"Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. [2:183] Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kemudahan kepada kami untuk benar-benar dapat mengisi bulan Ramadhan ini dengan puasa yang ikhlas, amal-amal ibadah yang fardhu dan sunat di samping amalan-amalan soleh lain yang akan mendapat ganjaran yang besar dari sisiMu. Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia. Sangat suka kepada pengampunan, maka ampunilah daku. Ameen Ya Rabbal Alameen
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa. In Sha Allah. Selamat menunaikan ibadah puasa semua. =)
Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri
hidup terlalu singkat untuk membenci
sucikanlah hati mencari ILAHI
Wahai diri, ingatlah... segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin ALLAH jua. Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata... ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab', lihat dengan mata hati yang ALLAH jua menjadi 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab). Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti redha.
-Ustaz Pahrol-
"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia."
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan buat kawan2 yang baru saja mendirikan rumah tangga. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kalian dalam kebaikan.
Alhamdulillah. Dah ramai yang bertemu jodoh. Boleh kata tiap2 minggu ade jemputan. Terima kasih kerana menjemput dan mohon maaf di atas ketidakhadiran. Tak dapat nak penuhi semua jemputan. Huhu. Apa pun, semoga kalian berbahagia sampai syurga bersama pasangan pilihan hati.. =)
Dedikasi buat kawan2 yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin.. ^^v
Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu
Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri
Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya
Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
* * * * *
Buat yang masih belum bertemu jodoh, jangan bersedih hati. InsyaAllah akan tiba masanya yang sesuai. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sabar dan terus berdoa semoga Allah permudahkan jodoh kite. Jom amalkan doa ini.. =)
Kredit : Darussyifa'
Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, Allah pertemukan jodoh yang baik buat kalian dan saya juga. Ameen. InsyaAllah. (n_n)
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Milo Breakfast Day | 19 May 2013 | UPM Serdang
First event setelah 6 bulan rest. Huhu. Lama jugak tu. Alhamdulillah, lutut dah semakin pulih, dah boleh lari macam biasa. Kali ni ramai jugak TLSS yang join. =) Bile la agak2nya team ni boleh complete ek? Urm.. Lepas ni lama lagi la pulak boleh join event. Mudah2an masih ade kesempatan nak join lagi. Terpaksa mengurangkan aktiviti larian akibat kesibukan yang melanda. Konon. Haha.
* * *
29 Mei 2013 | PICC Putrajaya
Tahniah Imah dah konvo. Didoakan semoga cepat2 dapat posting dan semoga dalam redha Allah selalu hendaknya.. Selamat menjadi pendidik yang cemerlang kepada anak bangsa ye. =)
Entah kenapa gambar ni begini. Huhu.
Tahniah jugak Miha dan Zati. Semoga kejayaan dan kebaikan terus bersama kalian.
* * *
Eroh | Zati | Miha | Disa
Makan kat Johnny's Restaurant. Miha n Zati belanja. Terima kasih banyak2 ye cikgu. Semoga bertambah2 dimurahkan rezekinya. Hehe. Terbalik pulak, sepatutnya kitorang la belanja korang. Huhu.
* * *
Dapat buku free lagi. Alhamdulillah. Terima kasih Athirah! Awak memang baik hati. =p
* * *
Sangat2 terasa nak pergi Konvensyen Aku Cinta Allah & Rasul. Jeles dengan kawan2 yang dapat pergi. Huhu. =(
Pada sesiapa yang berkesempatan, boleh la amek peluang ni. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran program, boleh klik sini. Selamat mendaftar! =)