Monday, 28 January 2013

Jejak Kasih

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~


Selamat Pengantin Baru Raihana dan pasangan.
Tahniah. Semoga senantiasa dirahmati dan diberkati.
Semoga menjadi keluarga yang Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah. =)

Lama kot tak jumpa Rai. Teammates masa lower form. Time upper form, Rai dah join team Jasin a.k.a Tun Ghafar Baba. Huhu. Memang power shooter ni dulu. Tolak bola sikit je dah masuk ring. Hehe. Oh! Sangat rindukan kenangan itu. 
Masa ni jugak dapat jumpa ex-rumet, Aishah Farhana. Lama kite dok sebelah katil, dari form 1 sampailah form 5. Hehe. Lama tak jumpa, macam2 nak cerita.
Yang best skali, dapat jumpe coach kesayangan kitorang. Tak sangka cikgu datang. =)

Sehingga kita bertemu lagi ^^v

Wednesday, 9 January 2013

"I love you all too!"

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Asal lepas exam Linear Programming je, makan besar sokmo. Mengapakah? Nak release tension mungkin. Haha. Kali ni makan dekat Penang Village, Alamanda. Ok la, sedap jugak. Harga pon boleh tahan mahal + service charge agak tinggi, 10%. Huhu. Nak makan sekali sekala boleh la. Untuk yang 'berduet' macam saya ni tak boleh la selalu2 sgt. Tapi, alhamdulillah kali ni ade orang belanja. Hehe.  =)


Bahagia bersama..


Thanks kak kb, belanja nurul. Semoga bertambah-tambah murah rezeki akak. =)


Kakak & Abang,
Thanks for the gift
I love u all too!! =p
Tak sabar nak baca buku ni =)

*  *  *  *  *

Ex-rumet_k16_upm (2009-2011)

Happy Birthday Noriah!
Semoga senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Semoga bahagia dan berjaya di dunia juga akhirat. =)
Dan tahniah juga sebab dah dapat kerja. Yeay!! Alhamdulillah..

#Ada 2 paper lagi. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen#

Sunday, 6 January 2013

Chapter 24 begins

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah
End of chapter 23
Chapter 24 begins!
Bismillah..

Ya Allah, semoga dengan pertambahan usiaku seiring dengan pertambahan amalku, seiring dengan peningkatan takwaku, seiring dengan peningkatan prestasi dan kualiti ibadahku. Semoga ada berkat dalam setiap perbuatan. Ameen3.

Syukur alhamdulillah kerana masih diberikan nyawa oleh Allah dan syukur atas apa yang masih lagi saya miliki (pinjaman drpd Allah) pada hari ini.

Terima kasih buat semua atas ucapan dan doa kalian. Semoga anda juga senantiasa dirahmati dan diberkati.

Buat permata hatiku, terima kasih atas segala pengorbanan, didikan dan kasih sayang yang tidak terhingga selama ini. Tak lupa juga pada kesayangan2ku, terima kasih! =')

Got birthday present

Thanks kak fifa for this book. Nurul dah gunakannya. Hehe.

Kak kina, terima kasih untuk telekung ni. Suka2. =)


*  *  *  *  *

Sedikit perkongsian semasa menghadiri Ceramah Terbuka di Kompleks Pendidikan Islam Bandar Baru Bangi pada 5 Januari 2013 oleh Ustaz Don Daniyal

Adab masuk tandas :

Masuk kaki kiri

Baca doa sebelum masuk tandas

Jangan bawa apa2 masuk ke dalam tandas yang ada ayat Al-Quran (percakapan, tulisan, screen saver handphone, dll)

Menutup kepala 
(Salah satu sebab kenapa orang sekarang mudah sakit, masuk tandas tak tutup kepala. Tutup kepala juga untuk elak kita jadi seorang yang pelupa)

Memakai alas kaki

Keluar kaki kanan

Baca doa keluar tandas

Nampak simple je, tapi kadang2 kita tak buat jugak kan. Jom kita amal. =)

#semogadirinyamasihdidunia#