Friday, 19 December 2014

Rt BKA ~ 061114

~ Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah. Dah sebulan tok balik rumah setelah sebulan jadi penghuni hospital. Sebulan juga la kita jadi misi kat rumah. Heh..

Semoga tok terus sabar dan tabah hadapi ujian dan dugaan yang Allah bagi ni. Bukan ujian untuk tok saje, tapi untuk kami juga anak cucu tok. Semoga kami juga terus sabar dan ikhlas dalam menjaga tok. InshaAllah..

Terima kasih atas segala sokongan dan doa semua. Terima kasih doakan kesihatan dan kesejahteraan tok saya. (n_n)v 

#Sakit itu rahmat dugaan itu nikmat


Thursday, 19 June 2014

FAMILY DAY

~Bismillah~

Pertanian Maran & Kg. Awah
Pantai Sepat
14 Jun 2014



memukat


telur sotong


Kurnia Setia Aur Gading
Impiana Resort
23 November 2013
Family Day Ibu

"Family means no one gets left behind or forgotten" 
~David Ogden Stiers~


Sunday, 8 June 2014

Pahang vs Felda

~Bismillah~


Selamat Hari Lahir Ayah Long, Mak Long, Tok, Fahmi & Andak.
Dah lama tak kumpul ramai2 macam ni. Best!

Masa ni la nak berBBQ, masa ni nak tengok bola, masa ni jugak nak berjual beli.

Aki & Tok sokong felda. Tapi kami cucu2 sokong pahang. Haha.
Semangat sorang cucu tok tu gi tengok live.


Tahniah Pahang. Good job Felda United.

*  *  *  *  *

Selamat Pengantin Baru

8 Jun 2014
Tahniah Wani & Acap
Semoga Allah memberkati
Semoga bahagia sampai syurga

Sorry tau wani, tak dapat stay sampai petang tengok wani sanding.
Ada komitmen yg perlu dipenuhi. Jangan kecik hati deh.


Sunday, 25 May 2014

JUST RUN.

~Bismillah~

4 Mei 2014 | UM
Larian Gegar for Agathians 2014

Join larian bersama adik2 di tempat kerja. 
Dua kali kite tawan Bukit Cinta UM. 
Mujur tak pengsan. Haha. 

Running is about love.
*tetibe*

11 Mei 2014 | Kuala Kangsar

Seminggu lepas tu join Larian Hari Keputeraan Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak. Kali ni memang buat kerja gila. Memandu dalam keadaan mengantuk. Bergilir dengan adik dari Bentong ke Kuala Kangsar. Dia drive saya tidur, saya drive dia plak tido. Rasa nak termuntah tahan mengantuk. Huhu. Gerak dari rumah pukul 12.45 pagi memandangkan malam tu ada BBQ sempena hari lahir Ayah Long. Sampai Kuala Kangsar dalam pukul 5 pagi, get ready nak lari 15km. Huhu.

Result

Unexpected. Alhamdulillah.
Thanks pacer. Even sekejap, tapi sangat membantu.


Terima kasih banyak2 Ziela Qiela kerana sudi menemani kami, tunjukkan jalan dan tolong jagakan barang. Lepas ni boleh tolong lagi ye. Sayang awak! =)


Saturday, 17 May 2014

Al-Fatihah

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Cikgu matematik kesayangan.

Cikgu yang tak pernah jemu bagi nasihat setiap kali sebelum kelas bermula.

Cikgu ajar kami supaya tolong kawan2 lain agar kami sama2 berjaya.

Cikgu ajar kami supaya hormatkankan guru.

Pernah satu ketika, cikgu pujuk saya dari menangis sebab tak dapat markah penuh.

Cikgu memang hebat. Alhamdulillah, kami 1st batch dapat 100% lulus matematik masa cikgu pegang tahun 6 dulu even kami sekolah kampung je. Dengan izin Allah jua.

Jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila.

Semoga Allah membalas segala kebaikan cikgu.

"Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya isteri (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka",

Al-Fatihah
Mohamad Arnaz Bin Aboo Hassan
16/06/1973 - 13/05/2014

Kredit : Aliff Lazim

*  *  *  *  *
Selamat Hari Guru buat semua pendidik. Didoakan semoga kejayaan dan kebaikan terus bersama kalian.
Ameen..

Monday, 21 April 2014

Apam Fruitty

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Hasil tangan adik n k.long =)
Apam Fruitty
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
110 gm gula halus atau gula kastor
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur saiz A
1 sudu teh ovellete
1/2 sudu teh esen vanilla

credit : masam manis

*  *  *

15 Mac | TLSS 
Tahniah Nadea & Pah
Semoga bahagia sampai syurga
(n_n)

Wednesday, 12 March 2014

Done! Alhamdulillah..

~Bismillah~


Alhamdulillah3.. Finally, habis jugak.. Special thanks to:
Family
Supervisor and lecturers
Coursemates
Roomates
Friends
Pemberi zakat
dan sesiapa sahaja yang terlibat..

Terima kasih di atas segala bantuan, sokongan dan kata2 semangat yang tidak putus2..
Jasa kalian dikenang..
Luv u all.. Hee..
=')

However, there is another task that must be completed. Tapi rasanya macam tak terbuat je. I'm so sorry. Huhu..


 *  *  *

~Senior masa sekolah + uni~
23 Feb 2014
Tahniah kak ida dan pasangan
Semoga bahagia sampai syurga
^^v

8 Mac 2014 | D1-03 | mrsmBPJ
Tahniah sarinasari!
Selamat Pengantin Baru..
Dah agak dah sari kawen dulu.. Hehe..
So, who next?!

Wait n see.. Heh!

#prayforMH370#

Thursday, 20 February 2014

Selamat Pengantin Baru

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~


Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga

Selamat Pengantin Baru
~Hijjaz~


Hanim | 31 Jan 2014 


Kak Kb & Abg Fairuz | 8 Feb 
Oh, kakak sayang dah kawen. Lepas ni agak2 boleh join event lari lagi tak? Hee.

Selamat membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah
Barakallah
n_n

Saturday, 25 January 2014