Sunday, 22 September 2013

Membentuk Keluarga Membangun Ummah

Oleh : Dr. Rubiah Kulop Hamzah.

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Nasihat 1
Didikan itu ialah satu pimpinan jasmani dan rohani yang menuju kepada kesempurnaan dan lengkapnya sifat-sifat kemanusiaan kepada anak didik. (Mohamad Natsir)

Nasihat 2
Kejadian lelaki itu daripada asuhan dan didikan wanita, apabila kamu berkehendakkan pemimpin yang bijaksana maka didiklah wanita itu dengan kesopanan yang tinggi dan mulia. (B. Russell)

Nasihat 3
Wajib atas suami mendidik isterinya kepada akhlak dan sopan santun yang mulia kerana isteri itu tauladan hidup di dunia. (Mohd Nasir)

Nasihat 4
Tujuan pendidikan yang paling tinggi bukannya pengetahuan melainkan mendidik perangai anak, agar anak mampu menjalani kehidupan yang suci dan ikhlas.

Nasihat 5
Rumah yang tidak ada buku-buku sama seperti rumah yang tidak bertingkap dan tidak ada siapa yang berhak mendidik anak-anak jika tidak ada buku-buku di kelilingnya. (S.H. Beecher)

Nasihat 6
Ajarlah anak-anak dan isterimu supaya menjadikan rumahmu sekolah pertama dan ibu bapa sebagai guru pertama, sebelum anak-anakmu keluar ke sekolah. Dan didiklah wanita-wanita yang mampu mendidik anak-anak mereka. (M. Lutfi Manfaluti)

Nasihat 7 
Ibu-ibu itu sebagai sekolah, kalau kamu berkehendakkan pemuda-pemuda yang baik, maka asuhlah mereka dengan sebaik-baiknya. (Hafidz Ibrahim)

Seorang ibu yang bijaksana nilainya sama dengan 10 orang guru di sekolah. (M. Y. Nasution)

Nasihat 8
Apabila seseorang ketua rumah tangga memukul gendang, maka janganlah engkau mencela anak-anak yang akan menari. (Syair Arab)

Nasihat 9
Yang namanya mendidik itu, bila peraturan dan seiring pimpinan pendidiknya, kerana yang sebenarnya yang mengatur dan memimpin ialah anak-anak itu sendiri. (J. J. Rousseau)

Nasihat 10
Anak-anak jangan dibiarkan banyak tidur, ajar dia lekas bangun, kerana banyak tidur itu akan menyebabkan dia malas, dendam, layu otaknya, mati zahirnya. Sebaik-baiknya, biasakan dia tidur di atas tilam nipis supaya dia cergas. 

Nasihat 11
Anak-anak waktu kecil jagalah supaya dia tidak berdusta. Latih dia berkata benar walaupun kesalahan yang telah dilakukannya supaya dia biasa bertanggungjawab atas kesalahannya. (Hakim Al-Mu'tasam)

Nasihat 12
Didiklah anak-anak perempuan kamu itu dengan akhlak yang luhur kerana akhlaknya yang akan mempertahankan mereka dari kehinaan di mana sahaja mereka berada. (Hafidz Ibrahim)

Nasihat 13
Tahukah tuan jalan yang seburuk-buruknya untuk menyengsarakan anak tuan di kemudian hari ialah dengan membiasakan meluluskan semua keinginannya. (J. J. Rousseau)

Nasihat 14
Beberapa titik air dalam detik pertama pada kebakaran lebih berfaedah daripada beberapa tong air pada masa kebakaran itu telah merebak. 

Nasihat 15
Barangsiapa ingin memetik padi yang bagus, hendaklah menabur benih padi yang bagus juga. (Hj. Agus Salim)

R E N U N G A N

Jika anak sentiasa dikecam, dia akan menjadi orang yang suka mengganggu.

Jika anak sentiasa diseterui, dia akan suka bergaduh.

Jika anak sentiasa dikritik, dia akan pandai menghina

Jika anak hidup dalam ketakutan, dia akan menjadi anak yang mudah cemas.

~ Konvensyen Bidadari 2013~

*  *  *  *  *


Selamat hari lahir yang ke-11 adik..
Semoga menjadi anak yang solehah..
(n_n)v