terima kasih andak..k.long upah makan choc free je la eh..hee.. =)

misi me'redeem' voucher
plan nak habiskan voucher hujung bulan 4 ni, tapi dah alang2 kene amek barang adik kat hostel, redeem je lah terus..huhu..ape yg ditebus?..ok, memang main amek je, sume barang mahal, tak tahu nak beli ape lg dah..botol air untuk adik, bola untuk angah, andak & abg chik (kongsi ek..) thanks to angah bawa k.long pergi the curve (1st time, sesat2 tu perkara biasa.. ;p) setel pasal voucher, tak yah fikir2 lagi dah bila nak keluar..

hutan lipur latar jarum & pulau chekas
hajat tak kesampaian nak mandi-manda kat sini..hujan..huhu..dapat jalan2 atas jambatan je la + tangkap2 gambar sikit..hee..

felt craft
ok, masa memang banyak habis kat sini..siang malam dok mengadap..kalau la study boleh rajin macam ni kan ke bagus..huhu..kalau study, buka buku, tak sampai satu muka baca, da ngantuk, cemana tuh? =.=!
tempahan dari k.fifa & kawan kepada rumet..terima kasih! =)
kawan-kawan adik punya..krem jari k.long potong huruf banyak sgt dik! nasib baik adek rajin jugak tolong k.long..tolong masukkan benang, tolong masukkan fiber, tolong masukkan split ring..haha..bole la dik, tolong jgk tu.. ;p ibu pun tolong jahitkan jugak, terima kasih ibu.. ^^

hasil kerja adik teruna saya ^^ 

joging @ taman bandar
ni antara benda yg suka sangat nak buat bila balik kuantan..suka joging kat taman bandar, nak2 time pagi sebab tak ramai orang..takde la segan sangat..hehe..kalau petang memang meriah kat sini dengan orang joging, kanak2 main taman (org beso ade gak), orang berbasikal, orang berkayak dan latihan apa2 entah lagi..

study??
faris : andak tengok k.long tak study pun duk bilut ni..
saya : balik kuantan nanti k.long study la..
faris : haha..ye la tu..balik kuantan lg la banyak keje nak kene buat..
saya : insyaAllah, study punye.. (dalam hati)

haha..ok, memang tak buka buku langsung pun..sentuh buku bila nak kemas beg balik kolej je..ini 'sangat bagus'..huhu..exam da dekat, tak sedar2 lagi..

kalau bagi cuti banyak mana pun rasanya tak akan cukup jugak..huhu..

Masa itu degupan jantaung. Hargailah masa dan manfaatkan sebaiknya. Masa yang dah berlalu tak boleh nak kutip balik. Jangan biarkan masa lapang membunuh kita. DushH2! 

Friday, 6 April 2012

8 TIPS KONSISTEN DALAM IBADAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Dalam perjalanan hidup kita sebagai da'ie ila Allah ini, kita teramat memerlukan amal untuk menjadi bekalan dalam perjalanan. Kerana itu perlulah ada mutaba'ah (evaluasi) dalam amal agar kita dapat melaksanakan amal-amal yang sunat yang perlu kita laksanakan selepas amal ibadah yang wajib.
  1. Tak sempat nak buat?? Hello?? Dalam sehari ada 24 jam kottt?
  2. Kena pandai curi-curi masa. Tak lama pun nak baca Quran, dalam 5-10 minit pun jadilah =)
  3. Jika nak qiamullail, kalau tak mampu untuk bangun malam, buatlah seperti Saidina Abu Bakr r.a., iaitu beliau solat sunat sebelum tidur
  4. Kena rasa betapa pentingnya bangun malam dan membaca al-Quran, sebagai bekalan seorang da'ie
  5. Dalam usrah, perlu ada mutaba'ah ibadah. Ahli-ahli dalam usrah perlu sama-sama menilai prestasi ibadah masing-masing. Ini akan meningkatkan semangat fastabiqul khairat (mengejar kebaikan) yang sangat osem
  6. Bawalah al-Quran ke mana sahaja anda pergi. Jangan rasa malu dan segan! Bila dah bawa ke mana-mana, kecenderungan untuk membaca Quran akan menjadi lebih tinggi. (Jangan pula asyik bawak je, tapi tak pernah buka pun! XD)
  7. Mujahadah yang tinggi. Inilah perlawanan di antara hak dan batil. Kita amat memerlukan ibadah seperti qiamullail, puasa, Quran dan solat sunat nawafil semua. Sebab itu kita perlu melawan rasa malas dan berat untuk laksanakannya
  8. Perlu cari biah (persekitaraan) yang dapat mendorong diri kita untuk beramal. Selalunya lagi senang nak bangun berqiamullail atau membaca Quran bila kita bersama-sama dengan orang yang mahu dan sukakan kebaikan
Contoh mutaba'ah ibadah (mengikut kesesuaian)


Ok, ni sebijik2 copy dari majalah JOM! 

Mari sama2 kita tingkatkan amal ibadah kita.. =) 

~jaga iman hiasi amal, jaga diri hiasi peribadi~

Monday, 2 April 2012

Jejalan bersama kawan2 uni baru ^^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

SABTU
Hari ni keluar dengan fazila & mayrah. Pagi2 da semangat tunggu bas. Pergi Mid Valley sebab ade job fair di situ. Saya tak berhajat nk apply keje pun lg, just saje nak jalan2 ikut mereka yg semangat nk drop resume. Maklumlah, mereka ni dah final sem, haruslah usha2 keje yg sesuai. Hee. Yang paling penting, tujuan utama sebab nak gi merasa makanan kat DUBU-DUBU SEOUL (bukan budu-budu ye..ngee..) yang dicadangkan oleh fazila. Dengar faz citer pasal makanan korea ni macam best, terasa rugi la pulak kalau tak ikut skali. Hehe.  Nak tahu pasal dubu-dubu & nak tengok rupa makanan ni, bleh klik kat sini

fazila chomey

Mohon share ea faz. Nurul tak reti nak citer + takde gambar. ;p

AHAD
Keluar lagi keesokannya. Berjalan saja budak nurul ni. Tapi kali ni dengan kak kb & kak fifa pulak. Pergi jalan TAR sebab nk beli barang2 kraft. Konon2 nak bisnes. Harap2 bukan hangat2 tahi ayam lerr. Tak ingat ape nama kedai tu, tapi serius best, macam2 ada sampai pening kepala tengok. Huhu. Excited kot. Malamnya da start buat sikit2 (awal2 memang gini). Crafter yang nak beli barang2 secara borong, boleh la beli kat sini, boleh dapat murah2. Terima kasih ea kak kb, bawak datang sini. Hee.. =)
^^v
Dalam pukul 12 t/hari dah siap beli semua barang, macam awal lg, so jalan2 lah kat area situ. Sabar je hati ni, rasa nak beli macam2, tapi memandangkan duit dah banyak habis shoping kat kedai kraf tu, mampu cuci mata je la. Huhu. Ok, da malas nak tulis, mari kite tengok gambar je la.

Tenang

First time sampai. Masa sekolah dulu, cikgu tak buat pun rombongan datang sini. Huhu.

Makan je kat kafe taman burung, tak masuk pun. ;p

Faz, may, kak kb & kak fifa, terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan nasihat. Thanks a lot di atas segalanya. Jasa kalian dikenang. Nurul sayang semuanya. n_n

*Minggu ni da kena start joging memandangkan dah 2 minggu tak beriadah. Mari kawan2 kita amalkan gaya hidup sihat...~ ^^v